Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Kain Batik oh Kain Batik

Korang pandai pakai kain batik tak?

Aku tak pandai. Tak pernah pandai sejak dari dulu dan jenis yang cepat give up bila tak jugak pandai-pandai selepas beberapa percubaan.

In fact lepas kahwin, aku ada berapa helai sangat pun kain batik. Tu pun ehsan dari atuk aku, mama dan hadiah orang bagi masa kahwin. Aku sendiri pun tak pernah bother nak beli. Dah memang aku tak pakai. Dari zaman sekolah, sampai masuk U, sampai kerja, sampailah dah kawen ni aku lebih selesa pakai seluar dari pakai kain. Lebih praktikal dan senang nak bergerak bebas. Huhu. Adik aku yang umur jauh lagi muda pun lagi pandai pakai kain batik. B lagilah, malam-malam pakai kain pelekat. Nak gi Jumaat pakai kain pelekat. In 5 second, kilas-kilas, tadaaaa....Da siap. Kagum aku. Laki aku lagi expert pakai kain dari aku ni.

Aku? Siang pakai seluar, malam pakai baju kelawar. Krik krik (bunyik cengkerik).

Bukan aku tak pernah belajar pakai. Masa buat degree sem 3, roommate aku semua pandai pakai kain batik. Diorang pun gigihlah nak ajar aku. Masalahnya masa tu aku underweight (sekarang ni pun), jadi ukur lilit pinggang aku kecik sangat-sangat. Bapaknye payah nak suruh kain tu lekat kat pinggang. Sikit-sikit dia makin longgar pastu melorot. Mulalah tak selesa. Asyik-asyik nak kena betulkan. Last-last, bukak kain, sarung seluar balik semula. Selesai masalah.

Pernah sekali tu, aku pergi rumah bakal mak mertua. Hehe, rumah ma aku la tu. Sampai je, ma terus hulur kain batik suruh salin. Orang kampung ni, bagi diorang pakaian yang macam biasa-biasa kita sarung tu adalah pakaian pergi berjalan. Duduk rumah biasanya pakai kain batik aje. Mama dan adik aku pun macam tu jugak. Sampai rumah, terus salin kain batik. Aku dengan along je terpengaruh dek arus metropolitan. Ceit.

Mujurlah aku dah ada trick aku yang aku dah pikir siap-siap dari rumah. Aku ada sepasang baju kurung (the one I wore during my Convocation Day). Baju kurung ni, baju dia kain chiffon plain kaler maroon, kain dia pulak kain batik. Hah, aku pun bawak kain batik yang dah siap berjahit ni, bawak balik rumah B. Ma nampak macam aku pandai jek pakai kain, terletak elok je kain tu siap dengan susun tepi lagi. Padahal kain tu elok je dengan getah pinggang, dengan zip nye sekali. Ha, nampak tak tahap hipokrasi di hadapan bakal ibu mertua. Imej kena jaga beb.

Itu cerita 3 tahun lepas. Sekarang dah selamat jadi isteri orang pun. Ma bukan setakat tau menantu dia ni tak pandai pakai kain, terkial-kial kat dapur pun ma tahu jugak. Tapi ma sayang jugak. Huhu, perasan mesti lebih.

Minggu lepas ada Tok Seh datang rumah. Aku ni tak minat hutang-hutang ni jadi tak layan la. Dia ada bawak kain batik. Mama dengan ateh sebulat suara je paksa aku suruh beli. Manalah aku nak. Aku bukan pandai pakai pun. Nasib baik mama tak smack down aku depan orang Pakistan tu sebab melawan cakap. Tapi dia sembur jugaklah sejibik,
Habih tu berpantang nanti angah nak pakai ape?
Hah? Pakai ape yek? Pakai seluar tak boleh ke? Mana aku tau, bukan pernah beranak pun. Adik aku cakap, bersalin nanti mana boleh pakai seluar. Kan bawah tu luka, sakitlah nanti. Wah, wah, advance sangat kau ye. Tapi kan ke betul cakap adik aku tu. Pastu bagi menguatkan lagi hujah dia, mama cakap nanti duduk rumah sendiri kenalah spare kain batik. Kot-kot sedara-mara datang rumah. Nak salin, tuan rumah haram selai kain pun takde.

Nak tak nak, aku pun sambarlah 5 helai. 5 helai RM110. Cukup tak? Tak cukup pun lantaklah. Dah pakai nanti basuhlah balik. Dah bayar aku pun menonong gi letak dalam lemari. Selamatlah kau dalam tu.

Dua tiga hari kemudian mama tanya aku, "angah dah hantar jahit belum kain batik hari tu?" Lah, jahit apa pulak dah ni. "kain batik tu kan batik lepas, kenalah jahit tepi, baru jadi kain sarung."

"Kalau batik lepas orang tak pakai, orang buat tutup orang mati!"

Astaghfirullah, sampai camtu sekali tahap kenaifan aku tentang kain batik.

Jadinya malam tu aku pun bawak kain-kain aku tu kat tempat tuisyen, pastu dengan muka tak malunya mintak tolong ustazah jahitkan tepi. Ustazah pulak buat hal tak mau amek upah. Takpelah, nanti siap mama suruh kasi je duit upah tu kat anak-anak dia yang kecik-kecik tu.


Aku pun tak tau nape Tiga Serangkai ni feymes amos sangat kat Terengganu ni.

  

Selamat Pengantin Baru Abang Alif, Highland Tower & Final Piala Malaysia


Salam penghulu segala hari. Jom ambil keberkatan Jumaat ni, istighfar dan selawat banyak-banyak. Jom!

WARNING!! Entri ini sangat panjang.

SELAMAT PENGANTIN BARU ABANG ALIF

Rasanya dulu aku pernah cerita, ada cousin aku yang patutnya kahwin bulan 5, tapi dianjakkan ke bulan 3. Last-last dia nikah Mac & aku nikah Mei. Latest update, Kak Wa pun dah sama-sama pregnant macam aku. Due date dia awal seminggu je dari aku. Subhanallah, perancanganNya adalah yang terbaik.

3hb baru ni, dalam rakyat Malaysia duk sibuk-sibuk nak tengok final Piala Malaysia, sepupu aku yang lagi sorang (adik bongsu pada K.Wa yang kawen bulan Mac ritu), dia pulak kawen. Ekceli, nikah 1hb Nov, sanding 2hb Nov dan sambut menantu 3hb Nov. Sebab kami pihak lelaki, kami attend yang majlis sambut menantu tu. Sambut menantu ye, bukan hantu.

Majlis di rumah pengantin lelaki ni diorang tak besanding sebab baru semalam sanding kan. Dahlah mempelainya sekampung, orang yang sama je attend wedding dua-dua belah pihak. So, diorang malas nak sanding banyak-banyak kali. Yang tak best nye, aku tak sempat ambil banyak-banyak gambar. Tetiba je mual-mual + tak sihat masa kat kenduri tu. Ipad aku pulak, tengok-tengok batt low. Aku dah charge penuh-penuh, tapi mak adik dah bantai main game masa kat rumah Ku (datuk aku).

So, ni ajela sedikit sebanyak gambar yang ada.

Nampak tak. Mengandung, mengandung pun garang lagi tu.

Hambek kau. Sekali mata tutup da..

Kebak kebak keboom. Dah sampai pengantinnya.

Hamboi, sengeh2 kau ye dapat bini. Huhu.

Pengantin lama. Silap pulak letak handbag depan perut. Hadoyai.



Hah, tangkap dia! Tangkap dia! Pastu hambek gambo. Baru dia tau erti penyesalan.

Mama tu excited nak bergambo, abah pulak tengah lapar nasik. Haik, situasi nih macam sama je dengan aku dengan B macam selalu-selalu kan. Hehe. Like mother like daughter.


HIGHLAND TOWER

Misi aku dan B belum lagi berakhir. Aku kena pergi Kuantan buat safety glasses B. B kerja dalam chemical plant. Dia kena pakai safety glasses, tapi yang problemnya B dah memang sedia rabun. So, dia pakai spec dia, pastu baru pakai safety glasses kat luar. Mak aih, walaupun tak pernah tengok aku boleh bayangkan kelakar tak kelakar muka B pakai camtu.

Company pun arahkan B buat safety glasses yang dah siap-siap dengan power sekali. Tapi kedai tu dekat Kuantan dan kitorang sekarang dah jarang-jarang dapat peluang pergi Kuantan. Aku sejak pregnant ni macam dah malas sikit nak keluar, suka duduk rumah bermalas-malasan.  Sementelah dah ada kat Pekan ni, kami nak singgah Kuantan la buat spec B. Sambil-sambil tu boleh la mengelak tengok final Piala Malaysia kat Pekan. Tak sampai hati nak biar B tengok bola di kalangan penyokong-penyokong Pahang ni. Huhu. Kami gerak ke Kuantan terus dari rumah Cek Long jadi tak sempat ambil beg baju dan barang-barang kat rumah Ku. Pesan kat mama aje suruh bawak balik.

Kuantan yang dulu bukanlah yang sekarang, dulu jalannya senang sekarang dah macam gampang (baca dengan nada lagu Tegar).

Mak aih, pening siot jalan kat Kuantan sekarang. Semua dah jadi jalan sehala. Dah lah dekat setengah jam berpusing-pusing dekat area Kamdar tak tau nak masuk camne, sekali dah jumpa jalan Kedai Liu Optical tu tutup pulak. Diorang pergi makan maruku (Deepavali kot rini). sob sob. Dah terlanjur datang tu, kami pergi MegaMall yang dah dekat sangat dengan Kamdar.

Dekat MegaMall ada ekspo buku Popular. B sempat lagi rembat buku sebuah, mahal gabak pulak tuh.

GAMBAR

Dah settle, kitorang beli tiket wayang. Hari ni nak tengok Highland Towers. Nampak cam best. Best jugakla, nanti aku bagi movie review wokeh. Tapi dalam entri lain ye. Penuh giler panggung hari yang kitorang tengok tu.

GAMBAR TIKET

FINAL PIALA MALAYSIA 2013

Dalam kepenatan berjalan sepanjang hari, kami masih berkobar-kobar balik Kemaman nak tengok Final Piala Malaysia. Sampai kat rumah, abah message cakap tak mau balik lagi, maybe esok baru balik. Tengok dulu macam mana. Ini bermakna, aku dan B malam ni tak ada selimut feveret kitorang, towel, deodorant, bedak, berus gigi pun takde. Huhu. B kata, jom yang kita pergi kedai dulu beli barang-barang pastu baru pergi kedai biasa, tengok bola.

Macam yang kita semua tahu malam tu TRW tak mempamerkan aksi terbaik dan tumpas kepada Pahang 1-0. Aku blame Bojan semata-mata sebab letak Piya kat posisi 2nd striker dan kuakan dia masa perlawanan berbaki 8 minit. Mana tak moral down sumer orang bila Kapten Marvel kua. Plus he did his best job as midfielder, hari tu memamng kucar-kacir giler. Ceit. Pastu Azizi Mat Rose tu, hish geramnye tengok dia. Tahniah Pahang sebab main dengan bertenaga malam tu. They deserved to win.
I love you Piya!! Huhu. Source: antarapos.com
Papepun, hari tu berakhir dengan B yang muram dan lemah longlai. Masuk kete, B siap cakap pelan je

nasib baik tak tengok bola kat Pekan.  

SPM oh SPM

Officially, SPM 2013 bermula 6 Nov dan berakhir 5 Dis. Tapi bebudak Tuition Center aku paling last 27 Nov, subjek Biology. Subjek aku ngajar tuh. Selepas tarikh tu semua subjek-subjek yang tak signifikan dengan aku atau dengan kata lainnya subjek yang aku tak offer kat Pusat Tuisyen Nurin Nur.

Bulan ni paling last la aku dapat tolong diorang habis-habisan sebelum bercuti panjang. Dengan perut yang semakin membulat ni aku dah semakin tak larat nak angkut baby panjat tangga office. Both, office Hoerbiger dan office Nurin Nur. Aku decide untuk let go dulu tuisyen ni sampai selamat bersalin dan selepas berpantang dengan jayanya.

Bila korang tengok tajuk entri ni, jangan salah faham pulak. Aku bukan nak cerita pengalaman aku menghadapi SPM tahun 2004 dulu (oh, aku sudah tua rupanya, sigh~~) , memberi soalan spot, mahupun tips-tips menghadapi peperiksaan. Yang itu, korang google lah di blog-blog para ilmuan dan pakar-pakar motivasi yang lain. Ada ramai lagi yang lebih layak dari daku ini (tacing tak memasal).

Yang aku nak share adalah aku punya uneasy feeling nak lepaskan anak-anak aku nih. Bila dah bulan-bulan last ni, aku macam emosi semacam bila fikir confirm susah giler aku nak jumpa bebudak ni lagi lepas diorang habis SPM, sob sob. Bebudak sekolah rendah ni takde hal, InsyaAlllah tahun depan diorang masuk balik, itupun kalau mak bapak diorang masih percaya dengan khidmat tempat tuisyen aku.

Dahlah bulan lepas aku dah kena berpisah dengan bebudak Form 3, bulan ni dengan bebudak Form 5 pulak. Haih, yang peliknya masa aku ngajar kolej dulu aku tak pulak ada feeling macam ni walaupun student silih berganti tiap semester. Salah satu faktor dia kau rasa sebab masa tu jarak umur aku dengan student tak jauh sangat. Aku 22, student 19, 20 tahun camtu. So aku treat diorang macam adik-adik. Tapi this time, ish segan pulak nak cakap, aku rasa macam nak hilang anak.Wuuwuuuwuu~~~~

Korang percaya tak, aku rasa aku sayang diorang macam anak!

Budak2 form 3 probably akan masuk sekolah teknik tahun depan, kemungkinan besar susah nak jumpa diorang lagi. Yang form 5 pulak akan masuk unibesiti...Huwaa, mesti aku rindu budak-budak nih.

Student aku ni macam-macam ragam, macam-macam pe'el, tapi entah. Diorang manja dengan aku. Baik lelaki atau pompuan. Nakal. Suka nyanyi kuat-kuat. Kuat mengusik, menyakat, gelak kuat-kuat. Selalu buat aku sakit kepala, tapi bila absent aku jadi teringat aje. Diorang start tuisyen this year aje tapi itu bermakna diorang kenal aku start zaman anak dara, sampai dah kahwin, sampai dah membuyung sekarang. Diorang excited tengok perkembangan perut aku, soal macam-macam macam diorang pulak nak dapat adik baru.

"Teacher, kenapa perut teacher kecik sangat?" "Baby teacher dah brape bulan?" "Nak beranak bila? Kat mana?" "Nak bagi nama apa?" "Babyboy ke babygurl?"


Ni bebudak form 3. Si nakal. Nampak tak bunga sekuntum tu? Selalu jadi bahan usikan Sang Kumbang.

Jangan terpedaya dengan diorang ni. Buat-buat rajin je bila orang nak snap gambar.
From left: Fatin, Azim, Luqman, Danial, Shakir.


Ada sekali Luqman cerita, "teacher tau tak, kat skolah kita ada senior nama Firdaus." Aku tanya, "hah, kenapa dengan dia?" "Nama aje macam nama syurga, perangai macam setan" Astaga, boleh pulak macam tu.

Hah, yang ni Huda. Sedang bermain-main dengan ipad aku.

Ni lagi dua orang. Bebudak Form 5 ni. Syida & Tini.

Syida, Tini, Bani & Ashraf

Sibuk je semua nak bergambar, padahal tengah belajar tu.

Tengok, makan sepah-sepah. Jap lagi aku la yang kena kemas tu.
From left: Izham, Basit, Imran, Shairie & Syafiq

Ni pun sama, berlakon rajin je ni.

Ada sekali tu, sorang student aku pergi umrah so dia tak dapat attend aku punya wedding. Balik tu dia hadiahkan aku sejadah dari Mekah. Thanks so much dear =)
Yang paling best, dia datang kat aku cakap

"Teacher, masa saya kat Padang Arafah ada orang bagitau kat sini tempat pertemuan semula Nabi Adam dengan Hawa lepas turun dari syurga. Kat sana saya doakan jodoh teacher dan cikgu Hafiz kekal sampai bila-bila. Bahagia sampai syurga."

Seyes weh, aku rasa nak nangis depan-depan dia jek. Tapi aku kan emak, mestilah berlagak kuat depan anak-anak.

P/s: Dear all my sayang, teacher just nak cakap teacher dah halalkan semua ilmu yang teacher share dengan korang. Walau sebesar zarah apa yang disampaikan, semuanya milik Allah, guru sebagai penyampai sahaja. Semoga berjaya dalam hidup dan buat pilihan menguntungkan di hadapan kalian, baik dunia atau akhirat. Semoga apa jua yang disampaikan, dapat sama-sama kita ambil kebaikan darinya. Baik untuk kalian, mahupun untuk diri teacher sendiri ^_~


Al-Fatihah untuk Kak Zah

Assalamualaikum.

Pagi tadi terima SMS dari mama, kawan tempat mama kerja dulu meninggal. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
Arwah dan mama sama-sama kerja mengemas bilik hotel, lama dulu. Masa tu aku belum habis degree lagi. Berbelas tahun kerja sama-sama. sejak aku sekolah rendah.

Allah S.W.T lah yang Maha Mengetahui segala sesuatu, dan dialah yang lebih menyayangi. Mungkin bagi kita, kehilangan seorang sahabat, jiran, teman baik malah seorang yang seperti ibu sendiri. Tapi bagi Allah S.W.T, kerana sifat Ar-Rahim, Dia menjemput hamba ini kembali ke sisiNya supaya tamat segala penderitaan, kesakitan, berakhir segala duka-lara. Jika kita kasih, Allah lebih kasih. Maka kita perlu redha.

Arwah semasa hayatnya menderita kanser peringkat 4. Walaupun harapan tipis, tapi dia optimis mahu meneruskan hidup, demi anak-anak.

Kenangan dengan arwah semasa zaman belajar dulu, dia sangat supportive kalau anak-anak sahabat belajar di peringkat lebih tinggi. Zaman tu, aku dan along di uni. Dia harap kami jadi contoh pada anak-anak dia yang lebih muda (anak-anak arwah sebaya ateh). Ingat dulu setiap mula semester, kalau mama mengadu tak cukup duit bila aku dan along nak balik uni lepas bercuti panjang, arwah akan bagi rantai di lehernya pada mama supaya gadaikan dan duitnya mama bagi untuk belanja kami sementara duit PT masuk. Bila PT masuk, kami tebus semula barang kemas arwah. Nak membantu dengan duit ringgit dia tak mampu, tapi tetap menolong sedaya mungkin.

Cubalah kalian fikirkan, dengan harta sebanyak mana dapat kami bayar pengorbanan sebesar itu? Seperti yang abah selalu pesan, kalau kita kasih pada seseorang jangan kuburkan arwah di tanah perkuburan. Kuburkan di hati. Tanda ingatan yang tak pernah padam, aku hadiahkan ayat-ayat suci supaya arwah damai di sana.

Sesungguhnya, Janji Allah Itu Benar. Mati Itu Pasti.
Al-Fatihah untuk Kak Zah.

Mengira Due Date dan Minggu ke-22 Kehamilan

Assalamualaikum.

Ini adalah sambungan dari entri awal kehamilan ni. Bila dah dapat tau kita pregnant, kita mesti eager pulak nak tau bila due date untuk kita bersalin. Korang pandai kira due date tak? Aku tak pandai. Aku bagitau je date 1st day of last period dekat doktor. Dia pun bagitau due date kat aku.

Paling senang, pergi mana-mana website contohnya Baby Gaga ke, Baby Center ke, Baby Med ke, pergi dekat Pregnancy Due Date Calculator. Pastu masukkan aje date of 1st day of last period. Auto aje keluar. Anggaran ni adalah berdasarkan 40 minggu (280 hari) ditambah pada 1st day period terakhir atau 266 hari selepas ovulasi (lebih kurang dua minggu selepas hari pertama period). Ala, kalau korang pay attention masa cikgu ngajar sains Form 3 dulu, confirm korang tau fasa subur adalah dua miggu selepas 1st day period atau hari ke -14 dalam period cycle.

Lagi bagus kalau korang tau dengan tepatnya date of conceive. Tapi kalau tau la. Apapun, jangan bimbang, kalau miss pun, biasanya 2, 3 hari aje. Ecece, macam ada pengalaman jek.
Haa, kalau jumpa doktor, mesti diorang ada main dengan kad bulat-bulat cam kat bawah ni:-


Alat ni untuk menyenangkan doktor calculate kita punya due date =)
Masa 1st check up dengan doktor di klinik swasta, due date yang doktor bagi exactly sama dengan yang aku kira dekat website. Dah method pengiraannya sama, mestilah dapat date yang sama kan.

Ok, itu jelah dulu perkongsian aku dengan korang untuk hari ni. By the way, semalam (Selasa, 5 Nov bersamaan Awal Muharam) my pregnancy dah masuk 22 minggu. Jom check baby dah besar mana dah.



Tadaa...Besar dah anak mommy. Source: mumsnet

  



Selamat Tahun Baru 1435H

Selamat menyambut awal Muharam semua.

Azam tahun baru korang?

Aku, tahun ni nak beranak dah, so nak jadi ibu yang baik. Amin.

Nak habiskan baca buku yang aku dengan B beli banyak-banyak tu.

Kalau boleh nak gemukkan B sikit.

Tahun ni B nak beli rumah, kena belajar balance antara jadi suri rumah, ibu, isteri dan wanita berkerjaya jugak. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku.

Erm, tu jelah dulu. Banyak-banyak nanti tak mampu nak buat. Ok, korang, semoga kita semua lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Jom baca Doa akhir & awal tahun.

Update: Tahun lepas abah imamkan bacaan doa, kami sekeluarga aminkan. Tahun ni, En. Suami yang imamkan bacaan doa. Semoga Allah S.W.T tajali aku dengan keteguhan iman untuk jadi makmum yang yang baik untuk imam aku. Amin.



Hobi Baru Aku - Part 2

Rentetan daripada cerita aku beli pokok bunga kemboja ritu, ni sambungan dia....

Last-last ma cakap perlahan je, "yang merah tu lawo sangat. Bagi kak ngah yang merah takpo." Huhu, dia bukan pilih yang mana dia minat, yang dia minat tu dia bagi aku pulak.

Kami duduk umah ma 3 hari baru ni, sebab aku apply leave on Friday dan kitorang balik Ahad. Sampai ke sudah kami tak pilih nak yang mana satu. Hari yang aku nak balik tu, ma tanya aku tak nak ambil ke bunga aku tu. Aku cakap takpelah ma, ma ambil je dua-dua. Sepasang cantik sikit. Kalau sensorang je nampak cacat pulak bunga tu, kesian pulak dia takde geng.. Ngee~~ (hape ko ingat ni kawanan ikan ke nak ber'geng' ni Bajilah oii??)

So, aku balik dengan tidak berbunga la hari tu. Sob sob. Aku ni tak boleh blah sikit dengan ma ni. Aku dah ter'jatuh' sayang dengan dia macam aku sayang mama aku sendiri. Ni tak ada kena-mengena dengan cerita aku terjatuh cinta sama dia punya anak wokeh. Dan aku tak ada niat nak membodek pun, sebab laki aku pun bukan reti baca-baca blog nih. Ma aku ni dahlah anak ramai, dia sangat penyayang dengan anak-anak dia. Pastu dia obses dengan pokok bunga. B pulak, pantang ada peluang, kalau pergi nursery ke, Cameron Highlands ke tak pernah lupa belikan pokok bunga untuk ma. Anyonyonyo. Macam sweet-sweet je dua beranak nih. Aku pun, bila tengok ma hepi, aku pun hepi. Cuma aku kena menyelami dengan lebih mendalam apa yang hepi sangat tilik pokok-pokok bunga kertas ni? Tak paham aku. Kalau mama aku, dia tak minat pokok-pokok nih, dia suka main dengan En. Bobo je. Masih ingat En.Bobo?Kononnya En.Bobo manja dengan dia, padahal En.Bobo mengongoi kat kaki mama tu sebab dia lapor aje. Mesti mama terperasan yang En.Bobo tu sayang kat dia.Huhu.

Sebelum aku mengarut lebih jauh, sambung cerita semula. Dalam perjalanan balik tu, B berhenti sekali lagi di Besut. Dekat nursery yang kami pergi hari Jumaat ritu. Yang bestnye, budak yang kerja kat nursery tu still ingat kami lagi. Kali ni B tak suruh aku pilih dah, dia terus ambilkan bunga kemboja putih pastu ambil pasu satu, exactly sama macam yang aku pilih hari tu. Bayar, pastu cakap kat aku "ni abang ganti semula pokok bunga ayang". Mak aih, terharu sangat tau. Kena jaga leklok pokok pemberian En. Hubby ni.

Latest update, pokok aku dah keluar bunga tau. Jeng jeng jeng.


Dua kuntum. Asal 3, tapi dah gugur satu.
Nampak tak pasu tu. Pasu yang besar tu. Belum alih lagi pokok tu dalam pasu besar, sebab abah kata tak boleh letak tanah biasa, kena letak arang campur kompos, habuk-habuk kayu kalau pokok camni. Tak tau mana nak cari habuk kayu. Susah tau, tak siram layu, terlebih siram pun layu. Tak kena cahaya mati, terlebih panas pun mati. Aku letak kat tempat redup aje. Sayang tau.

P/s: Bela kucing jauh lagi senang, kalau dahaga dia cari air sendiri pergi minum.
   

Hari yang Redup, Demam dan Mee Kari Semambu

MONSUN

Semalam dah masuk 1 November 2013.
Maksudnya bagi negeri-negeri pantai timur ni monsun timur laut dah bermula. Kalau tak paham jugak, maknanya musim hujan dah start la. Bulan ni last la nelayan pergi 'kelaut' sebab Disember biasanya dah start tengkujuh. Kalau kelaut jugak, menempah maut tu namanya.
Kalau korang masuk perkampungan nelayan, contohnya Kuala Kemaman, start bulan 9 lagi diorang dah rancak menjemur ikan, bekalan musim-musim macam sekarang ni. Bulan 10 yang lepas ni pun boleh katakan selang sehari je kita akan jumpa hari yang betul-betul panas terik.

Yang best pasal musim hujan ialah bila nak balik rumah lunch, takdelah rasa macam masuk dalam oven bila masuk kereta. Dah kereta pun berjemur tengah panas. Kat office takde car porch, kat rumah pulak kereta abah je muat masuk car porch. Kenalah bagi big boss kan, tanda kita respek dia. Kereta aku, kereta B, kereta abang teh, kereta ateh semua bersusun kat luar di tengah terik mentari. Tu belum bila along dengan abang long balik lagi tu. Kereta banyak, car porch tak muat. Krik krik (bunyi cengkerik).

Itu yang best. Yang tak best pulak, musim-musim macam ni payah la nak dapat makan ikan. Ikan mahal woo. Terpaksalah makan daging dengan ayam je sokmo. Tapi, bukan ke daging dengan ayam pun mahal jugak? ooopss!! Nak makan sardin, mahal jugak. Makan ubi kayu la nampaknya.
Lagi, yang tak best ialah payah nau nak jemur baju kasi betul-betul kering. Rindu tau nak angkat baju yang suam-suam dari ampaian. Aku dahlah basuh baju hujung minggu je. Ala, baju aku dengan B je pun. So, takde banyak sangat. Basuh takde hal pasal aku sumbat dalam washing machine aje. Nak menunggu kering tu yang problem. Buatnya hujung minggu tu matahari tak nak keluar, ha takkan nak panggil Doraemon pulak alihkan awan. Impossible.    

Selain itu (penyambung wacana), orang-orang yang duduk dalam paya macam aku ni paling bimbang banjir =( Walaupun dah banyak pengalaman, tapi masih tak mampu bertenang menghadapi banjir. Dulu pun aku ada buat entri pasal banjir kat tempat aku kan.

Musim tengkujuh tiba lagi.

Musim tengkujuh tiba lagi -part ii.

Musim tengkujuh tiba lagi -part iii.

Kalau hari panas kereta kena jemur, musim banjir lagilah problem. Kalau tak alih kereta kat tempat lebih tinggi awal-awal, rosaklah enjin. Tau-tau nanti air surut, kereta takleh start. Conclusion, baiklah kena jemur panas dari kena rendam air.
Bukan kereta je sakit musim-musim banjir ni, 1001 penyakit bakal datang. Musim hujan selalunya, separuh kucing kitorang akan mati. Especially yang kecil-kecil, yang imun badan tak kuat. Haiwan satu hal, tuannya pun tak sihat. Habis banjir satu badan gatal-gatal.
No more recreation musim camni. Nak keluar rumah, hujan. Pantai pun tak cantik. Kalau biasa air laut warna hijau, sekarang akan jadi coklat, berkeladak plus ombak besar.


2ND TRIMESTER

Aku dah makin kuat. Makan semakin berselera dan dah jarang sakit. Morning sickness dah takde langsung, Alhamdulillah.
Maybe faktor cuaca yang tak menentu sekarang ni, semalam aku demam. Selepas sekian lama tak demam. Pertama kali dalam 2nd trimester ni rasanya. Kat office rasa tak larat sangat. Selsema teruk + cirit-birit lagi. Lepas dah 5, 6 kali berry hadoi tak larat dah. Kena balik rehat dulu.

Tuptup masa nak balik, ada problem pulak kat office. Entah macam mana orang Singapore salah hantar barang pulak. Aduh. Lately, aura di office semakin positif. Orang tak kacau hidup aku dan aku kerja dengan tenang. Honestly, seronok datang office sebulan dua kebelakangan ni. Dengan fizikal yang sihat, kerja pun jadi beres and I manage to handle everything within my reach. Tapi hari ni ada problem. Terfikir jugak, ada yang tak kena ke. rupa-rupanya lupa baca doa yang abah ajar. Ok, baca doa dulu.

Before balik lunch, manager datang cari aku. "Ilah, barang tu tak salah. Akak dah check tadi, typo je pada tagging." Alhamdulillah sangat-sangat. Kalau tak satu hal pulak nak kena return barang salah lagi, hantar barang yang betul. Serik dah kena camtu.


MEE KARI SEMAMBU

B selalu main badminton dengan kawan-kawan dia sekarang. Yelah, nak ajak aku pun aku dah memboyot camni takleh lah main dah. Biasanya dia main lepas habis shift malam. Balik kerja pagi tu, dari Gebeng terus singgah Semambu main kat sana dengan kawan-kawan tempat kerja dia.

Last week B pergi masa off day. Sebab kitorang memang planning nak pergi jenjalan kat bandar Kuantan, jadi aku ikut sekali. Habis main makan dengan kawan-kawan dia kat restoran dekat Semambu. B order mee kari. Aku order sama. Sedap weh, RM4.30 complete ayam, tauhu, kerang, telur, sayur dengan telur puyuh lagi. Haa, next time nak order yang mee kari special pulak tengok apa ada kat dalam. Apa yang special sangat.

Semalam B pergi Semambu lagi main badminton. Kirim lah mee kari tu dengan dia. Pukul 12 B kol dah nak dekat sampai rumah. Tapi dia cakap lupa belikan mee kari. "Alamak, camne ni abang pusing balik pergi beli ek?" Gila hape, ingat dekat ke Semambu. Takpelah, next week kalau dia pergi main lagi boleh makan lagi. Tak larinya court badminton tu. Eh silap, tak lari pun mee kari dikejar. Tapi B cakap, "ayang balik dulu ye. Abang nak kena siap pergi Jumaat pulak." 

Sampai je kat rumah, tadaaaaaa......................

Mee kari restoran Semambu yang menjadi idaman.

Dahlah ayang demam, dapat pulak makan mee kari. Terima kasih banyak abang ^_^

P/s: minggu lepas kawan-kawan B sakat aku suruh order ikan Arowana dalam aquarium restoran tu. Suruh B tangkapkan. Masalahnya, ada ke orang makan ikan hiasan tu? Huhu~~~

 

Hobi Baru Aku

Korang ada hobi tak?

Hobi aku baca buku.

Macam gud gud je kan. Tapi seyes ni. Aku suka membaca. Dan aku tak choosy bahan bacaan. Daripada buku-buku ilmiah (macam buku agama, motivasi), magazine, novel, artikel, komik, signboard tepi jalan, nama kampung, nama masjid, nama jalan sampailah buku teks BM darjah dua adik aku. Pun aku baca jugak. Korang jangan pulak gedik-gedik tanya "abeh tu, Quran tak baca ke?" Baca Quran tak payah cerita kat korang, riak namanya tu.

Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik, kalau time mandi tu abeh la tulisan pada tiub ubat gigi Colgate tu aku baca. Pastu tulisan pada botol shampoo pulak. Haa, sampai obses camtu sekali dengan membaca. Thanks to my mama, aku pandai membaca masa umur 4 tahun, sebab tu excited lebih sampai semua pun nak baca. Pantang jumpa tulisan. Budak-budak kan memang camtu.

Bila dah dewasa dan ada income sendiri, aku pun start 'projek buku' dengan B. Segan pulak sebab dah lama janji  dengan korang nak share buku-buku yang aku baca. Tapi haram, sampai hari ni satu pun aku tak upload. Koleksi buku aku dah banyak tau. Macam-macam genre pulak tu. Nanti ye, tenang-tenang nanti aku upload 'harta karun' aku tu berserta ulasannya sekali. Plan nak start buat time maternity leave nanti.

Oh rak buku idamanku. Bilakah akan jadi kenyataan.

Selain dari membaca, aku pun suka bela binatang jugak. Tapi yang ni boleh kira sebagai hobi tak? Kalau ye, thanks to my dad pulak sebab yang ni adalah genetik dia. Dan kalaulah kami punya halaman rumah yang luas, aku tak taulah spesies apa pulak yang kitorang akan bela. Rumah kami pernah ada:-

1) 11 ekor kucing

Tadaa...Introducing En. Bobo. Ni baru sekor tau.
2) Anak kerbau

Sesungguhnya, saya tidak menipu anda. Huhu.

Mmmuah. Sayang abah.
3) Ayam belanda -sorry aku lupa mana aku save gambar diorang.

4) Rabbit -abang & adik

5) Anak tupai

Feberet dia, pisang dengan buah rambutan. Buah rambutan paling suka.
6) Anak burung - yang ni pun, tak sempat amek gambar dah arwah dulu. Kecik sangat.

7) Latest ni, 2 ekor ayam. Rambo dan aweknye =)

Yang menariknya pasal hobi ni ialah, binatang peliharaan kitorang selalu bertukar ganti. Selalunya sebab mati (T_T). Biasanya, kami tak buang atau bagi orang sebab once dah bela, kami akan sayang macam famili sendiri. Alhamdulillah, aku pun bertemu jodoh dengan lelaki penyayang, so bolehlah B geng dengan abah. Lagi satu, selain ayam belanda tu, semua pets kami biasanya binatang sesat, kucing orang buang, kotor, kena kurap, kena gigit anjing, sakit, takde ibu nak jaga or nak menyusukan (sangat baby, kalau tak amek bela mesti mati), jumpa tepi jalan, macam-macam lagilah ceritanya.

Tu pasal hobi aku dari kecik.
Baru-baru ni pulak, masa balik kampung B kat Kuala Krai, B telah memperkenalkan aku dengan hobi baru. Haa, saspen tak? Kitorang ni, kalau balik kampung, mesti singgah kat ada satu nursery ni kat Besut. Ma (ibu B) minat sangat pokok bunga. Ha, korang dapat hint dah sket-sket kan. B pun macam ma dia. Tapi aku kurang sket pokok-pokok ni walaupun abah suka. especially pokok buah dengan pokok puding. Yang ni aku ikut mama pulak, tak ikut abah. Nak jadikan cerita, B suruh aku pilih pokok apa nak bagi ma dia sebab dah selalu sangat belikan pokok bunga kertas kacuk warna.

Aku pun suggest satu pokok ni. Bunga besar. aku tanya akak tu pokok apa. Dia cakap kemboja. Aik, setahu aku kemboja yang kat atas kubur tu. Yang wangi lagi mengerikan, huhu. Yang ni dah la bunga cantik, pokok kecik, tapi bunga tak berbau. Dia cakap kemboja China. Whateva la, yang penting lawa. Aku cakap kat B boleh tak kalau aku nak satu. Nak belajar bela pokok bunga pulak. B bagi. Aku pilih warna merah untuk ma, warna putih untuk aku. Ok, B approve. Next, pilih pasu pulak. Ni pun B bagi aku pilih. Heaven sangat kan bila shopping orang lain bayar. Ahaks.

Masa dah dekat nak sampai rumah ma, tetiba aku terfikir pulak, "abang, dahtu camne kalau ma suka yang putih, tak suka yang merah?" Takkan nak cakap, "ma yang putih tu Kak Ngah punya, ma punya merah." Nanti ma cakap, "kurang asam punya menantu!!" B senyum je, nanti abang cakaplah awal-awal putih tu ayang punya. Ok. Tapi hati aku tetap rasa tak best. Last-last aku decide nak biar ma pilih dulu. Aku ambil je yang ma takmau. Yelah, aku pun baru je nak belajar jaga pokok, takyahlah bersungguh sangat. Buatnya lepas dua hari, pokok tu mati tak ke kes naya.

Sesampainye kitorang depan rumah, B keluarkan pokok tu. B cakap, "ma, ma pilih so, kak ngah nak so. Ma nak hok mano?" Ma senyum, "ma mana-mana tak kesah, lawo blako." Adik-adik B semua dah excited ni. Ada suruh ambil merah, ada suruh ambil putih. Dalam hati aku, janganlah B gatal-gatal mulut cakap kat ma aku nak yang bunga putih tu. Dup dap dup dap.

Agak-agak korang, ma pilih yang mana?

to be cont........
         
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol