Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Rezeki Ramadhan

Assalamualaikum mommies.
Selamat Hari Raya buat semua. Entri ni bukan pasal raya walaupun ditulis pada hari raya. Entri ni ialah tentang rezeki besar keluarga kami pada Ramadhan tahun ini. Saya rasa berita ini lebih mengujakan saya daripada menyambut raya (maklumlah tahun ini tahun pertama menyambut Aidilfitri tanpa abah). Di kesempatan ini, saya memohon jasa baik para sahabat mendoakan arwah abah dan kalau sudi hadiahkan sepotong Al-Fatihah kepada insan kesayangan saya, Allahyarham Tengku Azhar B. Tengku Mat.
Kepada yang dah dapat agak, ya saya bakal jadi ibu lagi. Bakal menyambut anak ketiga InsyaAllah jika tiada aral, tahun hadapan. Saya dapat tahu berita baik ni beberapa hari sebelum raya. Waktu tu kami sedang bersiap nak ke KLIA esoknya untuk jemput abang long dan kak long (abang ipar dan biras saya)  yang nak balik beraya di Kelantan dari Sarawak.
Saya belum confirmkan dengan doktor, tapi dari pemeriksaan sendiri dan pengalaman saya mengandung yang lepas-lepas, 98 peratus positif. Saya dah perasan perubahan yang ketara dari segi cepat letih, demam waktu pagi dan petang, rasa mual dan kurang selera makan beberapa minggu kebelakangan ni. Mama pun perasan. Dia cakap saya nampak pucat, lesu dan selalu tidur petang lepas balik dari office (sebelum ni balik kerja mesti main dengan anak-anak) bangun pun dah dekat nak berbuka. Berbuka puasa pun saya tak tolong ateh masak dan hidangkan makanan. Memang sangat-sangat tak larat.
Dengan dua anak yang masih kecil, saya tahu cabarannya bukan kecil bila mengandung lagi. Masih ada dua anak kecil yang perlukan perhatian saya. Adam 2 tahun 4 bulan dan Aisya baru setahun 3 bulan. Bukan sahaja cabaran dari segi financial, tapi juga untuk saya maintainkan kesihatan saya, membahagikan masa, bersedia mental dan fizikal. Tapi saya syukur dan gembira dengan rezeki ini. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya dan keluarga saya. Syukurlah ada keluarga yang sentiasa support saya. Alhamdulillah.
Entri raya postpone dulu. Esok, adik sepupu saya nak bertunang dan majlisnya dibuat di rumah kami. Doakan selamat semuanya.

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol