Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Bazilah Azhar is Back!!

Salam. I'm back...

Waa, lama menyepi. Dalam previous entri aku ada mention yang this whole year aku tak boleh nak upload gambar yang menyebabkan automatically mood aku nak meng'hapdate' blog aku nih turut merudum. Tadi, sebab tak larat sangat di office (demam), tergerak hati nak jenguk blog ni. Try godek2 tanpa mengharap sangat pun.

Guess what? DAH BOLEH UPLOAD GAMBAR!!
Alhamdulillah. Sebelum ni ada survey tutorial untuk blogger yang tetiba tak boleh upload gambar.
Antaranya:-

qaseyhoney

cahayahatiku

Haa..Tu dia. Complicated. Dengan nak kena tambah admin, tukar setting bagai. Pastu nanti lama2, password blog sendiri pun jadi lupa. Tak ke naya tu? 
Hampir2 putus asa jugaklah ritu. Baru je nak berjinak-jinak dgn dunia blog ni, belum puas lagi nak ekspres tentang macam2 hal, tetiba jadi cenggitu pulak. Kita pun blogging kena curi2 masa. Siang keje, malam tuition. Benda kecik2 camni tak sempat nak hadap. Ada jugak terfikir yang antara beribu2 blog yang dah berkubur tu, blog ni akan jadi salah satu antaranya. Untuk teruskan menulis tanpa tempek gambar, tak mungkin. Ceewah. Ntah hape2 perangai.

Tapi, tulah kan. PerancanganNya mengatasi segalanya. Aku nak post jugak post2 yang aku draft since tahun lepas tu (menyemak je banyak2 dalam draft). Cuma mungkin ambil masa sikit nak taruk gambar. So, kalau lepas ni post2 aku agak @ sangat OUTDATED, maafkanlah diri yang serba kekurangan ni yek. Haih, ruginya dah almost sebulan tak menulis, naik tepu otak ni. Terpaksalah aku selak2 balik diari untuk check benda2 penting yang dah terlepas =) 

So, that's it. aku rasa sedikit sebanyak, ni adalah keberkatan Maulidur Rasul esok. Aku pun cuti. BLOGGER ni macam sengaja je nah suruh post entri pasal Maulidur Rasul, hehe~~~ Apapun, sedikit peringatan. Cinta kita pada Rasulullah, usahlah bermusim. Tidak semestinya 12 Rabiu'lawal sahaja baginda disebut2. Lebih indah lagi kalau kita mampu ekspresikan cinta kita dengan berselawat (tak kira masa), menghidupkan sunnah Baginda, menyampaikan pesanan Baginda Dan menjaga amanahnya ("peliharalah solat dan yang lemah di antara kamu"). Walaupun tak mungkin terbanding cinta kita pada baginda, dengan cinta Baginda pada seluruh umat. Semoga kita tergolong dalam golongan yang yang mendapat syafaat. amin.

Selamat hari Rabu. Peace!!



No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol