Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Hb, Hb, Hb!


Hb ni masalah biasa yang dihadapi ibu-ibu mengandung, termasuklah aku sekali. Padahal sebelum mengandung, tak pernah guna langsung term ni. Hb pun tak tau apa. Tapi bila dah mengandung, dengar ibu-ibu ni sembang pasal Hb, aku rasa doktor dengar pun boleh surrender. 

Ibu pertama  : “Aku ritu, anak sulong Hb rendah. Macam-macam makan nak suruh naik balik. Aku dah lah tak suka kerang. Paksa-paksa jugak.”
Ibu kedua      : “ Beli Iberet kat farmasi. Elok. Terus normal Hb. Tak payah makan pil-pil klinik. Kalau muntah-muntah pun berhenti makan pil klinik terus ok.”
Ibu ketiga      : “Tapi pil yang warna coklat tu lah elok untuk bagi Hb naik balik.”
Ibu keempat  : “Minum Horlicks ok jugak. Aku dulu minum Horlicks je.”
                
             Macam tulah perbualan ibu-ibu ni. Aku sampai terlongo dengar. Yelah, orang tak ada pengalaman langsung. Aku rasa sama macam aku, diorang pun tak pasti Hb yang diorang sebut-sebut tu apa sebenarnya. Cuma yang diorang tau, kalau Hb rendah = masalah.

Ø  Takut terbersalin awal.
Ø  Anak pramatang, paru-paru tak sempat develop.
Ø  Kena bersalin dekat Hospital kerajaan @ hospital yang ada tabung darah aje.


Aku bukan doktor =) Tapi sebagai cikgu Biologi part time, aku nak bagitau yang Hb ni adalah singkatan bagi Hemoglobin. Dan kalau Hb korang rendah, bermaksud korang ni Anemic (kurang zat besi).

Hemoglobin : Molekul protein dalam sel darah merah yang angkut Oksigen dari paru-paru ke sel tubuh dan Karbon Dioksida dari sel tubuh ke paru-paru. 

Pic source: RBC

Jelas? Kalau kurang jelas boleh baca sampai faham kat link di bawah (Takde kerja aku nak ceramah korang pasal apa itu Hb. Tujuan entri ni, aku nak cerita pasal struggle aku nak maintain Hb aku jek, hehe)

LINK

Dah faham? Bagus. Macam aku, aku punya Hb fluctuation pun giler2 jugak. Turun, naik, turun, naik.

12th Week – 12.4
18th Week – 11.7
                  23rd Week – 9.7                  
28th Week – 10.9
30th Week – 10.6
32nd Week – 11.0

                Awal-awal tu normal lagi. Hb aku start drop sebab doktor cakap walaupun aku makan pil-pil yang klinik bagi, tapi maybe sebab aku punya habit yang suka amek kafein, jadi badan aku tak dapat serap zat besi properly. Aku ni kerja office. Kalau lepas lunch tak amek kafein, mudah mengantuk. Seksa sangat nak hadap pc petang-petang dengan mata mengantuk.

Feveret aku. Sebab konfem tak mengantuk sampai petang.


Paling kronik bila lebih kurang seminggu jugak aku stop makan semua supplement. Bukan salah aku. Masa tu whole Kemaman banjir. Rumah aku pun banjir. Ubat-ubat aku pun habis hanyut dek banjir. Kat bawah ni antara efforts aku nak naikkan balik hb aku.

Ø   Pramilet (Beli kat Klinik Nabilah). Mula2 ok, naik dari 9.7-10.9. So, nurse suruh proceed makan. Tapi bila start drop balik jadi 10.6, aku try yang lain pulak.




Ø  Obimin (Beli kat Klinik Hijrah). Padahal masa ni aku batuk dan demam. Amek mc, beli Obimin terus. Maybe yang ni lagi sesuai untuk aku sebab kandungan Iron dia lagi tinggi, 30mg. Aku compare dengan Pramilet, Pramilet 5mg je. Maybe akan proceed dengan Obimin aje sampai bersalin sebab Hb aku dah naik balik 11.0 masa last check up.



Ø  Horlicks. Paksa B belikan aku Horlicks. Konon aje. Kadang-kadang minum, kadang-kadang tak minum.



Ø  Kerang bakar. Masalah jugak ni. Masa anak dara aku hantu kerang. Bila ngandung, macam kurang minat sikit. Paksa jugaklah sebab nak naikkan Hb.

Kerang bakar kat Restoran Mooneera.


Ø  Bayam tempura. Bayam ni Antara sayur hijau yang tekak aku boleh terima. Along rajin tolong belikan. Kalau tak masak tumis air, kitorang celup aje dalam tepung tempura, goreng sekeping-sekeping jadi snek. Yummy, yummy.

Make sure minyak cukup panas, kalau tak dia jadi lembik.

Tulah sedikit sebanyak cerita hb aku. Syukurlah Hb aku tak degil sangat, bila aku try makan ubat itu ini, makan bayam, minum Horlicks, susu, dia naik jugak walaupun sikit-sikit. Masa last check up, doktor kata tak ada masalah dah. Cuma jaga jangan bagi drop bawah 10.5 aje. Pastu doktor suruh pergi final scan. Doa-doakan aku ye. Harap-harap terus tak ada masalah pape dan dapat deliver dengan selamat. Amin.


Buku Pink - 1st Check Up


               Lama betul tak update pasal pregnancy. Yelah, lepas update cerita pasal kain batik, langsung dilanda banjir. Habis terbantut semua persiapan untuk baby =(
Syukurlah masa tu belum banyak buat persiapan lagi. Tapi baju-baju baby yang dah beli semua kena air banjir. Masa 1st time balik rumah lepas banjir, menangis tengok baju kecil-kecil kena air lumpur.

               Lepas banjir pergi, bonus pulak kena potong. Aduh, terbantut lagi nak shopping barang-barang kelengkapan baby. Dah lah aku dah masuk 7 bulan pun belum start beli lagi barang baby. Aim nak shopping dengan duit bonus. Giler punya gamble.
Tapi sekarang dah ok balik. Tamao sedih-sedih lagi.

               Entri ni, throwback masa first time aku buat check up baby. Lepas buat pemeriksaan sendiri di rumah, aku konfemkan semula dengan doktor. Kita kena dapatkan confirmation dari doktor yang bertauliah kan. Along suggest aku pergi Klinik Nabilah atau Klinik Zainab. Tapi tak ada rezeki aku, Klinik Zainab tutup malam tu, dan aku malas nak masuk bandar pergi Klinik Nabilah. Last-last, aku pergi Klinik Assyifa kat Taman Chukai Utama.

               Mula-mula doktor cakap "Sorry, awak belum mengandung lagi." Aku cakaplah kat dia, tapi aku check kat rumah dapat double line. Doktor pun tengok lagi sekali UPT aku, baru dia cakap "owh, dah nampak double line, tapi pudar sangat. Boleh tak puan datang sekali lagi minggu depan?"

               Minggu depan baru konfem aku hamil (2nd line tu dah clear kot, padahal ko nak 'ngap' duit aku banyak-banyak kan) dan doktor pun bagi vitamin-vitamin yang selalu orang pregnant makan. Folic acid, pil kuning yang busuk-busuk tu. Bila dah tau pregnant tu aku tak terus pergi buat check up kat Klinik Kesihatan. Sebab ada kawan cakap, bila dah mula pergi, nanti kena selalu pergi so better start pergi lepas 3 bulan.

                Tapi bila along dapat tau aku tak pergi lagi check up kat Klinik Kesihatan, dia pun pot pet pot pet suruh aku pergi as soonest. So nasihat aku, pergilah check up as soon as kita confirm yang kita dah pregnant. Untuk kebaikan our baby jugak.

1st CHECK UP (2nd Sep 2013)

Atas nasihat along tu, masa baby lebih kurang 12 minggu, aku buat first check up kat Klinik Kesihatan Kg. Paya Berenjut. Masa tu both aku dan B cuti carry forward 31 Ogos. So, officially baby dah ada BUKU PINK!!

Nurse akan fill in data-data penting both hubby and wife, date 1st day of last period & due date.

               Nampak tak sticker hijau tu? Sebenarnya, during 1st check up aku takde problem kesihatan langsung. Hb ok, bp ok, urine ok, tapi aku tetap tak dapat sticker putih sebab berat ibu below than 45kgs. Sadis wei, berat badan aku!!

               Asalnya agak jakun sebab ni baru anak sulung. Tak tau macam mana prosedur dia. Selalu kena tanya nurse-nurse kat situ. Nasib baik nurse kat situ semua baik-baik, friendly dan infomatif. Aku siap jumpa kawan-kawan sekolah lagi. Tapi diorang dah pregnant anak yang 2nd, 3rd. Barulah terasa ruginya kahwin lambat =(

Well, nak bagitau kat klinik ni ada beberapa seksyen yang kena pergi:-

  1. Kaunter
·         masa 1st time check up nurse akan mintak Kad Perakuan Nikah. Tapi masa tu kad kami belum siap lagi. B bagi Surat Perakuan Nikah Sementara. Pastu nurse akan buatkan buku pink, mintak no fon both hubby & wife. Kalau terlepas date check up, dia akan call. Tak dapat call kita, dia call laki kita pulak. Huhu.
·         check up yang selepas-selepas tu, bila datang just kepilkan buku pink dengan kad nombor giliran, pastu masukkan dalam bakul atas kaunter ikut masa pukul berapa kita datang.

Letak buku pink dalam bakul biru atas kaunter.


  1. Makmal
·         Tanpa membuang masa, terus pergi toilet ambil sample urine letak kat makmal.

Sample urine letak di sini.



·         Tunggu sekejap, nurse panggil sekali lagi masuk makmal untuk amek darah kat hujung jari. Nak check Hb pulak. 

Alat-alat untuk ambil bacaan Hb.


  1. Regular Check Up
·         Settle semua, baru nurse panggil balik ke kaunter yang awal tadi untuk regular check-up. Nurse tu akan letak result urine test, Hb value dalam buku pink tu. Pastu dia suruh timbang berat, check blood pressure, heart beat, benda-benda regular camtula.


  1. Bilik Pemeriksaan
·         Last sekali my favourite part ialah masuk Bilik Pemeriksaan. Masa ni kena baring, check perut (kalau 1st time check up nurse akan ajar breast check), bagi vitamin yang 4 jenis tu, vit C, vit B complex, Folic acid and Iron Tablet.

Lepas tu silalah bawa pil2 ni ke mana saja korang pergi, hatta pergi holiday ke hujung dunia sekalipun.

·        Nurse akan consult keadaan kesihatan kita (based on result test tadi), masa ni boleh tanya apa je yang tak faham pasal pregnancy. Ingat lagi masa tu nurse tu consult pasal cara pemakanan dengan kebaikan dan kepentingan breastfeeding.

Bilik yang ada langsir pink tu bilik pemeriksaan. Sebelah kiri tu bilik penyusuan.
  Itu je lah kot yang aku nak cerita pasal 1st check up. Nanti ada masa aku cerita lagi wokeh. Bye =)


Abah, Anak Kerbau & Tali


Jaga lembu/kerbau sekandang lagi senang dari jaga anak dara sorang
          Confirm pencipta phrase di atas ni tak pernah jaga lembu atau kerbau. Kalau tak, aku tak fikir dia mampu/sanggup cakap macam tu. Wuuu~~~

          Sebab apa aku cakap camtu? Sebab abah cakap pernah bela lebih 60 ekor kerbau di zaman remajanya, dan ada bela seekor anak kerbau yang umur dia lebih kurang dua tahun sekarang. Baby Weq namanya.

          Dan, inilah cerita kami.....

Kami ada sekor anak kerbau. Nama dia Baby.
           Masa kecik baby ni memang comel giler. Dia takde mak. Mak dia mati kena tembak. Disebabkan abah tak sampai hati tengok baby mati camtu jek, abah pun decide nak tolong bela bayi terbiar nih. Siryes weh, masa mula-mula bela dulu aku tak boleh beza pun anak lembu dengan anak kerbau. Mana taknye, setau aku kerbau warna hitam. Yang ni coklat pulak apedehal? Takkan 'blonde' pulak ye tak?

Baby VS Baby. Dah yang korang wrestling kat tengah laman tu, nape? Kata abah aku. Hukhuk.

          Bila dah sekian lama bela, makin ngengada pulak aku tengok perangai baby nih. Abah tu memang dia conquer sekor-sekor jek. Tamao share. Orang lain jangan dekat dengan abah. Abah tu baby punya. Nak minum susu pun nak abah je suapkan. Malam-malam kalau ribut, merengek-rengek panggil abah. Bila abah duk luar teman dia, dia diam. Tido, mesti nak bantal. Unggun api tu wajib. Kalau ada nyamuk, buat bising sampai satu rumah tak boleh tido.

          Ada sekali tu, dari belakang rumah tiba-tiba Baby berlari balik cari abah. Pastu tonggeng-tonggeng montot, angkat-angkat kaki tunjuk kat abah. Ingatkan ape benda. Bila abah check tengok, rupanya lintah sekor melekat kat kaki dia. Hadoi, kau boleh tak sedar kau tu kerbau ek? Lintah dan kerbau ni ibarat adik-beradik lain mak lain bapak tau tak?

Takde bantal, baby tamao tido.

Macam ni barulah selesa.

Tambah-tambah lagi kalau ada orang dodoikan. Lagi syiokkk!!!

"Mantok ye anak abah." Tu lah agaknya abah cakap kat adik bongsu aku nih.

          Sebelum aku lupa, selain abah orang feveret baby ialah abang ngah a.k.a B a.k.a hubby aku. Sekarang ni, kalau pagi-pagi aku cium tangan B sebelum dia pegi keje, cium B, Baby pandang kitorang dengan muka tak puas hati jek. Hahah. Ada aku kesah?

Mana tak sayang, hari-hari abang ngah belikan baby roti coklat. Dulu 3 ketul sehari, sekarang bagi satu lori pun tak cukup der.

Oopps, ter'upload' gambar kurang sopan En. Bobo. 

          Bukan takat tu aje, bila sakit Baby perlukan rawatan rapi. Atehlah jadi mangsa ulang-alik pegi klinik haiwan, consult Dr. Meon bila Baby demam ke, hape ke. Beli susu (buat pengetahuan korang, anak kerbau ni ada susu khas untuk dia), ubat cacing, ubat luka. Macam-macam ubatlah. Dr. Meon malas datang umah tengok Baby, so kitorang beli picagari, abah je tolong suntik baby kalau dia sakit.

Tadaa!!!! Doktor Abah.

Sebelum masuk rumah, make sure unggun api dah siap, check kot-kot ada luka ke, hape ke.

Ni salah satu sesi rawatan untuk baby.

          Bukan tu je, tiap-tiap kali musim banjir, bukan keselamatan diri kitorang je yang nak kena bimbangkan, keselamatan Baby pun satu hal jugak. Tu belum masuk ayam dengan kucing-kucing lagi. Besar tanggungjawab kalau ada ramai anak neh.

"Assalamualaikum. Boleh masuk tak? Sejuk nii!!"

Petang-petang, B main badminton, baby pun masuk 'court' skali.

"tulun, tulun, raket Baby hilang!!"

          Aktiviti wajib Baby dengan abah tiap-tiap hari lepas baby balik berendam dalam paya belakang rumah, ialah aktiviti dia paling suka. MANDI. Memanglah suka, dah abah yang mandikan. Sembur air kat satu badan. Berus sampai bersih. Siap guna sabun Daia lagi uollss.

Abah, apa kata hari ni kita skip aktiviti mandi-mandi nih? Bolehlah bah, bolehlah.

"Hape tengok, tengok? Tak pernah tengok anak kerbau mandi ke?"

Dah mandi, dah wangi, baru boleh peluk abah.

Manja-manja dengan abah.

"Abah, kasi cium satu kali."

"Pastu jilat-jilat dagu sikit lambang kasih sayang yang berpanjangan. Thihihi~~"


Hah, korang nak sangat amek gambo Baby kan. Nah, hamek! Hamek!

Amacam, manis tak senyuman Baby?

Baby and Me a.k.a Angah

"Cuba cakap betul-betul, Baby sayang angah tak? Sayang? Angah sayang Baby jugak."

          Tu semua cerita dulu la. Baby kecik lagi time tu. Tanduk pun pendek lagi. Sekarang baby dah besar, kuat. Kuat melawan pun iye. Abah dengan B dah tak kasi aku dekat-dekat dengan Baby langsung. Especially since dapat tau aku pregnant. Bahaya. Dia kuat sangat, abah takut dia sondol-sondol perut aku. Sekarang ni aku tengok baby dari jauh aje. Kadang-kadang, rindu sangat nak peluk cium dia.

          Ok lah, nanti ada masa aku upload gambo Baby yang latest k. Sebelum undur diri (ayat mesti nak gedik jugak-jugak), enjoyce gamba buah hati aku dua orang ni.

Apa ni mommy? Faris bukan anak kerbau la, Faris ni harimau belang!!

Hah, yang ni pulak tok ki rimau, hehe. Jangan marah abah, gurau-gurau je.

Compilation of Hoerbigerians Birthday

       
          Haha, camtu pulak jadinya tajuk entri. Bukan apa, dek kerana terlalu sibuk dengan kerja sepanjang tahun lepas, kitorang di Hoerbiger tak sambut birthday siapa-siapa sejak Jun tahun lepas. Paling last, sambutan birthday aku di Melaka masa kami buat Family Day di Melaka. Masa tu baru kahwin berapa hari.

          So, tahun ni Jumaat, 17 Januari 2014 kami compile terus birthday semua orang yang tak disambut birthdaynya start Jun sampailah Dis 2013. Hah, dahsyat tak kitorang? Maka hasilnya, terjadilah kekecohan seperti berikut:-

Operasi pemanggangan dimulakan. Tetap bersemangat walaupun outfit tak bersesuaian dengan aktiviti. ^_^

Lamb ada, udang ada.

Anak dara dengan mak dara =D

Ikan ada, ketam ada.

Shomel tak shaye?

Dari pagi menjual ikan, sekor pun belom laku lagi =(

Tauke ketam dengan saiz ketam melebihi saiz muka.

Kaum lelaki yang bertungkus-lumus. Yang pompuan tau makan ajek ^_^

Muka-muka tak sabar. Yummy, yummy =)

Bakal mak orang dengan bakal bapak orang. Tapi perangai masih tak semenggah lagi.

Final touch sebelum pegi solat Jumaat.

Nilah kerja kami. Lepas selfie, makan. Lepas makan, selfie lagi.

With Aishah, the newcomer.

Sanah Helwah Abang Man, En. Darus, Kak Ida, Lau, Abang Li dan Kak Ja.

Sebenarnya, saya yang mengandung. Sumpah!!

Hamekaw, atas kotak valve dalam workshop pun jadilah. Hehe.

          Overall, majlis berjalan lancar dan semua orang balik kekenyangan. Selamat Hari Lahir (belated) untuk semua ya. Semoga 2014 ni akan membawa rahmat dan rezeki yang lebih mencurah-curah untuk kita semua. Amin =)


 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol