Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Menghitung Hari



               Start pukul 12.01am kelmarin, 08052013, sampailah 12.01am a day before our solemnization 23052013. 15 hari ni lah aku merasa jadi lebih muda dari B. Sekarang B dah 26, aku still lagi dalam golongan jubli perak, hehe. Tapi 15 hari je lah pun. 23hb nanti dah sama umur balik. Macam tulah tiap2 tahun.

LEBIH TUA

                 Dari kecik lagi selalu berimpian nak lelaki yang lebih tua sebagai teman hidup. Supaya dia lebih matang, boleh protect aku, boleh manjakan aku, nasihat aku, aku pun takde hal nak respect dia. Tapi bukan tua sampai 20 tahun macam Siti dengan Dato' k tu. At least 3, 4 tahun pun dah ok.  Kononnyelah. Realitinya, aku asyik tersangkut dengan guy yang same age aje =( Dahlah orang cakap perempuan lagi cepat nampak tua dari lelaki.

                Tapi hakikatnya, dia lebih tua ke, sama umur ke, lebih muda ke, seorang suami tetap seorang suami. Imam tetap imam. Ko tetap kena taat dan respek dia tak kira umur dia berapa pun. Hukum beb. Lainlah kalau dia suruh ko buat benda-benda yang melanggar hukum. Bagi aku umur bukan masalah besar. Sebab aku tengok, bila sama umur camni kami lagi open nak nasihatkan satu sama lain bila nampak our 'significant half' terbuat silap ke, hape ke. Takdelah gugur sangat ego tu bila kena tegur dek orang yang sama umur, ye dak? Kami pun jarang-jarang ada miss communicate in terms of yang sorang ni kurang matang, yang yang sorang lagi terlebih matang. Just nice kata orang. Atau kata aku, tahap 'kegilaan' kitorang lebih kurang jek. Dua-dua gila-gila. Bukan gila ea. Tapi kalau miss communicate sebab berbeza pemahaman, tu terlalu biasa terjadi. Men from Mars, Women from Venus =)

MENGHITUNG HARI
                
               Back to reality, aku dah lama lupakan impian nak bersuamikan lelaki lebih tua tu (bukan kerja aku pun nak tentukan perkara sebegitu). Lagipun dah dapat yang lagi tua ape, 15 hari pun jadilah. Itu tak penting. Yang lebih penting 15 hari dari sekarang, andai diizinkan aku akan bergelar isteri. Tak putus-putus aku berdoa semoga Allah mengurniakan darjat kemuliaan itu pada aku. Tak putus-putus jugak aku berdoa semoga aku mampu menggalas tanggungjawab baru dengan baik. Syukur padaMu yang Allah. Di sebalik segala kekurangan yang ada, yang terlalu banyak untuk dihitung, masih ada insan yang sanggup menerima perempuan ‘buruk’ ini sebagai makmumnya. Fikir-fikirkan balik, ajaib pulak rasanya.

P/s: ma, abah. Angah da nak tawen ^_^
9/5/2013
4.30pm

Abah

               Aku belum pernah menulis dua post dalam satu hari. Entah kenapa hari ni terasa sayu bila sebut abah. Padahal hari-hari jumpa abah. Pandang wajah dia, tak ada kata-kata yang sesuai. Sebenarnya apa yang aku sedang rasa ni? Rasa bahagia membilang hari ke hari pernikahan bercampur-baur dengan rasa sayu nak meninggalkan abah selamanya. Hello, Tengku Nur Bazilah anak En. Azhar, "kau cuma nikah aje, bukan pergi mati".

               Maaf, tapi ini didikan abah pada kami. Bagi dia yang punya 4 anak perempuan, dia sentiasa berlaku adil. Adil pada meletakkan keutamaan pada perkara yang lebih utama, adil dalam memberi keputusan dan adil dalam meletakkan sesuatu di tempat yang sewajarnya. Lelaki ini sentiasa tegas dengan prinsip. Hukum dijunjung, adat dikelek. Banyak menegur, jarang sekali memuji. Jauh sekali dari sesetengah lelaki yang aku kenal. Islam cuma disebut-sebut tatkala poligami yang menjadi isu. Sebenarnya bertopengkan agama, bertuhankan nafsu. Ah, persetan dengan mereka. Abah tidak seperti mereka.

               Waktu kecil, aku selalu tak faham apa abah cakap. 20 tahun lalu, kata abah, "mama mesti taat pada abah!Abah wajib taat pada cik tua!" Tegas. Muktamad. Aku tanya, "sampai bila?" Abah jawab, "sampai mati". TAK ADIL! Kalau mama kena taat dengan abah, abah pun kena taat dengan mama. Fikir aku. Khilaf aku, pemikiran budak setahun jagung (umur tak smpai 7 tahun masa tu). Hari ini, abah masih tidak belot dengan penyataan 20 tahun lalu. "Hari ini, ketaatan kamu pada abah. Usai lafaz akad, ketaatan kamu berpindah pada suami masing-masing. Pada ibu bapa, tinggalkanlah rasa hormat dan kasih sayang. Kalau kamu derhaka pada suami, abahlah akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak".

                Dulu, masa masuk asrama, aku demam rindu. Nak makan nangis, nak tidur nangis, nak pergi sekolah nangis. Tiap-tiap malam beratur dekat 'public phone' depan dewan makan asrama. Mengadu susah senang hidup berdikari. Sudahnya aku keluar dari asrama. Duduk bawah ketiak abah sampai tingkatan 5.

                Bila remaja, masuk kolej sudah punya handphone sendiri. Tiap-tiap hari gayut, update status dengan abah. Makan apa hari ni, sihat ke sakit, belajar apa, jumpa siapa. Kawan-kawan yang datang bilik tanya, ilah tu gayut dengan boyfriend dia ke? Rumet akan bagitau, bukan boyfiend dia, abah dia. Diorang tak tahu, he’s more than a boyfriend. He’s my first love.    

                Masuk universiti sudah pandai ada teman lelaki. Nun jauh seberang laut. Walau tak berjumpa, selalu luang masa lepas rindu. Dengar suara di telefon. Bercakap berjam-jam, buang kredit, buang masa, tak kenal erti jamu langsung. Ulang balik rutin harian aku dengan abah. Update status. Makan apa hari ni, sihat ke sakit, belajar apa, jumpa siapa? Kawan-kawan yang datang bilik tanya, ilah gayut dengan siapa? Rumet akan bagitau, boyfiend dia. Masa untuk cakap dengan abah jadi makin suntuk. Dari tiap-tiap hari, mula jadi selang sehari. Dua, tiga hari sekali. Seminggu sekali. Abah tak tanya kenapa. Tiap kali kol, dia masih akan cakap macam biasa. Ceria dan tanya khabar macam biasa.

                Aku silap. Bukan semua lelaki sama. Bukan semua lelaki akan sayang aku macam abah sayang aku. Bukan semua lelaki akan setia macam abah. Masa tu, masih muda. Kisah cinta tak berkesudahan baik. Tapi, walau macam mana sakit dikecewakan masa tu, aku yakin mesti ada seseorang yang baik untuk aku. Yang akan sayang dan jaga aku macam abah sayang mama. Mesti ada!

               Semenjak dua menjak ini abah makin rapat dengan aku. Semakin dekat tarikh kendurinya, abah jadi makin lain. Tadi abah tanya, angah ada tuisyen malam ni? Takde bah, hari ni kan Jumaat.
Kita pergi gunting rambut kat kedai hari tu lah.
Abah baru je gunting rambut dua minggu lepas. Pergi dengan aku jugak. Tapi hari tu aku pergi dengan abang teh sebab B demam. Malam ni aku cadang nak bawak B pulak. Kalau dia balik kerja lambat, aku pergi berdua aje. Sekarang abah lagi suka suruh anak-anak hantar mana-mana dia nak pergi. Dia akan tumpang. Dia malas nak drive lagi. Dah puas katanya. Dah berpuluh tahun drive. Hantar kami sana-sini. Sekarang, pergilah mana pun abah nak pergi. Bagitau angah. Angah akan bawak abah. Kita pergi sama-sama.

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA

Tauhid

Abah : Apakah tauhid itu?
Anak : Mengesakan Allah.
Abah : Seperti apakah tauhid itu?
Anak : .......... Seperti apa bah?
Abah : Seperti pokok yang akarnya terpasak di bumi dan daunnya di langit. Tak mungkin ada yang bisa  menggoyahkannya.
p/s: Bila nanti sudah ada keluarga sendiri, pasti rindukan tazkirah2 makan dalam abah T_T


Cerita Hari Buruh

Labour Day. Entah mimpi hape bangun-bangun je pergi mandi terus. Biasa hari cuti haruslah tunggu tengahari baru mandi. Oppss!! Owh, my in law punya famili nak datang. Haruslah. Untuk bakal menantu kesayangan, betapa jauh pun diorang tetap datang. Nak bincang pasal anak dara sunti yang sorang nih.

Plan for today, masak yang sedap-sedap untuk diorang. Padahal bukan aku yang masak pun. Aku tukang buat-buat sibuk je pun kat dapur ni. So, pagi-pagi lagi dah angkut mama pergi pasar. Menu for today:-
  • Ikan tongkol masak asam
  • Ikan tongkol singgang
  • Ulam pucuk ubi
  • Sayur kacang panjang goreng
  • Budu & sambal
Pehh. Lauk kampung tu. Best jugak dua-dua famili pun memang selera kampung. Senang sket. Aku still selsema lagi. Dah berapa hari dah. Bagi memastikan kelancaran hari ni, awal-awal sebelum turun dari rumah aku dah telan Piriton 2 bijik. Hamekaw. Nak selsema sangat, padan muka. Memang tak amik pengajaran langsung dari peristiwa hidung berdarah ritu. Selamba bomba je mata aku tak mengantuk pun telan ubat tu.

Dah setel cari barang2 yang kami nak kat pasar, beli buah-buah sket, start tolong atuk & mama masak. Dekat-dekat pukul 4 jugak baru ma dan abah sampai. Lambat sikit dari expected time sebab diorang ada jugak berhenti kejap, solat zohor dan makan tengahari dulu (B nih tak bagitau ke aku dah siap2 masak nih?). Happada B.

Dah jadi macam family gathering pulak sementara tunggu orang Kelantan sampai. Mana tak nye. Hari cuti, semua tak kerja. B, aku, along & abg long dan of kos Ammar Faris yang comel, ateh & abg teh, mama, abah, atuk, nora yang dah besar perutnya (dah 8 bulan lebih). Hah, meriah kau.

Last-last orang ditunggu sampai jugak. Terkezut ma tengok markas Pas yang besar dengan bulan yang besar kat sebelah rumah atuk. Huhu. Sampai je trus hidang nasik. Sebenarnya, orang Kemaman lagi lapar dari orang Krai. Haha. Pukul 4 dah tak makan nasik lagi. Time orang laki bincang detail2 majlis, kami yang pompuan nih duk pot pet pot pet cerita pasal mengundi, pasal pokok bunga, pasal nak beli rumah ke tak lepas kahwin, yang paling best, B sempat hapdate kat ma pasal The Red Warrior menang 3-1 dengan Ayeyawady. Hamboih. Anak beranak fanatik gitu. 

Ma memang minat giler team The Red Warrior. Memang tak dapat lupa la kenangan ma lari depan tv bawak pinggan  nasik bila adik-adik jerit Gollll!!!! Siap tinggal abah makan sorang-sorang kat dapur. Hehe.

Overall, semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Abah dan abah (dah ada dua orang dah abah sekarang) dah pun bincang semua detail majlis. So sekarang tinggal hari langsung aje. Hah? Preparation camne? Hehe, aku cerita entri lain ye.

Preparation kawin aku macam entah hape-hape jek. Bizi kot. Ko yang sebenarnya nak kawen ke tak nak ni?

Oh mama! Saya mau kawin.....
 
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol