Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Hari Raya Aidiladha 2013

Tadaaa!!! Kan dah cakap semalam ngkorang semua kena withstand post yang bertubi-tubi dari aku. Lepas geram neh. Miahaha~~~ Baca entri ini.

Raya Haji baru ni sangat best. Sebab ni lah baru betul-betul aku dapat merasa raya dengan B. Kalau still ingat lagi, time Raya Aidilfitri yang lalu aku sempat salam raya jek dengan B. Pastu dia tidur sepanjang hari. Nak buat macam mana, dah dia penat kena kerja malam raya tu.

Hah, nampak tak betapa hepi dia raya dengan aku. Ke, aku yang excited raya dengan dia. Huhu

Untuk pengetahuan korang jugak, dah dua kali raya tahun ni aku dan B beraya di kampung aku. Choi!!mulut korang cakap aku queen control kan. Bukan permintaan aku sebenarnya, tapi B memang tak cuti masa Raya Puasa dan masa Raya Haji pulak cuti 1 hari. Jadi dia decide memang tak berbaloi kalau balik kampung dia pun, buat penat badan jek. Habiskan masa dalam perjalanan. Sebagai isteri yang patuh (ecewah gitu), aku akur jela. Aku mana-mana pun tak kisah. Kalau di Terengganu, nenek aku superb buat laksa Terengganu, laksam, nasi dagang, pulut kuning (orang Ganu panggil nasi kunyit sebab dia kaler kuning) dan macam-macam lagi la resepi tradisi. Seyes beb, sebut nama makanan pun dah mampu buat perut aku berdangdut.

 

Kalau tak, takdelah B sampai tak angkat muka makan laksa atuk aku.

Apsal la ayang suka sangat bergambar masa abang tengah makan


 Kalau di Pahang pulak (kampung sebelah abah) tak usah cerita la dengan segala rendang ayam kampung, daging, hati, lempung, ketupat nasi, kuah kacang, alamat sampai ke malam la kalau nak cerita. Tapi aku belum pernah raya kampung B dekat Kelantan, so aku tak tau sangat menunya camne. Teringin nak cuba. Since, aku dengan B memang tiap-tiap bulan akan balik Kelantan, kami tetap balik masa raya cuma lambat sket. Raya ke-5,6 baru balik, bila B dapat cuti on weekend.

Here some pictures of us di pagi raya. Enjoyce!!

Kaum adam nih, kalau dah lepas makan lepak jelah kejenye..Korang memang tak reti tolong basuh pinggan ek?hah?hah?

<ammar> Kueh raya peberet saya adalah segala jenis kerepek raya. Sekian

Ateh & Future hubbynye.

<Ammar> Tak nak minum susu lah ibu. Nak makan kerepek!!!


<Ammar> Oh, sedihnya saya tak dapat makan kerepek.

Famili bahagia Along a.k.a ibu & Mak adik.

<Ammar> Tak dapat kerepek, pisang pun sodap!!

Me & nenek =)

Ibu yang preggy 3 bulan & me preggy 4 bulan setengah masa ni. Tapi belly sama besar. Pelik kan?



First Heart Beat

Assalamualaikum.

Wah, lama betul aku biarkan blog ni bersawang. Pada masa entri ni ditulis, kandungan aku dah masuk 21 minggu. Maknanya, dah 5 bulan lebih aku bawak baby ni ke sana ke mari.


My baby lebih kurang dah macam ni sifatnya.

Sebelum ni aku sibuk sangat dengan kerja di office, tuisyen, kesihatan yang kurang memberansangkan (aku alahan agak kronik jugak masa 1st trimester), sampai aku tengok aku punya last entri pun dated 21 Ogos. Pehh. Lama sangat dah aku tak update perkembangan aku. Rasa macam ironi pulak cakap camtu sebab secara harfiahnya, memang badan aku tengah agak mengembang ala-ala donut frozen yang korang campak dalam kuali panas. Hmm, lapar pulak rasa.

Yelah, last time pun aku ada bagitau, abah kurang sihat, nak menghapdate blog pun takde mood. Asyik bimbangkan dia.

As for now, keadaan makin mengizinkan. Aku dah siapkan several price list untuk customer yang penting-penting, abah pun dah semakin sihat, kandungan pun dah masuk 2nd trimester which means kesihatan aku bertambah baik. Tuisyen pun dah tak serabut sangat. Bebudak PMR dah abes, tinggal lagi abang-abang dan kakak-kakaknya yang tengah sibuk nak SPM bulan 11 ni.

Ok, enough membebel. Back to tajuk entri ni. Dua hari lepas (28 Oktober 2013) lebih kurang pukul 11 lebih, aku tengah baring siap-siap nak tidur tiba-tiba aku rasa ada satu feel macam ada kicking halus dari dalam womb aku. Tapi tak kuat pun. Aku macam terfikir pulak dah start kicking ke sayang aku ni? Kan baru 20 minggu lebih. Sebelum ni tak pernah-pernah pun. I've put my palm gently at that spot and guess what, I felt its heart beat. My baby's heart beat!! For the very first time.

Macam mana nak cakap ye. Dia punya rhythm teratur, perlahan dan cukup menenangkan. Walaupun perlahan, tapi cukup untuk meyakinkan aku yang baby sihat, dalam keadaan baik.

Aku pun cepat-cepat bagitau B kat sebelah. Ambil tangan dia letak kat perut aku. That moment punya feeling, sampai mengalir air mata dibuatnya. As if, it's just three of us in this world. Tapi B maintain macho. Walaupun muka sikit punya excited. Cepat-cepat dia kesat air mata aku, cakap "ayang kena jaga baby kita baik-baik tau." ^_^

Walaupun tak terluah masa tu, tapi dalam hati aku tetap cakap, I love you both so much sayang!!

P/s: Mood nak update blog meluap-luap. So, get ready with next next incoming entry. Semangat!! Semangat!! Jangan hangat2 taik ayam sudaa....

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol