Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sign SNP Dengan Lawyer


Assalamualaikum. Next step lepas loan rumah lulus ialah sign SNP dengan lawyer. Tunggu punya tunggu, akhirnya lawyer tu call jugak buat appointment. Actually lawyer ni panel dengan developer rumah kami, sebab tu kena pergi jauh sikit, Kuantan. Rumah yang nak dibeli tu di Kemaman. Semalam aku ada cerita kan, aku amek leave nak pergi Kuantan tapi pagi tu temankan B main badminton dulu. Adam tak ikot =(

Sebenarnya, pagi tu dah berbelah bagi, nak bawak Adam ke tak nak, nak bawak ke tak nak. B cakap after jumpa lawyer nak pegi ECM, mesti sonok kalau dapat bawak Adam jalan-jalan kan. At last, B decide tak boleh bawak sebab takut dia mood swing masa kitorang kat office lawyer tuh. Lagipun urusan penting camtu tak sesuai bawak budak. Lagi satu court badminton kat Semambu tu panas, takde aircond. Ok fine (dia veto, kenalah akur cakap dia).

We're heading to Kuantan.
Lepas B habis main, kami terus shoot cari law firm tu, Shamsul & Rijal. Nasib baik ada Waze, kalo tak sesat jugak. Padahal senang je, 1km je dari ECM tu. Tu yang abis sign terus pergi ECM, hikhik. Ok, berkenaan SNP tu. Banyak sangat dokumen kena sign. Dokumennya tebal-tebal, pastu setiap dokumen tu ada 4 copy, untuk developer, lawyer, bank dan pembeli (aku dengan B lah tu hehe). Jenuh gak la nak membaca dan menyain. Banyak jugak yang aku tanya kat lawyer tu. Even soalan bodoh pun. Aku ni jenis tak kira, dah memang kita tak tau kenalah tanya. Takkan nak purak-purak tau pulak. Lagi bodoh kalau gitu. Stended la kalau macam-macam tak tau, kitorang kan baru first time beli rumah.

Bila lawyer tu blah, aku curik-curik snap. Mihmihmih.
Dari lawyer tu kami dapat tahu yang jauh lagi sebenarnya progress pembelian rumah kami ni. After this, lawyer akan shoot dokumen ke Bank Islam pulak. Ada amendment kena buat pada Offer Letter. Patutnya pemilik rumah tu kami berdua, tapi bank letak nama B sorang je. Ceh. Dah setel yang tu, lawyer akan kol lagi sekali untuk ambil satu borang (lupa nama dia) yang kena sign dekat pejabat tanah. Rumah kami ni, tanahnya rezab Melayu. Maknanya lebih kurang sebulan dari sekarang kami kena datang Kuantan lagi sekali untuk ambil borang tu. This time mesti nak bawak Adam. Boleh shopping baju raya sekali. Tengok tu, niat tu mesti menyimpang dari tujuan asal, nauzubillah. Fuh, fuh.

Aku jugak baru dapat tau yang untuk beli rumah ni, kita kena bayar lawyer fee dua kali. Satu untul loan, satu untuk SNP. Rupanya, yang bank cakap kami dapat ZEC (zero entry cost) tu, cuma lawyer fee untuk loan aje yang included dalam loan. Maknanya untuk SNP punya lawyer fee tetap kami yang kena bayar. Adalah cara calculation dia tu. Nanti diorang akan kol semula untuk bagitau berapa kena bayar (rabak lagi duit aku!!!!). Dahlah bayaran dia ikut harga rumah. Kalau mahal rumahnya, mahallah charge yang kena bayar. Cuma yang mudahnya, kami boleh keluarkan EPF akaun 2 untuk bayar lawyer fees ni. Alhamdulillah. Oklah, tak payah fikir lagi benda-benda yang pening kepala ni. Walaupun banyak lagi lom setel, at least satu perkara ni dah setel. Ye dak?

Next venue: EAST COAST MALL, KUANTAN

Tingkat 4, banyak lagi booth belum buka.

Sampai je ECM, benda mula-mula sekali cari, MAKAN. Besak la kan, dah pukul 12 sempat alas perut dengan roti krim je aku dengan B pagi ni. Selalu aku tak makan fast food kalau kat sini. Tempat feveret aku, TROPICANA FOOD GARDEN. Aku siap simpan kad prepaid dia lagi. Len kali, nak datang makan lagi senang. Tapi B tak suka this place. Dia cakap tak sedap. Tapi aku suka. Sebab bersih, lighting dia romantik, selesa and varieties choice of food. So, korang pun boleh agak kan, siapa yang menang. Huhu.

RM5 harga kad ni. Kalau pulangkan dapat balik RM5 korang tu.

Cantik kan? Tak paham nape B tak suka makan sini.

Dah kenyang, paksa B amik gamba. As usual, takde gambar makanan, segan nak snap depan laki.
Aku dah lama tak datang ECM. Tak tahu pulak DAISO dah bukak kat sini. DAISO ni, barang-barang dia semua import dari Jepun. Semua comel-comel. Semua  barang dia takde price tag sebab semuanya berharga RM5 =) Berapa banyak semua daa... So, kena hati-hati ye. Make sure walau se'cute' mana pun barangan DAISO ni, ia adalah berbaloi untuk RM5 anda yang berharga tu. Yelah, RM5 pun kalau dah banyak-banyak barang, banyak jugak duit yang terbang nanti.

Signboard pun dah cute wooo.
  
Kain kesat tangan yang super duper cute. Boleh menangis lepas kesat tangan dek kerana terharu. Hihi.

Kitorang pun sempat singgah butik Anakku dengan Gene Martino silau-silau baju raya untuk Adam. Kami pun belom decide tahun ni tema apa (first time nak raya dengan Adam, yuhuu), jadi tak beli lagi baju raya. Sambar baju sepasang dekat Anakku, ada diskaun. Sepasang RM19. Murah, murah.

Next activity: BLENDED

Sebenarnya, lupa nak bagitau yang awal-awal lagi kitorang dah beli tiket ni. Sementara tunggu pukul 2.35 pergi makan dan jalan-jalan dulu. B nak tengok Abang Long Fadhil, aku nak tengok Maleficent,  vote 1-1. Last-last Blended jadi pematah seri sebab kitorang sama-sama suka Drew & Adam. Best woo citer ni. Kelaka giler siot. Aku suka cerita 50 First Date, B pulak suka Grown Ups so untuk mengimbau nostalgia kami pun tengok citer Blended ni. Memang tak rugi tengok. Gelak sakan sampai keluar panggung pun duk gelak lagi. Cerita komedi romantik, kisah dua family yang try to blend together. Sesuai untuk suami isteri atau  bawak keluarga pergi tengok.

Me, with Adam & Drew. Charlie's Angel become mak mak already.

Entah kenapa perlu buat muka sama seperti beruk tersebut.

Kitorang dah nak balik. Dah penat jalan-jalan tau.
Sampai aje kat rumah terus terkam dik dam (B panggil Adam dik dam), rindu tau. Seharian mama abah beronggeng macam zaman bercintan-cintu aje, tak bawak anak. Ingatkan balik rumah dah boleh rehat, sekali famili buat plan nak pergi pantai pulak. Kitorang pun ikut diorang pergi pantai Chendor pulak. All of us. Aki, nenek, along & abang long, aku & B, ateh & abang teh, Ammar, Adam & Ummar. Niat hati aki, nak bawak cucunya main lari-lari dekat pasir pantai, sekali cucunya (ammar) tido da. Nak dekat balik baru bangun si Ammar. Kuciwa, kuciwa akinya.

"Kenapa masyam tu sayang?" "Nape mama tinggal adik?"

Sukanya dia dapat ikut mama abah pergi jalan. Seharian dah kena tinggal. Sian dik dam.

Petang yang indah.

Sekianlah hari kami yang sungguh hectic. Penat tapi puas. Entah bila dapat jalan-jalan macam ni lagi.
Next activity: Cucuk Adam 3 bulan

P/s: Harap-harap ni lah kali terakhir kami keluar tak bawak Adam sekali. Tak seronok langsung jalan tak bawak anak. Rasa macam ada yang kurang je. Tapi kalau bawak Adam tak bleh tengok wayang la pulak. Ooppss!

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol