Doa Nabi Ibrahim

Assalamualaikum.
Hari ni genap 7 bulan abah tinggalkan kami. Terasa cepatnya masa berlalu dah lebih setengah tahun abah tak ada dengan kami. Terasa lambatnya masa berlalu sebab masih kuat rasa sebal dan pedih di dalam hati. Dulu, kami selalu rasa kuat sebab abah ada. Bayangkan, masa putus cinta (bagi sesetengah ayah, mungkin hal macam ni remeh temeh) saya menangis di riba abah. Mengadu dengan abah tanpa segan silu, abahlah BFF saya masa tu. Orang tua yang banyak saya abaikan semasa sedang hangat bercinta itulah yang banyak mengajar doa-doa untuk pulihkan semangat saya, kurangkan hiba di hati saya.
Itulah abah. Memang banyak doa-doa yang arwah ajar pada kami. Kadang-kadang sampai tak sempat nak amalkan. Salah satunya adalah doa di bawah ini:- 
Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma ya dayyanu waya qowwiyal ardhi waya karimu antakhfadhona
man anzalna bil haqqi
Ya Rahmanu Ya Rahimu Ya Mannanu Ya Hannanu
Ya Allahu Ya Allahu Ya Allahu Ya Rabbal Alamin
Ini ialah Doa Nabi Ibrahim. Pernah cuba cari di internet, tapi yang banyak keluar ialah doa bila terkena api @ benda-benda yang panas. Tak jumpa pula doa yang ini. Abah jenis orangnya, kalau ajarkan kami sesuatu ilmu yang baru dia takkan cerita fadhilat doa tersebut. Begitu dan begini. Tapi kami selalu bertanya. Maka kata abah, kalau kamu tahu fadhilatnya, maka kamu beramal kerana berkehendakkan laba, tidak ikhlas. Mahukan pulangan. Beramallah dahulu anakku, rasakan nikmat ilmu dan amal. Mendapat pulangan atau tidak, hanya Allah yang menentukan. Semua milikNya. Beramallah dahulu anakku. Cuma untuk doa ini, rasa macam teringat abah pernah beritahu untuk dibukakan pintu rezeki dari sumber yang tidak tersangka-sangka. Di beri jalan keluar ketika dalam kesulitan. Diringankan ketika sedang menanggung beban.
Saya hafal doa ini (kebanyakkan doa yang abah ajar memang saya ingat) tapi tidak dijadikan amalan harian. Saya tidak amal doa ini sampailah satu masa ketika abah tak ada lagi. Saya banyak diuji dengan kesulitan selepas abah tiada. Mungkin dulu ada dua orang yang selalu berdoa untuk saya, Abah dan mama. Tapi sekarang cuma tinggal seorang. Along pun selalu cakap, mungkin along susah sebab tak ada lagi doa abah untuk along. Mungkin. Apa yang jadi bila kita hilang tempat mengadu ialah, kita cuba bantu diri sendiri. Saya cuba tidak mengadu pada mama, tidak mengadu pada suami. Saya terlalu sayangkan mereka, saya tak mahu mereka susah hati. Jadi, apa saya perlu buat? DOA. Saya cuba recall doa-doa yang abah pernah ajar saya. Dan satu-persatu keajaiban doa mula terjadi pada saya.
Selepas abah tiada, mula-mula sekali saya diuji dengan kereta. Saya memang terpaksa jugak-jugak beli kereta sebab lepas kemalangan, kereta yang lama total loss. Kereta yang saya nak beli ni kereta idaman arwah abah. Dia nak sangat-sangat anak dia pakai kereta import. Saya cakap kereta ni mahal walaupun 2nd hand, maintenence pun mahal. Abah cakap tak apa, maintenence biar abah jaga. Rosak sikit-sikit, abah baiki. Sebab tu walaupun abah dah tak ada, aku teruskan niat ambil kereta ni. Tapi aku tak tahu kereta ni ada tunggakan dengan bank 4 bulan. Dipendekkan cerita, aku dahulukan duit poket sendiri untuk owner settlekan tunggakan dengan bank supaya bank dapat release geran kereta. Barulah kami boleh proceed dengan full settlement oleh usecar, permohonan loan, etc, etc. Proses membeli kereta memang berjalan lancar, tapi bulan tu saya sangat sengkek. Berdebar-debar membilang hari untuk next gaji sebab bimbang anak-anak keputusan susu. Satu tin susu nak dekat RM90. Duit di tangan hampir kering langsung. Berat mulut ini nak mengadu pada si suami, bimbang menyusahkan dia. Bimbang menggusarkan hatinya. Saya buntu tapi redha diuji begini. Rasa sangat bersendirian dan hanya ada Allah tempat mengadu Saya tawakal dan baca Doa Nabi Ibrahim ini sebanyak-banyaknya. Sebanyak yang boleh. Mudah-mudahan Allah bantu saya. Tengahari itu di office, saya mula gatal tangan kanan. Sebelah petangnya usecar whatsapp saya. "Duit awak ada balance RM900++...Petang ni datang office ambil cheque." 
Abah, sakitnya menanggung rindu ini.
Second time lebih kurang camtu jugak ceritanya. Musim-musim ekonomi tengah down ni, bayar loan takbleh lambat langsung. Biasanya elok aje bayar 25hb, tak pernah call pun. Tapi sekarang 15hb bank dah kol. Nak confirmkan payment. Dah siapa pulak ada duit nak bayar bank tengah-tengah bulan camni. Last salary dah bayar, takkan sebulan sampai dua kali nak kena bayar. Tetiba pulak cakap payment due 20hb so kira dah tertunggak sebulan. Kalau tak nak dia asyik kol ugut-ugut nak freeze akaun kena bayar extra sebulan. Pulak dah. Masa ni aku cuba-cuba nasib whatsapp En. Suami, mana tahu takut dia ada simpan duit lebih-lebih kat mana-mana. Tawakal je sebab selalunya time kerja telefon takde dengan dia (En. Suami kerja dalam chemical plant). Tup tup, abang reply. "Sayang ambil bag galas abang dalam kereta, ada sampul raya dalam tu ada duit sikit abang simpan." Wah, macam tu je dah settle masalah saya yang merunsingkan hati sangat-sangat tadi.
Di satu masa yang lain masa saya tengah nak setup business. Saya mintak suami dahulukan duit modal. Suami baik hati sumabangkan duit simpanan dia dan tambah lagi dengan duit untuk bayar installment rumah. Saya janji akan bayar balik secepat mungkin. Tapi biasalah bisnes ada naik turunnya. Saya tak dapat bayar balik secepat yang saya janjikan. Maka installment rumah pun tertunggak sebulan. Macam biasalah bank pun kol office suami tiap-tiap hari. Bayangkan betapa resahnya hati saya. Bimbang kalau-kalau perancangan tak menjadi saya menyusahkan suami. Saya baca lagi doa ni sebanyak-banyak yang boleh. Setiap kali rasa runsing, setiap kali doa ini terlintas di fikiran saya setiap kali itulah saya akan baca. Hujung bulan saya periksa duit gaji. Ada berlebih dari yang sepatutnya. Saya tanya finance person. "Kak, kenapa ada duit lebih dalam akaun saya?" Kakak tu cakap, "Ilah, boss decide untuk bagi jugak bonus dekat kita semua tahun ni walaupun tak sebanyak seperti biasanya." Allahurabbi, menitis air mata saya. Tahun ini kami memang sepatutnya tak akan dapat apa-apa bonus sebab keadaan eonomi. Bisnes pun tak berapa cantik tahun lepas. Jadi perkiraan tentang bonus memang tak ada langsung dalam kepala saya. Alhamdulillah, dengan income extra ni saya dapat settlekan hutang saya dengan suami. Dan bagi sedikit masa dan ruang untuk perniagaan saya berkembang.
Sahabat, perkongsian ini bukanlah supaya kalian membaca doa ini dan mengharap duit turun dari langit. Saya bersyukur dengan pertolongan yang Allah beri beri pada saya. Kebetulan, beberapa kisah kesulitan saya semua berkaitan masalah kewangan. Ajaibnya, duit saya saya peroleh semuanya dari sumber yang tak pernah saya sangka-sangka. Ini menguatkan keyakinan saya dengan amalan ini Allah S.W.T akan memberi petunjuk dan jalan keluar atas kesulitan kita. Dengan ini, akan mengukuhkan lagi pergantungan kita padaNya. Wallahualam.
Akhir sekali pesanan ikhlas saya, selagi ibu dan ayah masih ada, pohonlah doa mereka untuk kita. Mintalah apa saja. Minta didoakan agar murah rezeki, hidup dirahmati, istiqomah dengan amalan. Selain Rasulullah S.A.W, inilah sahaja insan yang mencintai kita lebih dari diri sendiri, lebih dari dunia dan segala isinya. Dan doa seorang hamba yang tidak mengharap balasan untuk diri sendiri, doa apakah yang lebih tulus dari ini? Mintalah dengan mereka. Doakan saya ibu. Doakan saya ayah. Dulu aku selalu mintak dengan abah, "abah, abah doakan angah ye." Abah akan jawab "Abah selalu doakan kamu semua. Malah, pagi-pagi bila angah pergi kerja, hilang sahaja dari pandangan mata, abah akan cakap Ya Allah, sekarang aku tak dapat lagi melindungi anakku, maka aku serahkan anakku dalam pemeliharaanMu Ya Allah" T_T Abah saya tiada lagi hari ini. Ilmu yang abah tinggalkan saya manfaatkan untuk diri dan sebagai saham untuk abah di alam sana. Semoga kalian juga beroleh manfaat darinya, InsyaAllah.

2 comments:

  1. Saya juga mendapat amalan ini dari Abah,tapi tak tau kapan waktu mengamalkan keburu abah menghadap Tuhan. Saya minta penjelasan nya kepada saudara. Terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca saja saudara pada bila2 masa lapang. Tak semestinya sesudah solat, tapi jika selepas solat pasti lebih afdhal. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

      Delete

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol