Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Gugurnya Para Syuhada - Lahad Datu

Bismillah....

Tak tahu perkataan apa yang paling sesuai untuk gambarkan perasaan rakyat Malaysia saat ini. Semarah-marah kita pada penceroboh durjana tu, marah lagi pada saudara-saudara kita baik yang seagama, sebangsa, satu negara yang biadap mempertikaikan tanggungjawab dan tugas polis dan tentera. Senang mulut bercakap, ringan tangan menaip, mudah menghakam sebab bukan kita yang bergadai nyawa di sana.

Merpertikaikan operasi sulit tentera macam kitalah yang paling arif tentang sistem pertahanan negara. Menyebelahkan parti-parti politik masing2 macam kitalah yang paling kenal pemimpin masing2. Macam kitalah yang tidur sebantal makan sepinggan dengan pemimpin2 tu. Berdebat dalam blog dan fb macam kitalah yang paling arif situasi kejadian. Menyalak sana, menyalak sini. Orang tu main drama, orang ni ada konspirasi.

Bak kata abah, Allah benci pada orang yang bila bersuara seperti 'burung' dan 'himar' (keldai). Burung ni kalau pandai bercakap, dia cuma tiru apa yang orang lain cakap. Dia sendiri pun tak faham. Kalau keldai lagi teruk, tak tahu nak bezakan betul @ salah. Bawa beban berat pun merengek, bawa yang ringan sekalipun tetap merengek.  

Jangan lupa, setiap titis darah yang mengalir itu milik 'abang' dan 'ayah' kita. Daripada menyalak sana-sini, baik ikhlaskan sepotong Al-Fatihah untuk mereka. Cukuplah sekadar diam dan tak payah keluarkan kenyataan-kenyataan biadap tu.

Mereka yang pergi, telah gugur sebagai syuhada. Kita yang tinggal, jangan alpa dan cepat sangat diperbodohkan 'syaitan-syaitan' yang sedang menunggu masa menangguk di air keruh.

Setakat hari ini, ni update yang paling baru tentang OPS DAULAT. [LINK] 

Saya batalkan niat mengupload gambar2 berkaitan yang dah dikumpul berhari2, bagi menghormati mereka2 yang telah terkorban dan keluarga mereka.

P/s: Al-Fatihah wahai wira bangsa. Terketar-ketar tangan menaip T_T

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol