Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Daging Masak Kicap Ala Mak Mertua

Assalamualaikum mommy semua.
Hari ni nak share resepi paling mudah tapi makan bertambah-tambah. Hahah. Macam pantun kau.
Daging Masak Kicap Ala Mak Mertua.
Kenapa ala mak mertua? Sebab ni resepi mak mertua aku. Aku suka sangat tapi daging masak kicap versi aku rasa lain so aku tanya macam mana ma masak. Lagipun B selalu request nak daging masak macam ni. Kerana sayang, ikutkan sajelah.

Bahan-Bahan

·        300g daging
·        3 biji bawang merah – mayang halus
·        1 ulas bawang putih - hiris nipis
·         3biji cili padi – belah dua
·        Garam
·        Kunyit serbuk
·         Kicap manis

Cara Penyediaan

1. Rebus daging sampai empuk. Aku nak senang rebus je dalam kuali yang nak guna untuk menggoreng nanti. Korang yang ada pressure cooker tu cepatlah sikit empuknya. 
2. Masa tengah rebus tu tabur kunyit dan garam dalam air rebusan tu, biar dia meresap dalam daging.
3. Bila daging dah empuk, buang lebihan air rebusan sampai tinggal sedikit (dalam 2 sudu makan). Masukkan minyak masak dan biarkan panas.
4. Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan balik-balikkan sehingga naik bau.
5. Akhir sekali masukkan kicap banyak-banyak sampai hitam.
P/s: Resepi ni tak perlu masukkan garam lagi sebab dah masukkan mula-mula dalam air rebusan tadi dan tak perlu tambah gula sebab kicap dah manis.


Haa. Perasaan yang sangat best bila tengok suami happy makan kan. B cakap bolehlah, 90% rasa macam ma dia punya daging kicap. 10% lagi tu beza air tangan la kot. 2 pinggan kau, tak boleh blah laki aku ni.
P/s: Esok dah kerja. Haih.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol