Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Bye Saliau


Sabtu lepas aku ada kenduri rumah adik aku. Open house raya bersekali dengan Majlis Pertunangan. Majlis pertunangan siapa? Haaa, yang tu nanti aku cerita dalam entri lain. D-Day aku memang busy dari pagi. Maklumlah, hari berkenduri kan. Itupun aku cuma tolong apa yang patut sejak pagi. Orang lain semua dah bertungkus-lumus dari semalam.
Nak jadikan cerita, waktu aku balik rumah nak bersiap ni Aku tengok Si Saliau ni dah lemah sangat. Aku tak rasa Saliau ni boleh bertahan sehari dua lagi kalau aku masih bertangguh bawak ke klinik. Salah aku pun, memang dah asyik bertangguh dari sebelum raya lagi T_T 

Mama mintak maaf lambat sangat bawa ke klinik =(

Sebenarnya, ikutkan masa memang dah agak lambat untuk aku bersiap dan siapkan makhluk-mahkluk bunian tu tapi aku gagahkan juga bawa untuk Saliau ke klinik sebelum klinik tutup. Ajak suami temankan walhal suami agak kurang sihat waktu tu. Hari Sabtu klinik haiwan beroperasi cuma setengah hari. Doktor cakap Saliau dijangkiti 'sporo'. Penyakit paling ngeri bagi kucing ni. Penyakit luka yang banyak dan berlubang-lubang tu. Doktor letakkan ubat pada luka Saliau, dan membuak-buaklah ulat keluar dari luka-luka tu.
Doktor sangat nice, explain dekat aku satu-satu keadaan Saliau tu dan sangat 'gentle'waktu treat Saliau sambil buang ulat-ulat dari luka tu. Semoga Allah bagi syurga tertinggi pada doktor ya. Luka besar pada badan Saliau ada dua; 1. Pada area ankle (yang ini bila doktor selesai buang ulat, memang luka tu dah sampai ke tulang) 2. Pada area testis (yang ini pun luka agak dalam, tapi ulat-ulat masih kecil. Doktor anggarkan luka baru semalaman). Pengalaman pertama seumur hidup ini tengok makhluk Allah hidup-hidup di makan ulat.


First experience Elyas di Klinik Haiwan. So excited.

Aku harap urusan ni selesai cepat, tapi agak lambat sebab Doktor ambil masa buang semua ulat-ulat tu. Awalnya aku plan untuk warded Si Saliau ni dan ambil lepas seminggu. Tapi klinik tak sediakan ward untuk kucing yang dijangkiti sporo ni. So, aku terpaksa bawak balik dulu Saliau ni, belajar dengan detail cara uruskan luka tu, bagi makan ubat, sampai sembuh. Mendengar penerangan doktor tadi, ada bertumbuh harapan halus halus dalam hati ni untuk Saliau sihat semula. Doktor cakap akan ambil masa dan mahal. Tapi tak apalah, asalkan boleh baik. Anak-anak aku suka sangat dengan Saliau ni.


Wet food





Belanje sikit gambar doktor yang baik hati.

Seterusnya aku bawa balik Saliau, letak wet food dan teruskan plan asal aku pergi Majlis Pertunangan tadi. Masa aku balik, dah hampir malam. Saliau keluar dari kotak dan tidur bawah kereta abang. Aku alih makanan dia yang tak dijamah sikit pun. Letak betul-betul depan muka dia. Harapnya dia makanlah.
Esok paginya hari Ahad, selesai urusan sekolah anak-anak aku call adik aku tanya ada tak lagi klinik area Chukai ni yang sediakan khidmat ward untuk kucing terkena sporo ni? Aku ni anak 5 orang, mana lagi nak siapkan anak, nak bersiap ke office, nak suapkan Saliau ubat. Nak cuci tangan bersih-bersih lepas handle Saliau sebab lepas tu nak masak, lepas tu, lepas ni. Nampak tak masalahnya? Sedang aku bercakap tu, aku nampak sekujur tubuh Oren dah kaku bawah kereta suami aku. Oh, Saliau. Mama minta maaf sangat-sangat. Mama dah cuba tolong, tapi mama lambat sangat.
Petang tu, abang tolong aku tanam Saliau. Pada yang tertanya kenapa aku tak perasan luka Saliau ni dari awal, sebenarnya Saliau bukan kucing peliharaan kami. Saliau kucing liar yang kami bagi makan tapi lama-lama makin sayang dan semakin sayang. Dia selalu datang, tak berak di halaman rumah, tak garang, tak cakar anak-anak, tak menyusahkan dan manja walaupun kucing jantan. Selalu cuba masuk dalam rumah walaupun tak berjaya. 
Malam ni, mama menulis sebab mama rindu dekat Saliau. Buka pintu rumah tak ada kucing oren di luar. Balik kerja pun tak ada yang menyambut. Anak-anak belum tahu Saliau mati, aku cakap aku hantar ke klinik dan akan ambil bila baik nanti. Nanti bila anak-anak tanya nanti, mungkin akan bagitahu Saliau dah baik cuma tak datang main di rumah lagi. Main dekat rumah orang lain pulak.
I've been thinking agaknya what will Saliau tell Allah about us. Mama and abah selalu bagi makan pada kami, kucing liar atau orang ni selalu lambat kasi makan. Kami selalu lapar. Bila sakit, lambat pulak hantar ke klinik. Will he mengadu macam-macam pasal kami depan Allah, I don't know.
But Saliau, if you ever got to enter The Paradise, can you tell Allah to bring mama and abah too? Can you please seek us in heaven and if you don't find us can you ask Allah to bring us too?? I really wish to see you, hug you, and once again say sorry to you. Aku tak nak bela kucing lagi. I don't think I will survive another heartbreak.

Sebelas

Melihat pada postingan terakhir sebelum ini, terbukti betapa lelahnya diri ini dengan rutin kehidupan. Andai kata obsesi yang satu ini tak tersempatkan, malah bertahun ditinggalkan, apatah lagi aktiviti-aktiviti lain yang boleh dijadikan liburan.

Sungguh diri ini terlalu malu untuk merungut. Terlalu banyak kurniaan Yang Esa untukku. Indahnya terlalu mendamaikan. Tenangnya lantas membahagiakan. Banyaknya sehingga terlalu sering menjadi asyik dan 'lupa'. Dan entah mimpi apa malam ini, aku moncoret lagi. Aku rindu, rindu menulis, rindu meluah rasa. Rindu mengadu tanpa dihakimi sedunia.

Di tahun ke sebelas ini aku mencoret begini. Warna kehidupan tika ini. Adakah mungkin sebelas tahun lagi, aku di sini, masih mencoret keluh resah kehidupan. Tapi saat itu aku menggumam sendiri. Ah, aku rindu. Rindu suara kecil yang kental mengganggu. Rindu kesibukan sebelas tahun yang lalu.  

  

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol