Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Suavinex Teether For My Adam


Assalamualaikum mommies=)

CAUTION: Entri ni ada banyak gambar!!

Pernah dengar brand Suavinex? Kalau korang seorang ibu, tipulah tak pernah dengar. Jalan-jalan kat kedai jual barangan baby tu, mesti pernah melintas dekat barangan Suavinex ni kan. Aku geram betul tengok barang-barang baby Suavinex ni. Dah la kaler tu nak cute-cute aje, pink, baby blue, purple. Dahtu design nak bulat-bulat, montel-montel, comel-comel semuanya.
Kalau korang tak dapat tangkap apa aku merepek neh, pergi kat Google Image. Type SUAVINEX. Cer tengok apa yang kua. Tak betul aku cakap? Semua kiut miut dan warna warni aje. Semua gambar di bawah adalah ihsan Google ye.

Yang ni adalah musical teether rasanya.

Set botol & soother Suavinex for babygirl opkos.

Botol susu je pun. Perlukah korang jadi secomel ni?

Sikat & berus rambut.

Pink soother for babygirl & blue for babyboy. 

Even personalised soother. Cute meh. Nak buat untuk Adam, tapi Adam tak hisap puting pulak.

Yang ini soother chain and clip kalau tak salah.

Bottle with handle untuk baby yang dah pandai hold barang.

Vintage set for babygirl. Ada bottle, saiz besar, saiz kecil + soother with chain and clips.

Aku rasa kalau compare tahap kecomelan produk suavinex ni, Tommee Tippee ke, Avent ke, MAM, NUK, semua tak bleh lawan. Tapi dia punya harga pun boleh tahan gak la. Ingat lagi entri aku Adam dah tumbuh gigi masa dia umur 6 bulan setengah. Masa tu bila aku pergi beli shopping barang-barang Adam (diapers, susu, baju, toys, etc) dekat Manjaku, aku sambar sebijik TEETHER @ TEETHING RING macam gambar kat bawah ni. Tapi Adam punya warna biru. 


Itulah yang menariknya pasal brand Suavinex ni. Mommies kat luar sana senang nak pilih produk sebab most of the items memang dah dibagi-bagikan warna yang sesuai untuk baby gugurl or boboy. Kalau babygirl, pink. Babyboy, blue. Kalau nak yang both gender boleh pakai, boleh pilih orange atau purple. Contoh macam gambar-gambar kat bawah ni. Comel kan?




Ha, itu dari segi warna. Memang colorful la dunia Suavinex ni. Selain tu, diorang jugak specializekan setiap produk dengan peringkat umur. Step by step. Aku ambil contoh teether ni la, pasal entri ni pasal teether kan.


Rubber teether ni sesuai untuk newborn sampai 4 bulan. Sebab tekstur dia lembut, getah tu untuk massage lembut gum baby.


Yang ini untuk Adam. Baby yang dah pandai pegang barang. Dekat pemegang tu ada getah lembut. Baby umur macam ni biasanya akan gatal-gatal dan radang gusi. Jadi, chilled water tu tujuan dia untuk legakan keradangan tu supaya baby rasa selesa sikit.


Yang ini pulak siap ada mainan sekali. 3 in 1. Nama pun educational teething ring. Warna yang striking tu pun boleh merangsang learning progress anak-anak anda. Kataku dengan lagak seorang pakar. Hahahampeh. 

Sebelum gue mengundur diri dari entri yang penuh warna-warni ni, nak tunjuk my Adam dengan teether birunya.


Last sekali, nak belanja gambar Adam main dengan aku dan babahnya petang tadi. Banyak pulak gambar dia smiling nampak gigi 2 batang tu. Setakat ni (umur 8 bulan) 2 batang tu jelah yang tumbuh ^_^
Omey. omey.

"Mama, Adam nak makan ariel kete ni."

"Mama, mama!!"

Terliur sampai meleleh-leleh air liur dia.

Adam sayang, tolonglah jangan cepat sangat besar.

"Adam, mana gigi?" Buwekkk!!!

Yang ni tak nampak gigi. Saje letak sebab comel.

Aiyarkk. Zoom in, nampak sebatang je pulak.

Nampak dua2 batang, tapi blur pulak. Hish hish.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol