Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Gerhana Matahari.

Assalamualaikum mommies.
Esok, inshaAllah akan berlaku Gerhana Matahari lebih kurang pukul 8.23 pagi. Fenomena ni jarang-jarang berlaku dan mungkin dalam seumur hidup ada beberapa kali saja kita berpeluang menyaksikan fenomena ini. Last sekali berlaku gerhana matahari adalah pada Januari 2010. Dijangka fenomena ni akan berulang lagi pada 26 Dis 2019. Kalau panjang umur, masih hidup masa tu dapatlah peluang tengok lagi sekali.
Kalau korang perasan, tarikh dijangka berlaku peristiwa gerhana yang seterusnya adalah ulangtahun ke-15 peristiwa Tsunami 26 Dis 2004. Adakah semuanya secara kebetulan? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Back to our story. Ada hadis yang mengatakan saat terjadinya gerhana adalah disunatkan kita solat sunat 2 rakaat. Alhamdulillah, ada seorang hamba Allah yang baik hati telah hantar whatsapp video pasal solat Sunat Gerhana. Solat sunat gerhana ini dipanggil Solat Sunat Kusuf. Ia disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah. Hukumnya sunat. Solat ini boleh dilakukan bersendirian tapi disunatkan berjemaah. Dalam video tu ada diajar dengan detail cara nak melaksanakan solat sunat Kusuf ni. Kalau korang rasa nak buat, better cari betul-betul cara solat tu sebab solat sunat Kusuf ni agak lain dari solat sunat yang biasa kita buat. Ada 2 kali rukuk pada setiap rakaat. Jadi jumlah rakaat keseluruhannya ada 4 kali. Moh le kita pakat-pakat buat solat sunat Kusuf ni sebab bukan selalu kita ada peluang dapat buat solat ni. Mesti ada keistimewaannya. Next boleh buat, lagi 3 tahun. Tapi macam aku cakap tadilah, kalau panjang umur dapatlah buat, kalau tak kira tak ada rezekilah. Ok, chiow.


No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol