Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Buku Pink - 1st Check Up


               Lama betul tak update pasal pregnancy. Yelah, lepas update cerita pasal kain batik, langsung dilanda banjir. Habis terbantut semua persiapan untuk baby =(
Syukurlah masa tu belum banyak buat persiapan lagi. Tapi baju-baju baby yang dah beli semua kena air banjir. Masa 1st time balik rumah lepas banjir, menangis tengok baju kecil-kecil kena air lumpur.

               Lepas banjir pergi, bonus pulak kena potong. Aduh, terbantut lagi nak shopping barang-barang kelengkapan baby. Dah lah aku dah masuk 7 bulan pun belum start beli lagi barang baby. Aim nak shopping dengan duit bonus. Giler punya gamble.
Tapi sekarang dah ok balik. Tamao sedih-sedih lagi.

               Entri ni, throwback masa first time aku buat check up baby. Lepas buat pemeriksaan sendiri di rumah, aku konfemkan semula dengan doktor. Kita kena dapatkan confirmation dari doktor yang bertauliah kan. Along suggest aku pergi Klinik Nabilah atau Klinik Zainab. Tapi tak ada rezeki aku, Klinik Zainab tutup malam tu, dan aku malas nak masuk bandar pergi Klinik Nabilah. Last-last, aku pergi Klinik Assyifa kat Taman Chukai Utama.

               Mula-mula doktor cakap "Sorry, awak belum mengandung lagi." Aku cakaplah kat dia, tapi aku check kat rumah dapat double line. Doktor pun tengok lagi sekali UPT aku, baru dia cakap "owh, dah nampak double line, tapi pudar sangat. Boleh tak puan datang sekali lagi minggu depan?"

               Minggu depan baru konfem aku hamil (2nd line tu dah clear kot, padahal ko nak 'ngap' duit aku banyak-banyak kan) dan doktor pun bagi vitamin-vitamin yang selalu orang pregnant makan. Folic acid, pil kuning yang busuk-busuk tu. Bila dah tau pregnant tu aku tak terus pergi buat check up kat Klinik Kesihatan. Sebab ada kawan cakap, bila dah mula pergi, nanti kena selalu pergi so better start pergi lepas 3 bulan.

                Tapi bila along dapat tau aku tak pergi lagi check up kat Klinik Kesihatan, dia pun pot pet pot pet suruh aku pergi as soonest. So nasihat aku, pergilah check up as soon as kita confirm yang kita dah pregnant. Untuk kebaikan our baby jugak.

1st CHECK UP (2nd Sep 2013)

Atas nasihat along tu, masa baby lebih kurang 12 minggu, aku buat first check up kat Klinik Kesihatan Kg. Paya Berenjut. Masa tu both aku dan B cuti carry forward 31 Ogos. So, officially baby dah ada BUKU PINK!!

Nurse akan fill in data-data penting both hubby and wife, date 1st day of last period & due date.

               Nampak tak sticker hijau tu? Sebenarnya, during 1st check up aku takde problem kesihatan langsung. Hb ok, bp ok, urine ok, tapi aku tetap tak dapat sticker putih sebab berat ibu below than 45kgs. Sadis wei, berat badan aku!!

               Asalnya agak jakun sebab ni baru anak sulung. Tak tau macam mana prosedur dia. Selalu kena tanya nurse-nurse kat situ. Nasib baik nurse kat situ semua baik-baik, friendly dan infomatif. Aku siap jumpa kawan-kawan sekolah lagi. Tapi diorang dah pregnant anak yang 2nd, 3rd. Barulah terasa ruginya kahwin lambat =(

Well, nak bagitau kat klinik ni ada beberapa seksyen yang kena pergi:-

  1. Kaunter
·         masa 1st time check up nurse akan mintak Kad Perakuan Nikah. Tapi masa tu kad kami belum siap lagi. B bagi Surat Perakuan Nikah Sementara. Pastu nurse akan buatkan buku pink, mintak no fon both hubby & wife. Kalau terlepas date check up, dia akan call. Tak dapat call kita, dia call laki kita pulak. Huhu.
·         check up yang selepas-selepas tu, bila datang just kepilkan buku pink dengan kad nombor giliran, pastu masukkan dalam bakul atas kaunter ikut masa pukul berapa kita datang.

Letak buku pink dalam bakul biru atas kaunter.


  1. Makmal
·         Tanpa membuang masa, terus pergi toilet ambil sample urine letak kat makmal.

Sample urine letak di sini.



·         Tunggu sekejap, nurse panggil sekali lagi masuk makmal untuk amek darah kat hujung jari. Nak check Hb pulak. 

Alat-alat untuk ambil bacaan Hb.


  1. Regular Check Up
·         Settle semua, baru nurse panggil balik ke kaunter yang awal tadi untuk regular check-up. Nurse tu akan letak result urine test, Hb value dalam buku pink tu. Pastu dia suruh timbang berat, check blood pressure, heart beat, benda-benda regular camtula.


  1. Bilik Pemeriksaan
·         Last sekali my favourite part ialah masuk Bilik Pemeriksaan. Masa ni kena baring, check perut (kalau 1st time check up nurse akan ajar breast check), bagi vitamin yang 4 jenis tu, vit C, vit B complex, Folic acid and Iron Tablet.

Lepas tu silalah bawa pil2 ni ke mana saja korang pergi, hatta pergi holiday ke hujung dunia sekalipun.

·        Nurse akan consult keadaan kesihatan kita (based on result test tadi), masa ni boleh tanya apa je yang tak faham pasal pregnancy. Ingat lagi masa tu nurse tu consult pasal cara pemakanan dengan kebaikan dan kepentingan breastfeeding.

Bilik yang ada langsir pink tu bilik pemeriksaan. Sebelah kiri tu bilik penyusuan.
  Itu je lah kot yang aku nak cerita pasal 1st check up. Nanti ada masa aku cerita lagi wokeh. Bye =)


1 comment:

  1. tumpang tanya, hari bila klinik buat checkup yer?

    ReplyDelete

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol