Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

WW: Engagement Shoes


Aku rasa....... aku rasa...... Aku rindu nak pakai heels. K Bai.

First Time Adam Makan =)


Assalamualaikum readers.

Hari ni nak cerita pasal first time Adam makan solid food. Since Adam dah ready untuk makan, aku pun start google dan cari bahan bacaan pasal makanan yang sesuai untuk baby yang baru mula makan dan cara-cara penyediaan. Mostly buah-buahan dengan bubur kosong aje yang Adam boleh makan dengan syarat makanan dikisar hancur (puree) dan teksturnya mestilah cair.

Minggu lepas, bila aku berura-ura nak start bagi Adam makan, semua orang excited. Nak tengok betapa gemuk Adam akan jadi bila dia dah start makan. Paling excited tentulah aki dan neneknya. Terus suruh ateh buat bubur nasi, blend, dah siap terus suap cucu dia. Sayu sikit hati masa ni sebenarnya, sebab kalau boleh aku nak jadi orang pertama yang suap makanan ke mulut Adam. tapi mengenangkan betapa happynya semua orang, aku pun jadi happy sama.

Nampak tak betapa tidak rela muka dia disuap makan?
Adam kecil lagi. Dia belum overcome dia punya tounge-thrust reflex (perkara normal bagi bayi), jadi dia asyik luah keluar bubur tu. Overall, percubaan pertama kami tak berjaya. Tapi oklah, sebagai introduction kat Adam dengan solid food.

Ingat lagi aku ada beli ice case kat Daiso masa pergi Kuantan ritu? Kalau tak ingat, meh nak tampal gambau sekali lagi.


Bekas dah ada. Tinggal nak buat pureenya aje. Gigihlah aku dengan B cari gerai buah sampai ke Pahang sebab nak kasi anak makan buah. Padahal memang duduk kat sempadan Pahang pun, ceit!


Inilah hasil tangkapan. Aku plan nak bagi Adam banana puree, apple puree, pear + dragon fruit puree. Ni macam selera emaknya aje kan. Aku dengar, avokado pun sedap. budak-budak suka makan. Tapi mana nak cari avokado kat gerai buah ni. Dekat pasaraya adalah.

Percubaan pertama aku ialah pisang. Guess what? Adam suka sangat! Habis sebiji pisang tu Adam makan. Paling syok bila dapat suap sendiri anak kita makan. Dapat pulak tengok dia makan dengan berseleranya.

Sampai comot camni jadinya muka anak mama.
Aku tak ambil gambar puree pisang tu, sebab pisang bila dah dilenyek @ dikisar warnanya macam pisang yang lebam tu. Warna tak menarik langsung, tapi bau wangi. Rasa pun sedap. 
Tak percaya? Tengok muka Adam yang lesu sebelum makan pisang.



Lepas makan, terus jadi ceria cenggini. Hihi.



Hihi. Gurau je. Pape pun syukur Alhamdulillah Adam dah mula makan. Takdelah susah sangat nak bagi anak makan sebenarnya. 
Mood: Tak sabar nak cuba buah-buah lain pulak.

P/s: Umur Adam masa mula consume solid food ni, 4 bulan setengah. Tak payah nak hentam-hentam aku cakap awal-awal dah bagi makan. Lepas makan ni aku terus check berapa kali dia 'poopoo' sehari, warna & tekstur najis tu. Tak ada masalah, so boleh proceed InsyaAllah. 

Sehari di Kuantan


Salam Jumaat semua. Selasa lepas, aku apply emergency leave. Settle pasal loan dan rumah. B la punya pasal, cakap last minute giler. Lepas tu kami ke Kuantan. Nak shopping raya. Macam biasalah kalau ke Kuantan, takde tempat lain la mesti pergi ECM. Hukhuk T_T

Kami cuma nak beli beberapa pasang lagi baju raya untuk Adam. Ni raya pertama Adam, so biarlah Adam yang merasa nikmat raya (Adam dah pandai beraya ke??). Untuk kami, kami ulang pakai baju lama aje. B cakap kalau boleh tahun ni kena sambut raya dengan sederhana plus kena banyakkan muhasabah diri. Tak sampai hati nak raya berlebih-lebihan masa saudara kita kat Gaza sana semua duk asyik dibedil T_T  Pastu tak cukup MH370 yang belum jumpa tu, MH17 pulak kena tembak jatuh kat Ukraine.

Nak tolong banyak pun tak mampu, kami cuma mampu bersederhana sambut raya  sebagai tanda kami pun turut bersimpati. So tahun ni, Adam je dapat baju baru. Suke tak Adam? Sebelum beli baju raya temankan mama masuk Daiso dulu k. Ada barang nak beli.

Tengok, sikit punya hepi Adam masuk Daiso.
Sambar bekas ais ni untuk buat puri Adam. Adam kan dah nak belajar makan =)
Sangat bagus bekas ni. Saiz kiub yang sesuai dan ada penutup.
Terbeliak mata Adam tengok lollipop yang colourful =)

Hajat di hati nak belikan Adam baju melayu saiz '0' kat Gene Martino, sekali saiz 0 tu pun terlalu besar untuk dia. Takpelah, ubah plan. Aku nak pakaikan Adam 'kurta' dengan kopiah masa pagi raya. Mesti comelkan.
Baju T-Shirt, Overall, Jeans, Kemaja, Stokin semua beli kat kedai Anakku akhirnya. Comel-comel jugak dan dapat diskaun kalau beli sepasang.

Aku tak haplod gambar baju Adam yang kami shopping sebab nanti tak seprais. Tengok dalam entri raya nantilah ye.

Tengah-tengah jalan Adam merengek nak susu. Kenalah penuhkan tangki dia dulu sebelum sambung jalan. 

B tanya kau nak berbuka kat mana. Rasa malas nak berbuka dekat ECM sebab by the time kami siap shopping, tempat makan mesti dah penuh di'book' jadi aku suggest kat B kami cari je apa-apa yang ringan untuk alas perut, dan berbuka kat restoran aje on the way balik nanti. Lagipun dah maghrib, aku nak cepat sampai rumah mandikan Adam.

Sekali dah syok jalan tengok-tengok dah nak masuk waktu berbuka. Sementara B pergi bayar parking, aku tunggu dalam kereta  sebab nak bagi Adam minum susu (untuk kali kedua). B datang balik bawak air 2 tin dengan pop corn TGV Cinema. Haha, berbuka popcorn pun jadilah. Sebelum tu aku ada beli coklat macademia kat Famous Amos punya booth. Makanlah kami popcorn dengan coklat buat berbuka dalam kereta.


Kami singgah makan dekat tempat feveret kami, Restoran Moonera dekat Cendor. Mujurlah Adam tak buat perangai (sebab perut dah kenyang) dia duduk diam aje dalam stroller.
Menu: Nasi Goreng Kampung, Sotong Goreng Kunyit, Tomyam Campur, Air Buah.
Kenyang sangat, puas hati. Alhamdulillah. 

Macam tulah sikit sebanyak cerita shopping raya kami. Banyak preparation untuk Adam aje. Kami kena save banyak duit sebab lepas raya nak pergi Cameron Highlands. Eh, camtu pulak?

P/s: One sweet day aku nak buat jugak-jugak review pasal Restoran Mooneera ni. Best sangat.

Is He Ready For Solid Food?



Assalamualaikum. 
Dah baca pasal baby monster yang aku post semalam? Itulah Adam. Grab tangan siapa saja, cuba masukkan dalam mulut. When I said tangan, I mean it. Sebab Adam bukan hisap jari dia atau orang lain aje. Ada sekali tu we both at the back seat of my car, B's driving, Adam hisap lengan aku sebab he couldn't reach my fingers.

Sebelum ni aku sangat rigid nak bagi Adam makan masa umur dia masuk 6 bulan. Aku pernah terbaca satu kes, ibu ni bagi anak dia makan masa umur 4 bulan. Anak dia koma 10 hari sebab jangkitan usus. Mujurlah doktor berjaya selamatkan baby dia, 10cm usus baby tu dipotong. Dia cakap boleh nampak dalam usus yang dibuang tu makanan stay kat situ je. Usus baby tak mampu nak hadamkan. Kesian kan.

Benda tu jadi pengajaran pada aku. Lantaklah orang nak push aku kiri kanan suruh suapkan Adam nestum (sebab dia nampak lahap giler minum susu, hehe) aku tetap nak tunggu dia umur 6 bulan. Tapi lately aku perasan perangai dia lain macam. 

Jari sepanjang masa dalam mulut. Standard la. Dah lama sebenarnya. Sebelum Adam masuk spital lagi. Tapi sekarang lagi kronik sebab bila kita tarik tangan dia, dia nangis. Bila abah dia tunjuk gambar biskut kat tin biskut atas fridge, dia buat mulut muncung. Siap hulur tangan nak capai lagi. Kalau aku berbuka puasa sambil riba dia, dia tunduk sampai kepala nak masuk dalam pinggan aku.

Mungkin betul orang cakap kut. Adam nak makan. Tapi aku nak tunggu dia umur 6 bulan. Sekarang baru 4 bulan setengah. Lambat lagi tu. Sebelum aku decide nak bagi Adam makan aku buat banyak research pasal benda ni. Baca buku PA&MA, tanya orang, bukak blog, cari pasal baby's first solid food and at last I've come out with a conclusion.
YES, ADAM IS READY FOR HIS SOLID FOOD.

Macam mana aku tau? Check out this 5 SIGN YOUR BABY IS READY FOR SOLID FOOD. Wah, wah, rasa cam baby expert plak. Hehe.

1) Boleh tegakkan kepala - Macam Adam, masuk umur 3 bulan tu kepala dia dah stabil dah. Nak dukung pun tak bimbang.

Bukan takat tegak je, saya dah bley angkat kepala sendiri. Tengok! Tengok! 

2) Lidah tak tolak makanan - Ini dipanggil 'tounge-thrust reflex'. Baby secara semulajadi akan luah semula semua benda yang masuk ke mulut. Maha Suci Allah yang kurniakan kebolehan ini pada baby. Tujuannya nak elak benda asing dari masuk mulut baby. Once the baby outgrown this, means dia dah ready untuk makan. 

Tak, saya bukan push makanan, saya memang nak jelir kat awak, buwekk!!

3) Berat badan sesuai - Sekurang-kurangnya 2x ganda berat baby semasa dia lahir. Masa lahir dulu berat Adam 2.80kg. Sekarang dah 7kg. 3x ganda dah, huhu.

Ye, ye, saya tahu saya gemok. Thihihi ^_^

4) Tunjuk minat - Macam Adam, dia selalu tunjuk eager eyes. Masa kita sua gelas ke mulut atau suap nasi, dia tengok sampai kepala pun ikut gerak sama. Pastu mulut akan tunjuk 'chewing motion', muncung, ketap-ketap bibir.

Abah, adik nak yang besar tu.

5) Sentiasa lapar - Adam sangat kuat menyusu sekarang. Selalunya, kalau tengah susukan dia, kena standby lagi satu botol kat sebelah. Kalau tiba-tiba dia tengah syok minum susu habis mengamuklah jawabnya. 
- Dulu kalau dah minum susu, malam dia akan tidur lena. Sekarang dia suka merengek waktu malam, even dah bagi minum susu.

SAYA NAK MAKAN BISKUT!! GRRR!!

Kalau aku, aku nak tambah satu lagi. Selain semua sign yang aku cakap kat atas ni, korang jugak boleh consider bagi anak korang makanan pejal kalau kedudukan tangan dia 24 jam camni.

My Baby Monster



Hi all. My name is Adam. And this is my story.

I used to be a good boy. Very good boy. Smiling, cheering, happy all the time. Want some proof?






Until one day. I remembered drinking tonnes and tonnes of delish mama's milk but after a while I was still hungry. I wonder why. Then I cried and cried restively until mama or nenek gave me some more milk.

"I hate youuuu."
Guess what? Still hungry.

I don't understand why people keep giving me milk and more milk when I cried. They just don't get it. The milk is not enough. I'm a big guy now.

I hate u too abah!

But it's ok. Here I go with my big plan.
.
.
.
.
.
.
.

Just so that they will notice, I started to give mama hint. Rolled my eyes when I saw pictures of food, biscuits. God, biscuits just look so delish. I stared at mama's plate. Even if it's just an empty plate. I showed her chewing motion all the times. I sucked and smacked my lips.

Guess again? None of them is working. God, my Mama is too slow.  She didn't get it. It was all in vain that I've cracked my head to come up with all these plans.

But it's ok, I will not lose hope. I'll make her understand.

So I started to chew my hand.


My father's hand.


Mama's hand (no picture, mama never let her finger in my mouth).

"mama, you're so beautiful. I'm just kidding, hihi. May I have your fingers please?"

Nenek's hand.



Aki's hand.


The doctor's hand.


Everybody's hand.

Gimme your hand!! gimme your hand!!

I myself wonder why my hand taste so good. But it's true.





But mama is so mean to me. She insist not to give me any solid food until I reach my half-birthday. Mama, why are you doing this to me? I'm ready now. I want to know the taste of mashed potatoes, fruits puree, even spaghetti you ate last nite. Looks so red, looks yummy. Wait, am I allowed to eat that?



"So now you're telling me I'm not allowed to suck or chew my fingers anymore?"

"Hurm, seems legit rite mama?."

"Really mama?"

"Nah, I DON'T CARE!"

WW: No DNA Needed


Jurnal Ramadhan

Pic source

I've tried my best untuk jadikan jadual kat atas ni sebagai guideline untuk ibu berkerjaya yang breastfeeding macam aku ni (pandai-pandailah sesuaikan masa untuk bulan Ramadhan ni, for e.g my day will starts on 4.30am untuk sahur dan spend sikit masa untuk berbuka pada waktu Maghrib).

Masalahnya dengan aku, masa Adam start refuse botol, aku kena balik rumah masa lunch hour, susukan dia.  Sebab tu aku balik tengahari walaupun bulan puasa. Nasib baik tempat kerja dekat je. Plus, Adam takde jadual menyusu. Dia ikut suka perut dia jek. Me, so worried -_-

At last, I came up with this schedule of mine. Yang kat atas ni sebagai guideline, tapi aku sesuaikan dengan lifestyle aku, Adam punya keperluan dan jugak bulan Ramadhan. So, aku dapat extra time masa lepas sahur and mine, much simpler ^_^
P/s: korang jangan goblok sangat tanya solat, ngaji, terawih, qiamulail tak masuk dalam schedule ke bulan-bulan puasa ni?
Sila take note, yang ni jadual BREASTFEED ye. Segala jenis solat wajib, solat sunat, zikir ko nak aku masuk dalam ni, aku jugak yang dapat dosa sebab riak. Heh.


Notakaki:
-start from 7.30pm hingga 12.00/1.00am minum air masak1gelas/hour
-2x ESP, malam sekali dan masa sahur sekali
-Kurma, take everyday bila-bila masa je (bukan masa tengah puasa ler, of course lol)

#Pray 4 GAZA #Pray 4 MH370 #Pray 4 MH17
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol