Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Bertunang - Hantaran Pihak Lelaki dan Perempuan

Ok, ni entri yang paling excited nak karang. Hihi. Pasal Hantaran Pertunangan kedua-dua belah pihak, pihak perempuan dan pihak lelaki. Untuk pengetahuan korang, hantaran kedua-dua belah pihak ni digubah oleh along dan ateh (kakak dan adik aku) sendiri. Hah, banyaklah dapat jimat dari segi upah buat hantaran tu. Cuma keluarkan modal untuk beli bunga, reben, manik-manik hiasan tu je. Par aku pinjam along punya yang dia beli masa dia kahwin ritu. Tengok, dapat jimat lagi. Hihi. Lagi satu, kami tak mahu menyusahkan pihak lelaki bawak hantaran jauh-jauh dari Kelantan ke Terengganu ni. 6 jam kot. Kesian diorang. Nak datang jauh-jauh pun dah cukup penat, nak tatang dulang hantaran lagi.
 Itu dari segi gubahan, dari segi barangan pulak biasanya masa tunang orang tak bagi hadiah yang mahal-mahal sangat macam handbag, kasut, gadget-gadget tu semua. Ini cuma adat, yang penting famili nak jumpa empat mata dan bincang pasal detail masa nak kahwin nanti. Biasanya hataran masa tunang orang bagi barang-barang yang simple dan praktikal. Contoh: Tuala & kain pelekat untuk belah lelaki. Benda yang boleh pakai hari-hari. Jadi, kami decide untuk beli barang-barang yang boleh kami guna untuk harian nanti. Takdelah membazir.
Berikut detail tentang hantaran kami:-
Par: Kedua-dua pihak guna par yang sama cuma untuk kelainan, hantaran B kepada aku kami gunakan alas par dan hantaran aku pada B kami biarkan togel camtu. Senang nak bezakan.
Gubahan: DIY (along & ateh)
Tema: Lelaki (biru dan pink) / Perempuan (merah dan biru)
Dulang: Lelaki (7 Dulang) / Perempuan (9 Dulang) 

Hantaran Pihak Lelaki:
-Sirih Junjung
-Telekung solat
-Set Perfume
-Kek
-Cincin Tunang
-Baju Kurung Lace &
-Buah-buahan

Hantaran Pihak Perempuan:
-Sirih Junjung
-Tafsir Quran & Buku
-Sejadah
-Baju
-Kain Pelekat
-Kek
-Set Wallet, Tie, Belt & Handkerchief
-Coklat
-Buah-buahan

Simple je kan. Ok, jom tengok hantaran pihak lelaki kepada aku dulu. Bagi melengkapkan tema pink biru ni, memang sengaja bunga untuk hiasan tu kami beli warna pink dan biru. So, tak kisahlah barang-barang tu kalau tak ikut kaler tema pun.
Aku cuba google 'Sirih Junjung'. Kat situ banyaklah explanation pasal adat orang melayu bawak sirih junjung ni masa bertandang. Kononnya orang dulu-dulu diorang kan makan sirih, jadi sambil-sambil bincang nanti bolehlah kunyah sirih. Then, walaupun sekarang orang dah tak makan sirih tapi adat ni diteruskanlah jugak sebagai simbolik.
Lagi satu, adalah penting untuk Sirih Junjung pihak lelaki lebih tinggi gubahannya dari pihak perempuan. Diorang kan berarak datang, Barulah cantik kalau sirih tu tinggi. Wakil yang bawak dulang sirih junjung pulak kena jalan paling depan sekali dalam rombongan keluarga pengantin lelaki. Eh, pengantin ke? Juga sebagai simbol lelaki itu lebih 'dominan' dan sebagai bakal ketua keluarga. Ehem, ehem.
Owh, camtu ek? Terus aku suruh ateh gubahkan sirih yang tinggi ni. Tinggi woo. Setengah meter kot, nak tinggi sangat kan, hahahah. 
Telekung pulak kami pintal-pintal camni jek. Kononnya lace tu nak dijadikan bunga tapi nampak macam cendawan kulat jek. Eh? Sengaja pilih yang ada lace pink, ikut tema. 
Aku memang sejak dulu peminat perfume Avon 'Far Away' ni. Wangi sangat, bau lembut dan tahan lama.
Kek fondant ni bukan je cantik, tapi sedap jugak. Senang, pilih yang cream fondant kaler pink sebagai tema.
Entahlah apa functionnya seekor burung berwarna silver duduk bertenggek atas sangkar cincin aku. Dahlah die seekor diri macam tu, nampak macam kesunyian jek.
Baju kurung chiffon dengan lace. Terus pakai masa raya. *Wink
Last but not least, buah-buahan.
Habis pasal hantaran pihak lelaki, la ni chek nak ceghita pasal hantaran chek untuk buah hati chek. Chek pilih bunga warna merah, jadi barang-barang hantaran tu sengaja dipilih yang warna biru-biru gitu sebab temanya merah + biru kan. Tapi kami tak pakai bunga warna biru, nanti nampak sama sangat dengan hantaran pihak lelaki. Tamao, tamao. 
Kek ni sangat besar dan berat. 2kg kot berat dia. Aku pilih kek besar ni sebab B ramai adik-beradik yang kecik-kecik lagi. Budak-budak kan suka makan kek. Nanti kalau bagi kek yang kecik tu takut tak cukup pulak makan ramai-ramai. Hamek aku beli yang gedabak terus.
Untuk kategori pakaian: tadi B bagi baju kurung lace a.k.a baju raya untuk aku. Aku balas T-Shirt Polo untuk B. Ni pun boleh jek pakai nak gi jalan-jalan time raya.


Untuk kategori Islamik: B bagi telekung solat untuk aku dan aku balas dengan sejadah, tafsir Quran dan buku karangan Pahroi Muhammad Juoi: Cinta Kerana Allah. Warnanya sengaja pilih yang biru. Buku tu aku bagi sebab B suka membaca, lagipun tajuknya macam sweet-sweet je kan.
Set ke pejabat ni untuk B pakai bila nak pergi interview kerja nanti. Hahahah, aci camtu?
Untuk hantran pihak lelaki tadi kami dah guna bakul, jadi untuk pihak perempuan kami guna balang kaca ni. Senang tak payah gubah-gubah lagi. Balang tu dah sedia bulat dan cantik. Tinggal campak je buah dalam tu. Kreatif tak kitorang? Ngee~~

Kain pelekat. Tak payah ulang dah rasanya, pun warna biru jugak.
Aku ni tak pandai sangat pasal perfume lelaki ni. So, aku beli je brand Wild & Country dari Avon ni. Ni perfume favorite abah aku. Dari dulu tak pernah tukar. Memang sangat wangi. Amacam korang fikir, bila lelaki kesayangan korang berbau sama macam ayah korang?
Ini sirih junjung kami. Ternyata lebih rendah dari pihak lelaki punya =)
This one was my most favorite item. Coklat lolly ni tempah dari wife colleague tempat kerja aku. Untuk 30 biji lolly rose chocolate ni RM50. Sangat puas hati dan sangat comel gubahan dia. Boleh tengok FB: Tie Homemade Choc. B cakap coklat ni dah habis dalam kereta bebudak serbu lepas balik dari majlis pertunangan kami. Tak sempat bawak balik rumah pun. Budak-budak dengan coklat memang tak dapat dipisahkan. Nak nak pulak coklat yang cute macam ni.

 Walaupun dah diberitahu lebih awal kami dah siapkan hantaran kedua-dua belah pihak, ma buat surprise dengan bawak jugak extra 3 dulang hantaran lagi untuk aku. 7 + 3 = total dah jadi 10 dulang hantaran untuk aku, lagi banyak dari lelaki. Adoi. Aku cakaplah dekat ma kan Kak Ngah dah prepare semua, kenapa ma bawak lagi? Ma sege (segan) la k.ngoh date sini dok bawok gapo-gapo. Kiranya ma bawak jugak hantaran dari Kelantan ni untuk courtesy. Sweet kan bakal mertua aku?
Kalau nampak dalam gambar ni, yang warna gold tu hantaran dari Kelantan. Ma cakap adat orang Kelantan kena bagi benda yang manis-manis kalau bertunang. Ma bagi, buah-buahan, nasi manis (wajik) dan susu pekat manis. Memang kena kencing manislah bakal pengantin nih nanti, huhuhu.

1 comment:

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol