Mengidam Orang Tak Pregnant

Boleh tak tajuk macam tu?
Assalamualaikum mommies.
Niat nak tengok Polis Evo, masih tak tercapai lagi. Kutipan filem dah berjuta-juta lemon dah. Malam ni kami datang lagi Mesra Mall. Tapi bukan nak tengok wayang la. Tengok wayang hapenye dah baby dua orang tu pun ikut jugak. 
Sebenarnya malam ni aku bawak mama dan adik Izzah sekali. Ateh takde balik rumah mak mertua dia. Niatnya nak belanja mama handbag baru. Ada sale dekat Verns Mesra Mall. Lepas tu, nak belanja mama makan Yong Tau Fu dekat sini. Aku pernah makan hari tu sekali, sedap giler. Tapi kami pergi pun dah lambat sebab tunggu B balik kerja. 9.30 jugak kot baru sampai sana.
Sampai je terus pergi foodcourt order Yong Tau Fu. B pulak tak tau dah hilang ke mana. Aku, mama dengan adik lah kena makan yang dah beli banyak-banyak ni.


Siap makan, satu-satu aku dengar shutter kedai-kedai dalam mall tu tutup. At last, butik Verns tu pun tutup jugak. Conclusionnya, malam tu kami datang Mesra Mall, makan Yong Tau Fu, balik. Takpelah, asalkan dapat jalan-jalan. Spend time with family. Seronok jugak.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol