Transfer Pahala

Wah, wah, wah. Hangat betul isu antivax ni sekarang kan. Aku sendiri secara peribadi adalah seorang pro-vaksin. Aku sendiri divaksin sepenuhnya dan anak-anak aku pun ambil semua suntikan vaksin seperti yang disarankan KKM. Sebelum ni ada jugak terpanggil nak menulis tentang isu ini dalam entri sebelum ni. Tapi seperti yang korang baca, entri tu jadi entri adab berhujah pulak sebab naik takut aku tengok golongan antivax dengan provax ni bergaduh kat media sosial. 
Lagi satu niat aku terbantut nak menulis pasal ni sebab aku bukanlah orang yang arif dan bertauliah untuk menulis tentang perkara ni. Cukuplah aku punya kesedaran diri sendiri untuk protect famili aku dari wabak-wabak yang tak diingini ni. Aku pun rajin jugak nak meng'google' ni bila aku nak tau Difteria tu apa? Small Pox tu apa? Ebola tu macam mana rupanya?Yelah, dah itu aje sumber yang ada. Mana pulak aku nak cari buku sejarah yag ada cerita pasal history wabak-wabak ni semua kan. Dan bila lihat betapa ngerinya gambar-gambar ni semua rasa bersyukur sangat ada antara wabak-wabak ni yang kita berjaya eradicate hasil penemuan vaksin untuk penyakit tersebut. Contohnya Small Pox. WHO dah certify global eradication untuk penyakit Small Pox ni pada tahun 1979. Sumber: wikipedia. Kalau korang rajin, trylah google image Small Pox. Gambar dia sangat ngeri sampai tak sanggup nak copy letak kat sini.
Apa yang aku dapat dari google tu aku simpan untuk pengetahuan sendiri aje. Tak mampu aku nak berhujah malah nak menulis full entri tentang kepentingan vaksin dengan knowledge yang sedikit ini. Aku percaya, di kala ini ada ramai mereka-mereka dalam bidang berkaitan yang sedang berjuang mendidik masyarakat tentang kepentingan vaksin. Aku salute mereka ni sebab selalu nampak betapa gigihnya diorang cuba menyedarkan golongan antivax ni dengan kempen-kempen diorang pastu ditambah dengan explanation dan komen-komen di media sosial. Mampu bercerita dengan detail tentang sejarah penyakit tu, penemuan vaksin, penurunan kadar kematian, Herd Immunity semua ni, bla, bla, bla.......Dan walaupun diorang ni berhujah dengan ilmu dan fakta, ceh, tetap kena sanggah macam tu jek dengan golongan antivax ni. Huh, tegar sungguh mereka ni kan. 
Macam yang aku cakap tadi, para doktor yang tinggi pengetahuan diorang pun tak mampu nak menyedarkan golongan antivax ni, inikan pulak aku. Jadi aku cuma mampu duduk diam-diam jek tengok diorang gaduh. Tapi ada satu perkara di tengah-tengah pertelagahan ni yang menarik perhatian aku. 
Cerita pasal vaksin, vaksin ni tujuan dia untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit macam wabak tu kan. Tapi ada satu jenis penyakit yang tengah menular tak kiralah di kalangan provax and antivax sekarang ni. Penyakit apa? Penyakit up status dan statement tak berasas dengan tujuan memprovokasi pihak lawan ,lepas tu bila menerima beribu-ribu caci maki orang ramai mulalah cakap dengan konfiden 
terima kasih sebab transfer pahala korang pada saya dengan mencaci saya.
Hahahah. Syurga Allah itu mahal bro. Senang betul nak rompak pahala orang ye. Provok, tunggu dimaki, lepas tu dapat pahala. Doktor-doktor sekalian, korang ada vaksin tak untuk penyakit macam ni? Highly contagious tau.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol