Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Cerita Nikah Kahwin II - Wedding postpone

               Hah, nampak ni. Amboi, tengok pada Daisypath memang tak berpada. Nampak tak bride tu nak sampai sangat2 dah dekat groom nyer.
                                    4 HARI LAGI AKU NAK KAWEN WEI!! 
               Betullah orang cakap, kita merancang Allah menentukan. Dan perancangan aku nak jadi isteri pada bulan Mac ni tak diizinkan atas sebab-sebab yang tertentu dan mungkin juga sebab-sebab lain yang hanya Allah yang tau =)
               Alkisahnya, ramailah cucu-cucu Tengku Mat & allayarhamah Tengku Zaharah nak nikah 2013 ni. Nak avoid 'traffic jam', kitorang dah susun cantik2 siapa nak kawen bulan berapa. Cek Long siap bilang dengan jari, ayah Chik kamu bulan 2, ilah bulan 3, Kak Wa bulan 5, Safiah bulan 6. Bajet cantik la tu. Planning tu bagus la kan, takut bertembung. Sekali ntahapahapa jadinya. Yang patut nak kawen bulan 9 tahun lepas jadi bulan 8 tahun ni. Yang patut Mei jadi Mac. Yang patut Mac pulak jadi Mei (haku lah tu, thehehehe).
               Aku seyes tau nak kawen bulan 3. B dah cakap, tamau tunggu lama2 dah. Huhu, gatal itu budak! Tapi abah cakap macam rushing sangat. Sempat ke nak buat semua dalam masa 3 bulan ni? Untuk yang dah kemaruk nak berumah dan bertangga macam aku dan B ni, opkos la sempat sangat-sangat kan... Awalnya, abah setuju dengan suggestion kitorang. Lepas belek2 date cuti sekolah, belek2 kalendar hijrah, demi kasih sayangnya yang tak sampai hati nak hampakan aku, abah pun bagilah date, 29 March bersamaan Hari Jumaat  hari nikahnya =)
                Date dah set, tapi kitorang main2 lagi. Busy kan awal2 tahun tengah set up tuition, dengan planning, student duk daftar lagi. Sekali cek long singgah rumah masa attend kenduri kahwin sepupu jugak dekat2 sini.
"KORANG DAH TEMPAH KAD KAHWIN BELUM?"
                Rupanya, bakal menantu cek long request nak cepatkan tarikh kahwin diorang bulan 3 jugak. Hah!Betul tak orang cakap, kalau orang tua awal2 lagi dah warning, konfem ada aral kat tengah jalan. Hadus, patutnya awal2 lagi dengar cakap abah. Takpe, no prob sebab kad belum tempah. Lagipun, kenalah bagi laluan kat mereka2 yang lebih senior. All the way nak sampai bulan Mei ni (date kahwin kami yang abah dah adjust), barulah ternampak banyak hikmahnya tak buat majlis kitorang bulan 3 ni. Bagus jugak tak jadi walaupun terpaksa merana 2 bulan lagi. Hamboih, 8 tahun boleh tunggu, 2 bulan takkan takleh kot ^_^

1st of all, abah cakap bulan 3 tu monsoon timur laut tak abis lagi. So, cuaca still tak menentu. Dia nak hujan , nak panas ikut suka hati dia jek. Ramalan ni dibuat abah aku awal tahun ritu. Masa orang still sibuk2 tengah banjir. Ni aku tengok elok je cuaca cerah, hari pun panas. Ceh.

Tetiba ramai giler sedara mara aku kahwin bulan 3 ni. Yang patut kahwin bulan 2 dgn bulan 5, dua2 jadi bulan 3. Huhu. Sampai sambut menantu buat sekali harung.

Bulan 3 cuti sekolah. Berebut-rebut dengan B2B lain nak tempah package bridal, kanopi, catering. Sampaikan satu date yang sama tu, 5, 6 majlis dalam satu kampung. Taktau orang kampung nak pergi mana satu.Huhu.

Kawan2 aku pun ada jugak nak kawin. Kalau sibuk duk pergi wedding orang, hape jadi wedding sendiri aku pun taktau.

Betul ke bulan 3 nak bubar parlimen? Tak bubar pun sampai sekarang. Aku sibuk nak kawin, kampung aku penuh bendera dacing dengan bulan. Huduh siot!!

Rushing beb, nak setel macam2 hal dalam 3 bulan. Memang tak sempat. Kerja lagi, tuition lagi, personal la, kereta buat hal, nak prepare for wedding. Memang hazab la.

Yang paling best, tempat yang sepatutnya aku pacak aku punya kanopi kenduri. Tadaaaaaa!!!!!!!!!!




Hah, kalau aku jadi kahwin bulan 3, kat sinilah korang menjamu nasik minyak aku. Harharhar!! Eloklah tu. Elok sangat.

Bukan Sempurna II

Salam readers =)

               Maafkanlah my emotion fluctuation dalam entri cerita nikah kahwin semalam. Bila aku baca balik, mood aku pun jadi bercampur-baur. Jap mood happy, jap mood marah. Faham-faham ajelah kalau dah makhluk yang namanya WANITA. Apapun, entri itu berniat baik. Tegurlah secara berhemah dan pandanglah semua perkara dari sudut positif. Kita bukan maksum. Pasti ada kekurangan di sana sini.
               Anyway, aku nak share satu cerita dengan korang. Kisah yang selalu diulang cerita oleh abah kat aku kalau aku tengan marah-marah kat sesapa. Kalau aku ada cerita kat abah yang aku tengah marah kat sape2 jek, orang tu perangai cambez2 jek, tiap kali tu lah aku akan dengan cerita ni.

               Kisah seorang wali dan seekor anjing. Alkisah, seorang wali Allah yang agak mahsyur di zamannya ketika itu sedang dalam perjalanan ke Masjid untuk solat Subuh. Sedang dia berjalan, ternampak pulak seekor anjing ni tengah duduk rilek-rilek kat tepi jalan. Usai ternampak oleh si wali ni tadi akan anjing yang sedang lepak kat situ, lantas dia menyingkap jubah yang dipakai agak tinggi. Bimbang terkena  anjing tadi la gamaknya. Husnuzon ye sahabat. Mungkin dia bimbang, kalau terkena anjing tu, nak samak bagai, menyusahkan dan melambatkan solat Subuhnya pagi itu. Barangkali.

               Tapi Allah itu Maha Mengetahui. Walau sebesar zarah terbit riak di hati wali agung itu, Allah S.W.T tetap tahu.


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". Al-Baqarah, 2:30.

               Dek kerana wali tadi telah mencapai makam rohani yang tinggi, maka teguran dari Allah tiba saat itu juga (Allah S.W.T takkan membiarkan hamba yang dikasihi dalam kealpaan). Dengan izin Allah, anjing tadi bersuara.
"Tubuhku kering, dan aku tidak melakukan kesalahan apa-apa".
               Hairan jugak wali tadi. Benarkah anjing ini bersuara, atau dia yang masih mamai di pagi hari. Anjing itu berbicara sekali lagi
"Wahai Abu Yazid, andai aku kering tidak mengapa, tapi sekiranya aku basah sekalipun engkau boleh menyucikan tubuhmu dengan air bercampur tanah tujuh kali. Tetapi engkau menyingkap jubahmu dengan kesombongan dan kebencianmu padaku, maka dari apa hendak kau basuh kebencianmu itu? Sedang air dari tujuh lautan tidak dapat menyucikan dirimu."
               Wali tadi cepat-cepat tersedar yang anjing tadi merasa terhina dan dia telah melakukan kesilapan besar. "Wahai anjing, benar katamu. kamu kotor secara lahiriah, tetapi aku kotor secara batiniah. Mahukan engkau berteman denganku dan kita sama2 menyucikan diri kita?". Wali itu cepat2 sedar kekhilafannya dan cuba menebus rasa bersalahnya dengan memohon maaf dari anjing yang kotor itu. Anjing itu lantas berkata "Kamu tidak pantas menjadi sahabatku. Semua orang menghindari aku, tapi semua orang menyambut kedatanganmu. Apabila bertemuku mereka melempari aku dengan batu, tapi menyambutmu bagaikan raja di kalangan mereka. Aku tidak punya sepotong tulang untuk hari esok, tapi kau mempunyai sekarung gandum untuk makanan hari esok." Anjing itu lantas berlalu. Tinggallah wali itu seorang di situ, menangis teresak-esak. Mengenang dosanya kerana tanpa sedar telah menghina sesama makhluk (hanya dalam hati) tanpa sebab yang jelas.
"Ya Allah, andai aku tak layak bersahabat dan berjalan dengan seekor anjing milikMu pun, bagaimana aku dapat bersamaMu yang Maha Agung dan Maha Sempurna?"
               Sahabat, itu cerita wali. Ahli Sufi. Hamba yang dekat dengan Allah. Solatnya beratus rakaat sehari semalam. Kita ini bukan wali. Jauh sekali nabi. Jadi dengan apa kita boleh merasa begitu sempurna? Sehingga kita membuta-tuli menghukum-hakam sana sini. Semua orang jahat. Semua orang jahil. Semua orang masuk neraka.

Sungguh kita ini bodoh!!
Pergi naik haji, kita rasa sempurna.
Solat 5 waktu, kita rasa sempurna.
Pakai jubah, kita rasa sempurna.
Bagi sedekah, kita rasa sempurna.
Puasa sunat, kita rasa sempurna.
Kahwin muda, kita rasa sempurna.

Suci kita ini. Sempurna kita ini. Maka kita layak untuk syurgaNya. Orang lain, biarkan diorang masuk neraka. Sape suruh jahat sangat? Macam tu? Wujudkah kesempurnaan bagi kita? Baik untuk kita, Jahat bagi orang.

Sesungguhnya, hanya disisiNyalah akan segala kesempurnaan itu. Wallahualam.

P/s: Ahli sufi dalam cerita ni ialah Kiyai Abu Yazid Al-Bustami.

Cerita Nikah Kahwin

Assalamualaikum readers =)

Almaklum sahajalah bila umur sudah melepasi 'jubli perak' ni, lebih separuh dah kawan2, ex-classmate, ex-roomate, sepupu-sepapat yang sebaya kita yang dah berumah-tangga. Yang berumah-tangga tu takpe lagi. Yang rezeki terlebih murah, dah beranak-pinak sampai 3, 4 orang tu hape cerita? Hehe. Rezeki masing2. Baguslah kawin cepat2 kan, nanti takdelah mak bapaknye dah ganyut, anak sekolah lagi =)

So, tahun ni ada beberapa pasang lagi kawan aku yang meninggalkan zaman bujang yang tak best ni (ceh, macam aku tau sangat  je kawen tu best ke tak best kan). Dulu-dulu memang cuma mampu cakap tahniah kat fb jelah bila kawan2 bagitau nak kawen. Nak pergi jauh-jauh, takut abah tak kasi. Duit pun takdak. Fuel satu hal, tol lagi nak fikir, nak beli hadiah pun sen tadak. Macam aku ni, junior2 aku time sekolah, mase U, komander Kesatria, pun dah ramai yang melangkah bendul. Sampai hati korang tau. T__T
Diorang ni (kawan-kawan yang kahwin awal), bagi aku sangat sangat sangat bertuah. Dalam pada kawan-kawan still duk terumbang-ambing, dengan segala macam hal yang merencatkan planning diorang untuk menamatkan zaman bujang lebih awal.
Ada yang belum habis study. Terkial-kial lagi nak habiskan Cert, Dip dgn Degree.
Yang dah habis study, sibuk cari kerja.
Yang dah kerja, nak cari kerja yang lagi bagus.
Yang dah ada kerja bagus, nak beli kereta pulak.
Yang dah ada semua di atas, steady girlfren/boyfren pulak tadak,huhu. Dah takde calon, takkan mau kawen sama patung cendana pulak.
Yang dah ada girlfren/boyfren masa belajar lagi best. Elok je habis belajar, putus (macam aku). Wuaaa!!!!
Haaa....Macam-macam masalah la yang menyebabkan tak kawen-kawen ni.

Tapi, bagi mereka2 yang menghadapi masalah2 yang disebutkan di atas, tapi masih berkeputusan nak kahwin (demi mencari keredhaan Allah & elakkan maksiat), salute korang hokkey. Bagus, korang memang bagus.
Senang cakap, bila dah smapai masa yang ditetapkan Allah S.W.T, dengan sendirinya rezeki tu akan datang pada tempat yang betul, keadaan yang sesuai, masa yang tepat. Maka, nikahlah diorang. Itulah yang dinamakan jodoh.


Sebenarnya, kalau betul-betul fokus nak menamatkan zaman bujang, semua masalah ada jalan penyelesaiaannya.
Contohnya, kalau FINANCIAL yang problem, mungkin majlis tu boleh diringkaskan. Buat mana yang penting, utamakan yang wajib. Perhaps tak perlu jemput sampai 2, 3 ribu orang. Cukup saudara-mara dan sahabat handai terdekat sahaja.
P/s: Tips ni tak jalan untuk pompuan macam aku. Semua benda nak. Hehe.
Kalau CALON yang jadi masalah utama, boleh suruh mak abah carikan. No hal punya. Takkanlah mak abah kita sesaja nak pedajal anak dia, carikan yang tak elok. Diorang pun nak yang terbaik untuk anak diorang jugak.
Kalau KERJAYA yang jadi masalah. Yakinlah Allah takkan biarkan kita yang nak cari keredhaanNya, terumbang-ambing, takde rezeki. Banyakkan berdoa mintak dimurahkan rezeki. Sebelum decide nak kahwin ni, aku sendiri pun rasa bimbang sangat (semua benda pun kena uruskan sendiri), bimbang tak cukup masa, tak cukup duit. Tapi korang akan rasa amazed sangat macam mana Allah mempermudahkan urusan korang. Semuanya dengan cara yang tidak disangka-sangka. Yang penting, berniat nak buat benda baik. Selebihnya, Allah akan tolong kita.

Nak ingatkan sangat kawan-kawan yang ada rezeki kahwin awal, selalu ceritakan nikmat dan ketenangan yang korang dapat sesudah berkahwin. Motivate kawan-kawan yang lain supaya diorang pun terbuka pintu hati nak kahwin. Korang pun agak-agaklah. Mentang-mentang suruh cerita, habih semua cerita dalam kain pun nak dibagitaunya. Fokus pada bagaimana perkahwinan tu menyempurnakan hidup korang. Dapat share masalah. Bagaimana perkahwinan dapat mematangkan seseornag itu. Belajar pikul tanggungjawab. Happy dapat share life dengan orang yang kita sayang. Dapat buat banyak2 pahala. Mak bapak pun tak bimbang lagi sebab masing-masing dah ada orang yang jaga. Benda-benda macam ni surely akan inspire kawan-kawan kita untuk cepat-cepat nikah. Tak salah kan berimpian untuk kehidupan yang lebih baik =)
Janganlah kita merasa sempurna sebaik sahaja dah berkahwin. Nak share satu kisah. Ada sahabat yang bertuah, dapat bernikah dengan pilihan hati pada umur yang sangat muda. Mula-mula tumpang happy tengok ke'sweet'an diorang =) Kemudian slow2 nampak perubahan pada si husband ni (si isteri Alhamdulillah, semakin low profile selepas nikah), habis dihentamnya kawan-kawan lain yang masih berkapel. Mula extreme dengan statusnya sebagai 'suami'. Mula merasa diri sempurna menambah list Sunnah yang di'complete'kan. Mula 'share' segala surah & hadis yang mengharamkan bercinta sebelum kahwin, mendekati zina, berdua-duaan, berpandangan lelaki wanita bukan muhrim. Betul semua benda yang dia cakap tu. Siapalah kita nak membenarkan apa yang Allah kata tak boleh. Cuma caranya. MasyaAllah. Tak ada sekelumit perkara positif lagi dalam semua benda yang dipandang. Sampai lirik lagu 'Kalau Berpacaran' pun boleh jadi isu. 
"Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang" 
Terus keluar status, Islam bagi ke pandang-pandang kalau tak kahwin nih? Wah, maksum kau ye. Pandang orang belum kahwin lagi jijik dari anjing. Orang belum berdosa lagi, kau dah neraka kan dia ye. Kalau kita masih boleh faham nasihat penulis lagu tu supaya jangan berlebihan masa bercinta, si suami tak mampu lagi pandang, dengar atau berkata yang baik-baik. Semuanya negatif. Haram. Dosa. Neraka. Pandangan dan kata-katanya jadi sakit. Tak menjaga hati kawan-kawan yang belum ada rezeki melangsungkan rumah tangga. Husnuzon la kawan. Mungkin mereka ada sebab tersendiri kenapa mereka masih belum kahwin. Galakkan mereka. Jangan mengeji. Percayalah, aku tumpang gembira kamu gembira. Malah, aku bangga ada yang seperti kamu, nikah di usia muda. Tapi kamu jijik pada yang berdosa. Maka, bagaimana mungkin kamu menarik mereka keluar dari kemaksiatan itu?
Macam aku dengan B, bila dah habis belajar, dah kerja, dua2 kena kerja extra, extra, super, super hard untuk kumpul duit. Sebab kitorang memang takkan sampai hati nak mintak tolong mama abah kitorang. Diorang pun dah susah. B lagilah, adik dia ramai. So, kami tolong dulu mana yang patut, smpai masa dah agak ready barulah kami berkeputusan nak kahwin ni. Banyak kena fikir. Life after marriage kena fikir jugak. Nanti karang nama je berumah tangga, tapi rumah ke mana, tangga ke mana. Apepun, still rasa rugi kahwin lambat bila tengok anak2 member dah besar2.

Semakin lama usia perhubungan, kita akan semakin tak selesa kalau tak ada ikatan yang sah. Dulu masa B belum habis belajar, aku dah kerja. Sorang di Kemaman, sorang di Shah Alam. Tak ada masalah nak avoid dari berjumpa. Sekarang, dah kerja dekat2, dan running business tuition tu sama2 pulak. Lagilah banyak masa yang kena spend bersama. Nak elok, kawen jelah. Umur pun bukan semakin muda. Bak kata colleague aku (he's got married when he was 21), kalau nak buat benda baik ni, insyaAllah Dia akan bagi kecukupan untuk kita. Tak perlu nak rumitkan benda yang mudah.

Patutnya entri ni, bukan cerita pasal planning kawen aku. Sebabnya, ni kan blog aku, kenalah ada entri khas untuk planning kahwin aku. Wawawawa. Aku nak share wedding kengkawan yang aku dengan B pergi @ tak sempat pergi tahun ni. Nak share diorang punya happiness sebab korang faham2 jelah kan betapa berbunga nya hati orang yang nak nikah ni. Ngee~~~ Sekarang bolehlah aku gagahkan diri pergi wedding kengkawan especially classmate aku time matrikulasi. Kalau tak pergi, maca tak kena jek sebab aku dengan B classmate time matrik dulu. Secara tak langsung, classmate aku classmate B jugakla. Camtulah lebih kurang perkaitannya =)

Nanti slow-slow aku update satu2 wedding2 yang aku pergi dgn B. Lambat sket sebab kononnya nak tunggu empunya diri upload gambar kawen diorang. Meriah sket kalau banyak gambar. Sekali hampeh. Semua bizi honeymoon, gambar kawen pun takmau upload. Huhu~~~ Oklah, orang duk sibuk post Wordless Wednesday, aku pulak sampai sebeban membebel di hari Rabu nih. Ok bye. Selamat hari Rabu ^_^



Muhammad Ammar Faris - 8 months

Assalamualaikum readers,

Introducing my baby - Muhammad Ammar Faris B. Muhamad Hilman. Cucu first tok abah & nek ma. Buah hati, pengarang jantung, intan payung, lepat pisang, pengat ubi, semua dia. Dia sekarang dengan ibunya dekat Puncak Alam. Memang jumpa once in fortnight jer. Memang rindu la. Sekali balik, dah merangkak, lagi dua minggu, pandai menderam macam harimau, lagi dua minggu, dah pandai sebut word2 baru, sampai minggu lepas dah berdiri dah...Haiyoo.

Cakap banyak pun tak guna jugak. Jom enjoyce kechumelan anak gue.


"Ibu, tengoklah Faris tolong ibu kemas rumah!!"

"Jaga2 semua awek kat luar sana, Ammar Faris is coming and you are not resistant to my cuteness."
"Alamak tak buley bukak pintu pulak. Tak jadilah kuar mengurat hari nih."
"Makan time!! Nomnomnomnom!!"
"Jalan time!! Anybody's coming with me? Ok, tolong tolak stroller Faris boleh? =)"
"Yay, dapat baby beluncas baru. Thx abah"
"Faris nak kaler hitam, kasi nampak macho sket!!"
"Haiyaa, saya bukan amoi maaa!!"

"Apa??Ibu nak belikan Faris new train??Yang bunyi PON!!PON!!? Gantikan keretapi yang faris kunyah tu??"

"Betul ni bu?"

"Seriously??"


Source gambar : Tengku Norbaya a.k.a IBU 
Tukang karut    : Tengku Nur Bazilah a.k.a MOMMY 
Watak utama   : MUHAMMAD AMMAR FARIS
Watak tempelan: Mohammad Hilman a.k.a ABAH


Happy Birthday Baby Hoerbiger!!

Ingat lagi masa tu April 2010 kalau tak silap. MD kami masa tu, Mr. Sathick empunya diri telah memanggil beta masuk ke ofis beliau. Cewah, haruslah dramatik kan.

"Do you know you're the youngest employee of Hoerbiger? You're 23 isn't you?"

"Yes Mr. Sathick. I guess I'm the youngest here."

"No. No. I've seen the whole profile, cudn't find anybody below 23. You're the youngest Hoerbiger's employee not just here, but all over the world. You're Hoerbiger's baby!"

Haha. Mati-mati aku ingat pasal ape lah dia panggil aku. Huhu, tu cerita boss lama aku. Selepas tiga tahun, aku pun slow2 menjadi semakin kertu dan mereput dek osteoperosis di Hoerbiger ^__^
Last year, ada machinist baru masuk. 21 tahun. So, Hoerbiger dah ada baby baru nampaknya. Mengapa ini semua harus berlaku? Aku tidak diperlukan lagi, dunia ini sangat kejam!! Ok, over dramatik pulak.

Jelous tak? Haruslah jelous. Budak ni dah mulakan career dia sangat awal. Lagi awal dari aku kot. Maknanya dia ada very2 bright future kat sini (by the time umur dia macam aku, dia dah lagi kaya dari aku, hohoh). Disebabkan nature kerja kami adalah supply & SERVICE, maka opkos la machinist2 ni sumer adalah orang2 yang super duper penting kat sini. Sebagai tanda penghargaan kami, kami celebrate birthday dia yang ke-22 kat ofis, belated pun belated la. Asalkan sambut hokkey!

Opps, lupa nak introduce. This is our Baby. Asyraf ^_^


<Asyraf> Awww, malu pulak saya.
 
<Abg Azli> Kadang2 dua campur dua tak semestinya jadi empat. Tak caya tengok tangan saye nih. Nampak ni, dua, dua, dua puluh dua. V campur V jadi W. Harhar, hape aku merepek nih.

<Chandra> Kalau tak sebab ada degree engineering, mesti saya dah jadi actress kat Bollywood. Boley nyanyi chamak chalo dengan Shah Rukh Khan. Huhu

<Kak Ja> Korang tengok ni, Kak Ja buat magik. Tengok ayam ni elok2. 1..2..3.. Tadaa, sudah masuk perut saye ^_^

<Asyraf> Macam tak cukup lilin je nih. Tak syok tiup nih.
  
Ini semua POYO!!!!

Syyyyhhh....

<Aku> Kalau awak tak nak beli pun takpe. Kalau nak beli tu, BERLEBIH-LEBIHLAH sedikit.

Abg li carik epal jek..Kek bagi orang lain makan. Isk isk isk....

<Boss> Makan2. Dah kenyang, sila sambung buat keje.

Yummy, yummy. Apple Crumbled.
P/s: ok, semua dialog adalah rekaan aku semata-mata. Kui3x....


Banggol Night Town

          Assalamualaikum. Hari Selasa ritu, tertunai dah hajat aku sekian lama nak buat makan-makan sikit untuk bebudak yang belajar kat tempat tuisyen aku tuh. Dah asyik bertangguh-tangguh dari tahun lepas. Hajatnya nak buat makan-makan kecil je di pusat tuisyen. Buat simple-simple. Mee hoon goreng, keropok goreng, air tea o. Best woo, makan ramai-ramai. Tapi susah jugak nak kumpulkan semua serentak, sebab ada hari yang derang takde kelas, masa pun tak sama.

          So, kebetulan ateh dah bukak ABAH'S CORNER di Banggol Night Town dekat bandar Chukai neh, senanglah. Aku bawak je bebudak ni makan kat sini. Sambil melunaskan niat aku tu, boleh jugak bantu bisnes ateh =) Ateh pun baru sebulan lebih start bisnes. Kencang weh ^_^ Ni kira support bisnes anak-beranak lah. Sambil-sambil tu memantapkan aku punya mutual relationship dengan bebudak neh.

         Bebudak ni tak banyak songeh bab-bab makan nih. Derang pun datang sendiri dengan motor memasing. Aku dah warning awal2, yang ada lesen dan dapat permission mak bapak jek buleh datang (kena saman teacher tak tanggung ye).

          Terkilan jugak tak dapat bawak si comels yang kecik-kecik tu. Yela, kitorang pergi pun dah malam. Lepas habis kelas. Keselamatan diorang kat luar ni sape nak jamin ye dak? Esok sekolah pulak tu. Budak-budak yang dah besar ni takde hal. Aku tanya "ok ke balik lewat ni?" Selamba je jawab "balik rumah lepas balik sekolah esok pun takpe". Nasib korang bukan anak haku. Kalo anak haku memang korang tidur luar la jawabnya.

         So, ni lah wajah-wajah kesayangan hamba. Disebabkan diorang ni jarak umur jauh dengan aku, tapi memasing dah besar panjang aku treat diorang macam kawan & adik aku sendiri. Bukan apa, biar diorang selesa belajar & bertanya. Aku zaman belajar dulu pun stress kalau cikgu garang-garang sangat neh =) Tapi disebabkan diorang ni nakalnya agak boleh tahan jugak, kadang2 tak jadi macam adik dah, macam anak pun ada.

Jom, berkenalan dengan my babies ^____^

Gabung 5 meja tu...

Bincang2 nak makan apa. Masakan panas ada, lempeng ada, monster burger ada, western ada. Tempat kosong kat tengah tu reserve utk Cikgu Ilah & Cikgu Hafiz. 

Bunga dua kuntum ni, aku yg angkut datang. Tak dibenarkan naik motor sama jantan =)

Muka2 yg kena paksa karaoke.

Sekian sahaja meeting kita pada hari ini.

Bila makanan mau sampai neh?

Budak2 ni kalau dah sembang, start isu sekolah, dating, lahad datu, politik, macam2 lagi lah. Boleh tahan.

"Adik manis, sapa mau makan lempeng nyior?" Kata abg teh.

Tokey2 kedai. Bergabung, meletop!!


"Terima kasey daun keladi, kalau sudi datanglah lagi" kata tokey kedai.



 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol