Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Rumah Parents @ Mertua VS Rumah Sendiri

Agak lama juga tak buat entri bertema argumentation macam ni kan. Dulu selalu buat.

Makan Gaji vs Kerja Sendiri

Working Mommy vs Staying at Home Mommy

          Alhamdulillah, sekarang usia perkahwinan dah mencecah 7 bulan. Haish, banyak lagi nak kena tempuh ni. Sekarang ni, aku dan B still duduk rumah ma dan abah. So far, Alhamdulillah tak ada masalah.


We r one of the luving couple yang lucky tak bermasalah tinggal di rumah parents.

          Aku tak nak kaitkan diri aku dalam topik ni sebab my opinion would be biased. Aku tinggal di rumah parents bukan di rumah mertua. B pulak tak ada masalah sebab most of his time, dia bekerja (12 hours shift) dan cuma balik rumah untuk tidur dan berehat. Tambah-tambah lagi abah tak ada anak lelaki dan dia kamcing dengan B, so no pressure for us.

          Tapi lain orang, lain situasi yang dihadapi mereka. Aku nak kupas isu ni secara general. Bagi aku salah satu isu penting adalah pasangan pengantin baru ni tinggal di rumah ibu bapa isteri atau ibu bapa suami. Aku expect tekanan yang lebih besar bagi isteri jika couple tu tinggal di rumah ibu bapa si suami. Kenapa? Bagi kita yang konvensional, tugas-tugas menguruskan rumah masih sepenuhnya tanggungjawab wanita tak kiralah sama ada wanita itu surirumah sepenuh masa atau wanita berkerjaya. Jika tinggal di rumah ibu bapa sendiri mungkin ada ruang untuk 'escape' kalau rasa penat, kurang sihat dan sebagainya. Tapi kalau di rumah mertua? Kurang manis kalau biarkan ibu mertua bertungkus-lumus di dapur sementara menantu berehat. Ini pandangan peribadi aku.



Source: mertua vs menantu

          Kalau diikutkan, menjadi impian semua orang untuk tinggal di rumah sendiri. Menjadi tuan di rumah sendiri sangat besar maknanya. Bagi si suami, dialah raja di istana milik dia sendiri. Terpulang pada dia untuk mencorakkan keluarganya mengikut acuan dia sendiri. Bagi isteri pulak, apa yang lebih bahagia daripada ada dapur dan pekakas memasak sendiri? Bekas gula tu, kita yang pilih. Warna tema bilik, kita yang pilih. Bakul baju kotor, kita yang beli sendiri. Nak besar mana, warna apa. Deko ruang makan dan menu harian, terserah ikut selera kita.


Dapur impian aku. Ya, agak keterlaluan di situ. Aku tau.

          Walaubagaimanapun, boleh jadi beberapa faktor menjadi kekangan untuk tinggal di rumah sendiri. Antaranya, 1) faktor kewangan. Nak beli rumah masih belum mampu. Almaklum pasangan muda baru mula hidup. Akaun dua dalam KWSP belumpun cecah RM10K. Rumah teres biasa pun sekarang paling kurang RM180K++. Nak menyewa terasa rugi pulak. 2) Tanggungjawab. Mungkin ibu bapa cuma ada kita yang boleh diharap untuk menjaga mereka (mungkin uzur atau kurang kemampuan dari segi kewangan). Atau mungkin masih punya ramai adik kecil yang pelu dijaga. Tambahan pula anak lelaki yang wajib taat pada ibunya.


Hari ini, bukan perkara mudah nak memiliki rumah. Source pic: babahduda.blogspot.com

          Seterusnya ada jugak yang jenis 3) anak emak. Tak kiralah lelaki atau perempuan ada yang masih nak berkepit bawah ketiak ibu walaupun dah jadi suami/isteri orang. Tak boleh berpisah. Bila dah biasa dimanjakan, dah terbiasa tak ada bebanan ansuran rumah, bil-bil utiliti, barang dapur, belanja lauk-pauk, akhirnya jadi terbiasa duit gaji cuma perlu untuk menguruskan diri sendiri sahaja. Tak perlu fikirkan hal-hal lain. Hilang keinginan untuk berdikari.

          Tinggal di rumah ibu bapa ada baik buruknya. Baiknya, kita boleh tengok-tengokkan mereka sepanjang masa, sakit demam mereka. Andaikata mereka ada keperluan, mudah untuk mintak tolong. Duit pun banyak dapat dijimatkan (mungkin boleh saving untuk duit muka rumah baru nanti). Jika lebih dari seorang anak bekerja, bil-bil dan belanja rumah boleh dikongsi. Rumah pun lebih meriah dan ceria (rumah kitorang lah tu).

          Kekurangannya pula dari lebih kepada faktor privasi dan psikologi. Jika di rumah mertua, ada pula adik ipar, isu aurat bukan isu kecil di situ. Si isteri mungkin teringin nak pakai seksi-seksi (jamu mata suami), nak bermesra-mesra mungkin agak terbatas. Adab mesti dijaga walaupun depan mak ayah sendiri. Ada masa mungkin mahu keluar berdua, makan malam romantik di luar. Semua kena fikir, apa kata mak ayah aku?

          Lebih berat pada aku ialah seorang lelaki, apabila selesai berjabat dengan tok kadi, beliau perlu 'stabilize' dan 'develop' tahap kematangannya. Perlu dipupuk sikap kepimpinannya. Dia perlu dididik untuk menjadi khalifah dalam 'kerajaan' rumahtangganya. Progress untuk belajar membuat 'critical decision' mungkin sedikit terencat jika masih ada orang lain yang memegang kuasa veto dalam rumah yang kita tinggal. Biasanya ayah kita. Kesian Si Suami tak dapat peluang menjadi veto dalam rumahtangganya sendiri. Nak keluar dengan isteri pun masih perlu minta izin. Tidak semestinya ibu bapa yang bertindak mengongkong, tapi atas dasar hormat kerana masih ada orang tua dalam rumah.


Source pic: ayuniangelica.blogspot.com

          Atas sebab-sebab yang aku utarakan tadi, mungkin pasangan muda boleh mula berkira-kira untuk mencari tempat tinggal berasingan. Carilah yang berdekatan dengan rumah kalau rasa risau kebajikan ibu bapa kita. Ini peluang untuk kita belajar membentuk keluarga kecil kita mengikut acuan kita sendiri. Si suami boleh belajar memantapkan kepimpinan dalam diri. Menggalas tanggungjawab menjadi pelindung bagi isteri dan anak-anaknya. Si isteri boleh belajar memantapkan skil menetapkan belanjawan, menguruskan keluarga sebaik-baiknya. Mungkin awalnya pincang di sana-sini tapi sekurang-kurangnya kita mencuba untuk berdikari. Lagipun, kadang-kadang ada baiknya duduk berasingan dari ibu bapa. Lama-lama jumpa rasa rindu, kasih-sayang pun bertambah mekar.

Bentuklah keluarga kecil kita mengikut acuan kita sendiri. Source pic: haslindashaid.blogspot.com

 Salah seorang ibu saudara pernah cakap:-
"nanti duduk rumah sendiri, baru tau rasa. Macam mana nak jimatkan belanja untuk ringankan beban suami. Awal-awal bulan masak sedap-sedap. Makin ke hujung bulan, makin kerap lauk sardin. Breakfast nasi goreng hari-hari."
          Jangan bimbang persepsi orang. Ini rumah kecil kita, kita yang mencorakkannya. Inilah masa untuk mempraktikkan ilmu-ilmu yang kita ada selama ni. Teringat masa nenek jemput makan di rumahnya. Orang-orang tua sangat konservatif. Suami makan malam wajib berhidang. Tak boleh ala-kadar macam aku selalu buat (nenek aku paling pantang hidang nasi suami, lambakkan semua lauk sekali dalam pinggan dia). Nasi tambah mesti ada depan muka, senang nak tambah nasi kalau habis. Air manis kena ada, air kosong pun ada. Bagi dia pilih. Kalau suami suka air sejuk, make sure dalam peti kena ada siap-siap. Kalau suami balik lewat, pastikan asing lauk lebih dahulu sebelum orang lain makan. Jangan bagi sisa pada suami!! Tempat tidur suami mesti kena alas kain batik (yang ni serius tak tau kenapa). Masuk bilik sebelum suami masuk (yang ni aku tau kenapa. Ngee >_< ).

          Ada sekali tu, kena marah sebab tak bubuh air basuh tangan kat meja makan masa B balik kerja. Aku cakap baik-baik, " tuk, abang tak suka basuh tangan kat meja makan. Dia nak basuh dekat sinki, tak puas katanya". Nenek aku 'smash' baik punya

"dia nak basuh kat mana, dia punya hal. Kita bini, tanggungjawab kita untuk sedia semua bagi sempurna!"
Kena selalu tanya, ada pape lagi yang dia perlu dari kita. Paling penting, tanggungjawab kita cuma selesai bila suami cakap "ok, abang tak ada perlu apa-apa lagi buat masa sekarang". Bagi aku, ni semua lesson yang sangat mahal yang korang takkan dapat dari universiti mana pun selain dari ibu bapa dan orang yang lebih berusia dari kita. Untung juga awal-awal perkahwinan ni tinggal dengan mama dan abah. Ziarah rumah atuk.

          Last from me for this entri, satu caption yang aku dengar entah dari mana (tak dapat bg kredit pada penulisnya), dan aku masih pegang sampai sekarang:-

Sebuah rumah, tak perlu besar tak perlu indah. Yang penting, kita bahagia di dalamnya.            

         




11 comments:

  1. TQ...masih belajar lagi...btw, dah follow blog sis...sis ni doktor ke? dkt blog byk info psl kesihatan =)

    ReplyDelete
  2. Hidup bersama keluarga suami memang mencabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis tinggal dengan family suami ye?

      Delete
    2. Sori baru terperasan awak ade reply =) Ye saya tinggal dengn family suami tapi insyaAllah bulan depan akan pindah masuk rumah sewa. Berjaya pujuk suami dan dapat rumah yang sesuai dengan bajet & kehendak

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Saya duduk dgn mak suami saya. Sgt2 tertekan sbb semua benda mak dia control smpai saya jadi benci dan selalu gaduh dgn suami. Seme nak perfect, sgt pembersih. Sy nak masak pun x senang, nak sentuh brg kat umh tu lagi la x boleh. Senang cite apa pun xleh. Dia x puas hati. Sy menyampah sgt dgn
    Mil . Dah pujuk suami tp dia ni tak memahami. Jadinya tiap2 hari sy sakit hati dan makin benci kat suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis. Try pujuk hati untuk sayang kat MIL tu ye. Anggap macam ibu sendiri. @ kalau tak boleh pun, at least selalu bagitau dekat diri sendiri, inilah perempuan yg lahirkan lelaki yang kita cinta. Yang besarkan suami kita menjadi siapa dia hari ni =) Semoga hati sis lebih tenang...

      Sambil2 tu mungkin boleh slow talk dengan En. Hubby ajak pindah... Jangan gunakan ibu dia sbg alasan (lelaki tak suka pompuan yg benci ibu dia)....Try guna alasan lain...Cth: nak blaja idup berdikari =) Saya doakan yg terbaik utk sis, suami & MIL...

      Delete
  5. Wuih.... Ms saya bujang sy dah belajar sewa rumah sendiri. Anak jantan kene berani keluar berdikari.masa tu umur 21 tahun. Kat rumah umi ada abang yg jenis mom's boy. Dah kawin tapi penakut nk keluar sewa rumah hidup sendiri. Apalah punya abang kihkih umur dah 29 tahun, dah kahwin nk duduk celah ketiak umi lg. So jadi sayalah kene keluar berdikari ms bujang, rumah bujang. Skarang umur sy dah 35 tahun dah berkahwin dan ada rumah yg dibina atas tanah sendiri.

    Maybe bila kita belajar dari kesusahan. Kita akan dpt sesuatu. 93 percent penduduk dunia tiada rumah sendiri kihkih

    ReplyDelete

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol