Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Abah

               Aku belum pernah menulis dua post dalam satu hari. Entah kenapa hari ni terasa sayu bila sebut abah. Padahal hari-hari jumpa abah. Pandang wajah dia, tak ada kata-kata yang sesuai. Sebenarnya apa yang aku sedang rasa ni? Rasa bahagia membilang hari ke hari pernikahan bercampur-baur dengan rasa sayu nak meninggalkan abah selamanya. Hello, Tengku Nur Bazilah anak En. Azhar, "kau cuma nikah aje, bukan pergi mati".

               Maaf, tapi ini didikan abah pada kami. Bagi dia yang punya 4 anak perempuan, dia sentiasa berlaku adil. Adil pada meletakkan keutamaan pada perkara yang lebih utama, adil dalam memberi keputusan dan adil dalam meletakkan sesuatu di tempat yang sewajarnya. Lelaki ini sentiasa tegas dengan prinsip. Hukum dijunjung, adat dikelek. Banyak menegur, jarang sekali memuji. Jauh sekali dari sesetengah lelaki yang aku kenal. Islam cuma disebut-sebut tatkala poligami yang menjadi isu. Sebenarnya bertopengkan agama, bertuhankan nafsu. Ah, persetan dengan mereka. Abah tidak seperti mereka.

               Waktu kecil, aku selalu tak faham apa abah cakap. 20 tahun lalu, kata abah, "mama mesti taat pada abah!Abah wajib taat pada cik tua!" Tegas. Muktamad. Aku tanya, "sampai bila?" Abah jawab, "sampai mati". TAK ADIL! Kalau mama kena taat dengan abah, abah pun kena taat dengan mama. Fikir aku. Khilaf aku, pemikiran budak setahun jagung (umur tak smpai 7 tahun masa tu). Hari ini, abah masih tidak belot dengan penyataan 20 tahun lalu. "Hari ini, ketaatan kamu pada abah. Usai lafaz akad, ketaatan kamu berpindah pada suami masing-masing. Pada ibu bapa, tinggalkanlah rasa hormat dan kasih sayang. Kalau kamu derhaka pada suami, abahlah akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak".

                Dulu, masa masuk asrama, aku demam rindu. Nak makan nangis, nak tidur nangis, nak pergi sekolah nangis. Tiap-tiap malam beratur dekat 'public phone' depan dewan makan asrama. Mengadu susah senang hidup berdikari. Sudahnya aku keluar dari asrama. Duduk bawah ketiak abah sampai tingkatan 5.

                Bila remaja, masuk kolej sudah punya handphone sendiri. Tiap-tiap hari gayut, update status dengan abah. Makan apa hari ni, sihat ke sakit, belajar apa, jumpa siapa. Kawan-kawan yang datang bilik tanya, ilah tu gayut dengan boyfriend dia ke? Rumet akan bagitau, bukan boyfiend dia, abah dia. Diorang tak tahu, he’s more than a boyfriend. He’s my first love.    

                Masuk universiti sudah pandai ada teman lelaki. Nun jauh seberang laut. Walau tak berjumpa, selalu luang masa lepas rindu. Dengar suara di telefon. Bercakap berjam-jam, buang kredit, buang masa, tak kenal erti jamu langsung. Ulang balik rutin harian aku dengan abah. Update status. Makan apa hari ni, sihat ke sakit, belajar apa, jumpa siapa? Kawan-kawan yang datang bilik tanya, ilah gayut dengan siapa? Rumet akan bagitau, boyfiend dia. Masa untuk cakap dengan abah jadi makin suntuk. Dari tiap-tiap hari, mula jadi selang sehari. Dua, tiga hari sekali. Seminggu sekali. Abah tak tanya kenapa. Tiap kali kol, dia masih akan cakap macam biasa. Ceria dan tanya khabar macam biasa.

                Aku silap. Bukan semua lelaki sama. Bukan semua lelaki akan sayang aku macam abah sayang aku. Bukan semua lelaki akan setia macam abah. Masa tu, masih muda. Kisah cinta tak berkesudahan baik. Tapi, walau macam mana sakit dikecewakan masa tu, aku yakin mesti ada seseorang yang baik untuk aku. Yang akan sayang dan jaga aku macam abah sayang mama. Mesti ada!

               Semenjak dua menjak ini abah makin rapat dengan aku. Semakin dekat tarikh kendurinya, abah jadi makin lain. Tadi abah tanya, angah ada tuisyen malam ni? Takde bah, hari ni kan Jumaat.
Kita pergi gunting rambut kat kedai hari tu lah.
Abah baru je gunting rambut dua minggu lepas. Pergi dengan aku jugak. Tapi hari tu aku pergi dengan abang teh sebab B demam. Malam ni aku cadang nak bawak B pulak. Kalau dia balik kerja lambat, aku pergi berdua aje. Sekarang abah lagi suka suruh anak-anak hantar mana-mana dia nak pergi. Dia akan tumpang. Dia malas nak drive lagi. Dah puas katanya. Dah berpuluh tahun drive. Hantar kami sana-sini. Sekarang, pergilah mana pun abah nak pergi. Bagitau angah. Angah akan bawak abah. Kita pergi sama-sama.

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol