Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Manusia dan Kemanusiaannya.

Assalamualaikum.

Hari ke-12 kami dilanda banjir.
Limited internet access dan connection yang tak menentu since Taufan Haiyan melanda Filipina buat aku terpaksa lupakan blog seketika. Sedang bersemangat, berduyun-duyun draft, idea yang mencurah-curah, tetiba server di office di'setting'kan untuk block FB dan blog kesayangan aku ni pun terkena sama tempiasnya. Entah kenapa aku tak boleh log in.

Keadaan yang sama berlarutan sampailah hari ni, hari pertama aku ke office lepas banjir besar yang macam semua orang sedia maklum. Alhamdulillah, manusia ni kalau dia tak kena susah dia susah nak ingat Tuhan.

Apa yang kami lalui sepanjang 12 hari ni, sangatlah menginsafkan. Dari berita aku dapat tahu yang banjir di Kemaman adalah yang paling teruk, malah lebih teruk dibandingkan banjir tahun 1971 (waktu tu seluruh Semenanjung dilanda banjir).

Percayalah bila aku kata, apa yang media tunjukkan cuma 10% dari apa yang kami lalui. Trauma, kehilangan harta benda, kelaparan, cuma sedikit nak dibandingkan dengan mereka yang kematian ahli keluarga, dan beribu-ribu yang suffer di pusat2 pemindahan. Bantuan sangat lambat sampai pada kami. Hari ke-5 barulah bantuan makanan sampai.

Hampir dua minggu dilanda musibah, kami tenang. Dapat redha. Redha yang bukan dengan sekadar lafaz Alhamdulillah di mulut, tapi dapat rasa ketenangan di hati. Kami mengalami total loss. Tapi hati senang bila pandang wajah abah, pandang wajah suami. Baby dalam perut sihat dan bergerak tiap-tiap hari. Mujur dia sekuat abahnya, tak pernah mengeluh, tak pernah resah kesah diuji ujian yang maha berat. Allah, aku tak hilang harta sebenar. Ateh hilang lebih separuh persiapan kahwinnya, sikit pun dia tak menangis. Allah Maha Kaya.

Hari ni, pulang ke realiti, perlakuan manusia buat aku resah. Ramai mula update kerugian material. Ramai mula membanding-banding kesusahan masing-masing. Ramai membicarakan bantuan-bantuan kewangan untuk meringankan beban. Realitinya, hari ini siapa yang punya perabot mahal, kereta besar, mereka nilah yang menanggung kerugian paling besar. Kami yang tinggal di rumah kecil, barangan rumah murah, tak ada kerugian anggap mereka.

Bagaimana nak ditafsir ye, kehilangan barangan yang tinggi sentimental valuenya? Hantaran kahwin pemberian suami, gambar sejak kita bayi, foto-foto keluarga, konvokesyen, buku-buku yang kita beli bersama-sama, yang kita tanda tarikh belinya, catatan-catatan kehidupan, Al-Quran yang kita khatam kali pertama. Ada hargakah semua tu? Boleh digantikah? Hari ni, dengar persepsi manusia sekeliling buat kali pertama (sepanjang seminggu ini asyik dengan famili sahaja), hati jadi bimbang. Patutlah mereka tiada simpati, rumah yang dinaiki air separas lutut, sama saja kesukarannya dengan rumah yang betul-betul tenggelam. Mendengar reaksi mereka, aku rasa cukuplah mengadu pada Allah. Manusia? Manusia cuma ada kemanusiaannya yang tidak seberapa...
    
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol