Santai Sabtu

Assalamualaikum.
Hi, lama tak bersiaran. Weekend baru ni, attend cousin punya engagement. Alhamdulillah, majlisnya small, sweet & simple. 3S.
Yang penting, matlamat utama nak memperkenalkan dua keluarga bakal mempelai tu tercapai. Akak doakan sehingga ke jinjang pelamin, seterusnya hingga ke Jannah ye Aifa.
Sedikit tentang majlis:-
  1. Pertemuan antara keluarga sebelah Terengganu dan pihak lelaki dari Kedah. Haru jadinya. Macam ayam dengan itik nak communicate. Mujurlah pihak kami ada yang berkahwin dengan orang Kedah. Siap guna 'translator' lagi you.
  2. Cousin kami ni is the only daughter of the family dan ibunya dah meninggal. Jadi dalam ceria tu terasa sangat sayunya.
  3. Bapa pihak perempuan tak berhenti2 menangis. Sayu mengenangkan anak dara satu-satunya disunting orang. Sayu teringatkan arwah isteri juga agaknya.
  4. Cousin aku ni bertunang di rumah kakak iparnya. So, this is my first time pergi rumah tu. Boleh pulak selang 3 buah rumah je dengan rumah boss aku. Hihi.
  5. Aku sempat makan jugak selepas huru-hara make sure budak 4 ketul ni makan sampai kenyang. Kredit to nenek yang gigih ulang alik amikkan nasi & air.
  6. Sementara family pengantin berbincang, aku duk berselfie dengan budak2 ni sebab nak distract diorang dari buat bising dalam majlis orang. Malu woo.
  7. Aku serik nak gi majlis tunang/kahwin dengan budak2 ni. Arghhh!!!!
Haih, bilalah abah nak bawak Adam pergi gunting rambut ni. Serabai dah.
My ex-classmate yang akhirnya get married to one of my cousin. So, sekarang kami bersaudara.

Selamat bertunang dik.

Yang paling depan sahaja masih available.


Nenek pun tak lepaskan peluang.

Mama X Luqman
Mama X Aisya
Aisya X Arissa


Capture by my Oppo Reno
Mama X Elyas (baru bangun tidur)





Sekian dulu entri bergambar dari aku untuk kali ini. Sekali sekala post entri. Hah, hamekaw!!

Abang, malam ni makan di mana?

Bila kau cuba selfie sementara tunggu no. giliran kat KFC dan laki kau ada kat belakang. Deng!!

Jom Jogging

Assalamualaikum mommies.
Currently berat aku mencecah 53.3Kg untuk ketinggian 158cm. Masih kategori selamat la kan. BMI pun cantik lagi. Aside from ada extra ‘spare tyre’ kat perut ni, selebihnya I’m happy with my body. In fact, sangat-sangat happy. Sejak dari kecik sentiasa underweight aje, sekarang ni barulah merasa memiliki berat badan normal.
Tapi ada pulak problem lain. Sejak masuk kerja 2 bulan lepas (selepas maternity leave) berat aku constantly bertambah. Dalam masa 2 bulan ni naik dari 51kg ke 53kg. Memang tak banyak, sebab every week bila aku timbang akan naik lebih kurang 100 – 200g je macam tu. Tapi berat aku sentiasa bertambah, sikit-sikit. Aku takut sikit-sikit dia mendaki puncak kejayaan sampai cecah 80kg je. Bimbang jugak kan.
Being underweight my whole life, aku memang tak reti sebarang perkara berkaitan diet dan penjagaan berat badan tak kiralah sama ada eat clean, jaga portion makan, kurangkan air manis, suku-suku-separuh, kira kalori, snacking, malah bersenam tu jauh sekali. Yelah, selama ni kau makan gajah rimau sekalipun memang badan takkan naik punya. Dahla aku punya favourite fast food KFC, Pizza, McD semua tu. Haih.
Aku nak mula jaga badan dari sekarang, sementara badan masih elok. Nanti kalau dah ter’overweight’ nak kasi turun dah payah pulak. Aku punya target weight ialah 51kg. Yes, macam agak kurus tapi asalkan aku rasa selesa dan pakai baju nampak cantik.
Since beberapa hari lepas, aku dah mulakan aktiviti berjogging. Aku jongging lepas Subuh pukul 6.45 pagi dekat Monica Bay. Cantik tau dengan seaview, udara pagi yang segar. Lagipun sekarang subuh awal dalam 5.35 pagi camtu so pukul 6.45 tu hari dah terang. Nampak comel je makcik pakcik  sebaya mama abah jalan berpasangan pagi-pagi =)
Izzah temankan aku. Selalunya dia lari laju tinggalkan aku (maklumlah atlit). Aku lagi pentingkan 'endurance'. Slow and steady, heheh. Badan rasa sedap bila keluar peluh (aku jenis yang payah berpeluh). Rasanya last aku berlari 11 atau 12 tahun lepas di UiTM masa zaman-zaman jadi Komander Kesatria dulu.
Doakan aku dapat terus istiqomah untuk berlari, dan istiqomah untuk tidak breakfast roti canai banjir dan teh tarik selepas berlari. Eh?

Adik 55kg. 13 years old. Atlit tenis dan lontar peluru.
View yang cantik sebagai sumber motivasi. Ada jugak manusia hanat yang suka buang sampah tepi pantai ni tau.
31 years old try to get as fit as 13 years old. Di mana ada kemahuan..
Ok dik. Jom kita cari breakfast.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol