Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Berpantang Hari Ke 14 - IV Mist

Assalamualaikum mommies.
Sejak umur 25 tahun aku mula menderita dek kerana resdung. Barulah faham perasaan orang yang sanggup berhabis duit demi nak merawat penyakit ni. Aku kurang menunjukkan reaksi ada makanan. Tapi kalau HABUK, ya Allah cerita pun tak guna. Mata bengkak dan berair, hidung dan lelangit gatal, keluar air, rasa mencucuk-cucuk macam ada jarum. 
Kalau cerita pasal ubat, sebut je antihistamine jenis apa yang aku tak pernah makan. 
Piriton. 
Cetrizine. 
Zyrtex. 
Aku pulak jenis kalau ubat alergik ni tak kira jenis apa pun memang akan mengantuk. Walaupun doktor cakap dia bagi yang tak mengantuk. Bahaya la kan. Aku dah la kerja jauh, nak drive tapi mengantuk. Tak makan nanti tak tahan gatal. Kalau aku pergi klinik, doktor tengok mata bengkak teruk memang senang-senang je dapat mc. Tapi kitalah pulak yang rasa tak best kalau asyik mc. Segan kat kawan sekerja. Asyik diorang je yang kena cover kerja kita. 
Lagi satu aku jenis yang tak suka makan ubat-ubatan masa sedang mengandung. Tak mau ada bahan kimia masuk dalam badan (pendapat peribadi je, bukan doktor pun). Kadang-kadang sakit pun tahan jelah. Tapi kalau tak tahan telan jugak, dengan rasa bersalah sangat kat baby. =(
Tapi sejak few months ago, sepupu aku perkenalkan satu produk ni. IV MIST nama dia. Dah lama dengar pasal produk ni, tapi tak pernah cuba.
Pic source
Harga RM28 sebotol. Aku tau harga ejen jauh lebih murah, beli 10 botol dah dapat jadi ejen. Tapi aku beli runcit-runcit. Bila habis baru beli lagi sebab sambil-sambil membeli aku support bisnes cousin aku tu jugak. Biarlah dia cari duit belanje sikit-sikit =) Aku selalunya akan beli 2 botol sebab Izzah lebih kurang aku je penyakitnya. Terlalu sensitif dengan habuk. Anytime je boleh demam bila terkena habuk (demam sebab selsema teruk, suhu badan pun naik tiba-tiba). Tambah dengan sakit kepalanya lagi.
Aku happy sangat dengan IV Mist ni sebab sekarang aku tak payah makan ubat selsema langsung. Diulangi: TAK MAKAN UBAT LANGSUNG. Bila terasa je macam nak datang simptom-simptom resdung tu, aku spray sikit IV Mist ni kat tapak tangan, pastu sedut kuat-kuat. Bagi bau dia menusuk masuk hidung. Macam magic sangat, terus rasa clear je hidung yang tersumbat tadi.
Ni aku punya. Lavender. Aku memang suka yang warna ungu je. Cousin aku cakap takde beza semua bau sama. Tapi entahlah, aku bau macam lain. Huhu. Ungu paling sedap baunya. Amboi, dulu masa resdung teruk aku rasa macam deria bau pun hampir-hampir tak fuction. Ini bukan cerita rekaan ye. Memang deria bau aku macam dah nak rosak. Orang cakap bau busuk, bau wangi aku selambe dekk je tak bau pape. Begitulah dahsyatnye penyakit aku dulu.
Sekarang Alhamdulillah. Bila dah jarang sakit, hidung tak tersumbat, jarang-jarang selsema dan demam, tak ada dah gatal mata, tekak, hidung, telinga dengan sakit kepalanya lagi. Ya Allah, memang rasa hidup makin berkualiti. Dan penawarnya tak mahal pun. Sekarang aku sedang berpantang. Dah 14 hari. Aku boleh menyusukan baby tanpa rasa bimbang pun dia affected dek ubat-ubatan yang aku makan. Sebab aku tak makan ubat. Huhu.
Benarlah, kalau tak sakit,mana nak mensyukuri nikmat sihat. Kan?
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol