Tahukah korang, tiap-tiap hari bila tiba pukul 5.30 petang, aku mesti tengok officemates aku dan tetiba rasa jeles yang teramat kat diorang.
Sebab apa?
Sebab 5.30 mark the end of their responsibility for that day.
Lepas tu boleh balik rumah and buat hal sendiri dalam ruang masa mereka sendiri.
Opkos diorang masih ada banyak lagi tanggungjawab lain di rumah (especially for ladies yang kerjanya tak pernah habis), masih kena uruskan rumah, masak, anak-anak, husband, lalala >_<
Tapi apapun, mereka masih ada ruang untuk lepaskan penat lelah, ambil masa untuk diri sendiri, berehat.
Bagi aku, dah lama tak ada semua tu. Sejak ada Pusat Tuisyen sendiri (sejak September 2011), pukul 5.30 dah tak ada makna bagi aku. Bagi yang kerja office diorang taulah, kerja office ni tak selalunya balik pukul 5.30. In fact, memang tak pernah pun. Eksekutif tak dibayar OT ye, tapi haruslah pastikan semua kerja siap or at least tak ada benda2 urgent yang masih berstatus 'pending'.
Kadang-kadang kalau sampai rumah pukul 6.45 petang, masa tu pulak lah ada tetamu bertandang, kena bancuh air, apa-apa yang patut (ni bukan merungut ni), kocoh-kacah make sure tutor2 aku tak ada yang buat hal nak cancel kelas last2 minit, jenuh pulak aku nak cari replacement. Yelah, kadang-kadang diorang ada masalah sendiri, nenek sakit, balik kampung, boypren ajak dating, kucing mati, nak dengar ceramah Ustaz Azhar, oppss!! dan macam-macam hal lagilah. Maka aku sangatlah berterima kasih pada barisan tenaga pengajar yang aku ada sekarang sebab sangat bertimbang rasa & akan inform awal2 kalau ada sebarang keuzuran atau aral melintang kat tengah2 jalan masa nak datang tuisyen tu.
Tu belum lagi kira hari-hari yang aku sendiri ada subjek yang kena ajar. Even aku sendiri budak BIO, aku pun still bukak buku bila nak ngajar beb. Tak sanggup aku nak bagi ilmu salah kat bebudak ni. So, sempatlah aku amik masa 10-15 minit belek-belek buku rujukan. Biasanya sehari sebelum tu aku dah prepare siap-siap bawak balik buku yang aku nak kena ngajar besoknya.
First session hanya akan mula pukul 8 malam, tapi selalunya aku start bersiap pukul 7. Entahlah kenapa, kalau lebih dari pukul 7 aku masih lom bersihkan diri, aku akan rasa sangat rush. Pukul 7.40 selalunya aku dah gerak. Aku tak suka bebudak tunggu aku, pastu aku lambat bukak tuisyen. Nanti pe pulak cakap mak bapak diorang. Dalam masa 40 minit tu, mana lagi nak cari baju, tudung, solat, dan kalau sempat jamahlah apa2 yang ada kat rumah untuk alas perut.
Cerita soal perut pulak. Selalunya kami (aku dan B) both tak sempat makan before tuisyen. Aku selalu balik lambat. B pulak, tak balik lambat tapi it takes about 45 minutes for him driving all the way from Gebeng. Natijahnya, perut kami cuma kan terisi lepas 11 malam, selepas habis kelas, & settle hal2 management. Tu pun lepas dah habis pusing Kemaman + Cendor, cari mana lagi kedai makan yang kitorang belum try. Lapar woo..
Begitulah ceritanya. Kalau korang tengok jarak masa 5.30 -7.40 tu pun dah cukup complicated untuk aku. Belum lagi cerita dari awal pagi, cerita office aku, cerita malaun2 yang selalu buat aku bengkek, cerita student2 nakal aku. Up to this date, 30 hari je lagi tinggal masa aku bergelar anak dara, anak abah, anak mama. Lepas jadi isteri orang nanti, tambah lagi tanggungjawab baru. Suka tak suka, mampu tak mampu, still kena hadap ye tak. Aku tengok orang lain orait je, aku pun mesti boleh, ye dak?
P/s: Ayat kasi sedap hati sendiri T_T