Selfie Anak & Abah

My hubby, adalah sejenis makhluk yang sangat payah nak diajak bergambar. Sama macam arwah abah dulu. Kalau orang nak snap gambar dia mesti dia taknak pandang kamera, tapi tak pulak dia marah kalau orang nak ambil gambar dia. Jenis pemalu gitu. B pulak jenis yang suka buat muka pelik-pelik kalau aku ajak bergambar. Kerut kening la, kembangkan hidung la. 
Itu kalau dengan aku. Kalau dengan Adam. Pehh, siap berpuluh-puluh keping shot, siap bermacam-macam gaya dan bermacam-macam memek muka lagi. Sama-sam pakai baju The Red Warrior yang tak menahan tu. Yang Adam tu layankan jelah abah dia. Pandai pulak ko senyum ye nak. Kalau tak, asyik masam je mukanya selalu.




Sakit hati betul aku tengok hero berdua ni.
Echah!!! Jom kita selfie dua orang jom!

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol