Salam =)
Seperti yang dijanjikan dalam entri ni, aku upload gambar2 masa banjir ritu wokeh.
Kenapa lambat? Masih belum fully retrieve dari kepenatan sepanjang minggu lepas. Cuti Raya Cina balik ke kampung B hapdate tarikh kawen kat abah dengan ma. Abah cakap nak datang Kemaman April nanti jumpa abah aku.
"Bendo2 gini keno oghe tuo buat kiro caro." Kata bakal abahku ^_^
Agreed!
Balik dari Kula Krai, belum sempat tarikh nafas, betul2kan urat saraf yang tergeliat, sengal2 punggung (6 hours journey woo), straight pergi tuition mengajar. Balik, unpack brg dari Kelantan (sape suh shopping tak hengat), packing brg2 nak ke Melaka pulak.
Yes. Aku kena pegi Melaka pulak for training. T_____T Penat takyah cakap la, tapi aku kejarkan jugak selagi terdaya.
Okeylah, korang tgklah dulu musim banjir tahun ni de Kemaman. Sebelum ni tak teruk sampai camni. Tahun ni diorang lepaskan air empangan Pasir Gajah dan empangan Kenyir supaya empangan tak pecah, dan elakkan banjir seluruh Negeri Terengganu yang tercinta ini.
Hari pertama banjir. View ni dari dalam kete aku (dgn cermin yg retak dibaham kanopi). |
Budak2 yang selamba je main bola walaupun air dah penuh longkang. |
View in front of my house. |
Nampak tak? Air yang mengalir jugak satu rahmat. Sebab bila dah tak mengalir, tu tanda2 Allah nak start turunkan bala la tu. |
My baby + abah's luvey duvey dah pun diselamatkan awal2 lagi. Thanks jiran, bg kitorang tumpang letak kete. |
Anak kerbau yang kesejukan. |
Boot comel yang B + aku bawak masuk pasaraya dgn selamba je utk beli-belah stok makanan musim banjir. |
Banjir2 jugak. Roti baby jangan dilupa. Thx Pian. |
Catsie rescuer. |
Meng Meng sejuk + boring. |
Bekalan makanan musim darurat. |
Budak2 ni tetap happening. Lantak korang la nak banjir ke, hape ke. |
Since baju semua tak boleh jemur, hang je semua, gantung dalam bilik. Rindu nak pakai baju yang suam2 dari jemuran. Oh. |
Hurm, ko benteng rumah 18 kaki pun, kena air bah jugak. Tak dapat lari. |
Keadaan di bandar Chukai waktu malam. |
Bank pun tenggelam. |
Banjir juga banyak mengajar kami supaya bersatu. Tiap2 tahun pun macam ni. Cuma tahun ni kami ada keluarga baru. Keluarga ustazah Yati (adik angkat mama).
25 Disember 2012 - Hari pertama banjir (hujan lebat), kami pass dua tin sardin kat dia, dia masak siap2 lauk2 kat rumah dia pastu hantar ke rumah. Kami tinggal masak nasi je. Terima kasih banyak2 ustazah =)
26 Disember 2012 -Hari kedua banjir (empangan dibuka), bila air dah surut kat rumah kami, rumah ustazah pulak masuk air. Hari kedua ni lah seluruh Kemaman banjir. Actually, hari ni hari pertama nampak matahari since beberapa hari lepas. Bila hari panas sikit, diorang lepaskan air empangan sebab air dia dah cecah paras bahaya (due to hujan lebat beberapa hari ni).
Rumah kami sempit jadi tak dapat tumpangkan ustazah sekeluarga. Ustazah + anak2 + abg Lan semua tumpang kat rumah atuk. Macam kenduri pulak malam tu kami beramai2, makan & tido kat rumah atuk. Terima kasih atuk for your mee goreng =) Terima kasih sebab bantu mangsa2 banjir ni ^__^
Walaupun entri ni dah terlalu lambat, tapi kami di Pantai Timur masih dalam musim tengkujuh lagi. Boleh dikatakan selang sehari hujan. Ada hikmahnya kot date kawen aku di'postpone'kan. Hah?? Posspone!!
Ok, next entri ye ^_^ Salam.
No comments:
Post a Comment