Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Makan Gaji VS Kerja Sendiri


Salam. Entri kali ni, pasal makan gaji VS kerja sendiri. I'm kinda doing both. Makan gaji pun ye, kerja sendiri pun ye. Siang kerja office, malam pulak tuisyen. Penat tak usah kira lah. Tapi aku teruskan jugak walaupun penat dan ada cerita macam mana aku boleh terjebak dengan dua-dua ni.



FRESH GRAD

Pertengahan May 2009 camtulah aku habis stadi. Balik rumah sempat jugak menganggur sebulan. Sepanjang masa tu siang malam aku doa janganlah aku ni jadi beban pada mama & abah. Alhamdulillah, tak sampai sebulan tanam anggur, anggur dah berbuah. Eh, bukan. Ada company call suruh interview.

Cerita interview dalam entri lain k ^___^ Dipendekkan cerita aku dapat kerja tu. Lecturer kat sebuah private college. Aku dalam department Safety yang akan mengajar students diploma subjek Occupational Safety & Health Management System atau ringkasnya OSHMS. Haa, aku belajar OSH dulu masa degree bukan 1 semester, bukan 1 subjek, tapi cuma 1 chapter dalam subjek HR Management.Wahahahah (macam la kelakar sangat).

Aku suka mengajar. Serius beb, aku suka mengajar. Sebab, aku suka bercakap, membebel & yang sama waktu dengannya. Ignore beberapa kerat students2 yang huduh perangai tu, the rest sangat enjoy dengan diorang ni. Umur pun sebaya. So, tak banyak masalah.


Kawan2 yg super best

Jamuan raya 2009

SHEQ Day
Lecturer2 lelaki masa Futsal Tournament

Lecturer2 perempuan masa Futsal Tournament

Dulu semuanya anak dara. Now, mostly da kawen ^____^

Ex-Students yg super best =) windu korang

Bestfriend, mommy to be. Cun tak? Cun tak? She's married to one of our colleague .
Cinta di tempat kerja, huhu~~~


Walaupun aku sangat enjoy mengajar, ada masalah lain pulak. GAJI SECIPUT. Tak tipu woo. aku interview Bangla kat Shell sebelah tu, gaji aku mahal RM200 je dari dia. Baik aku keje petrol station kalo camni. Tak payah sakit kepala marking paper exam.Huhu~~~

Lagi best, elok2 sebulan keje putus cinta pulak. Hahahampeh. Lantak la, dia la yang rugi, kalo tak tiap2 bulan aku blanje makan chicken chop. Hehe~~~

Nak tambah pendapatan, malam aku buat part time mengajar tuition. Gaji aku cukup2 untuk makan hari2 + tambang pergi kerja + beli heels sebulan sekali. Korang jangan pandang serong kat aku, tak pakai heels boleh dapat warning letter ooo. Make up pun wajib, so kenalah spend  duit beli make up, hehe (alasan). Bila buat part time, baru aku dapat hulur sesen dua kat mama & abah =)

Stended la, sebagai fresh grad aku tak pernah berhenti mencari peluang yang lebih baik.



OIL AND GAS

Aku Degree holder in Biology hokkey. Tak pernah terlintas langsung akan masuk industri ni. Aku bajet akan jadi lecturer atau saintis je, hukhuk. Berangan. One of my colleague bagitahu ada position dekat satu company oil & gas yang nak orang perempuan, degree holder + good English. Aku pun hantar resume tanpa berharap. Takde experience kot. Sekali lagi aku dipanggil untuk sesi interview. Kali ni dengan MD company tu. Alhamdulillah sekali lagi aku berjaya. Hebat tak aku? Heheh =P. Offer yang datang ni telah mengaburi mata aku dengan wang ringgit, dan dengan excitednya aku resign jawatan lecturer yang amat aku sayangi tu (mesti ke nak ayat camni?).




2012 Family Day at Swiss Garden, Balok 
Tukang bagi hadiah je ni.
 
Adik2 semangat nak karaoke, kakak2 tumpang sekaki.

Hero2 Hoerbiger

Staff with family & boss


Keluarga kecil Hoerbiger


Compressor training at Hyatt hotel
 
Jamuan raya di office


Orang2 muda bikin sewel


Dari segi income, aku lebih selesa di sini. Bagi aku, lebih relevan aku berada dalam industri, daripada dulu2 aku mengajar tentang industri sedangkan realitinya aku sendiri tak tau industri tu macam mana. Mengajar pasal safety. Aku sendiri tak pernah masuk plant, tak pernah pakai safety boot pun. So ada lack of self confidence kat situ.

Walaupun macam tu, life as lecturer is heavenly enjoyable. Buat kerja sendiri, mengajar ikut style sendiri. Boss memang ada, tapi takde masa nak menyibuk hal kami yang ramai ni. Tak macam office life yang penuh dengan buli-membuli, kutuk-mengutuk, tindas-menindas, fitnah-memfitah, tikam-menikam and all those politics in office. Ngeri tau. Percayalah, mana2 pun korang kerja tak dapat lari dari benda2 camni. So, just adapt dan buat kerja korang je, usah peduli orang.

Masa aku nak masuk kerja sini, aku dah stop buat part time mengajar tuisyen. Sebab aku balik tak tentu masa. Kadang2 pukul 7 baru sampai rumah. Aku penat. Aku pun start as personal tutor. Lagi senang aku gerak sendiri. Jadi boss. Aku yang tentukan masa dan bila aku nak datang mengajar. Lagi masyuk dari kerja dengan orang.

So, the rest is history. Aku mengajar sempat 9 bulan dan aku di company baru dah menjangkau 2 tahun 7 bulan despite all of challenges. Tu lah sedikit sebanyak cerita aku makan gaji. Senang cerita, sepanjang kerjaya aku, aku tak pernah involve dalam bidang yang ada kaitan dengan apa aku belajar masa under graduate dulu. Sobsob T_____T
Dah ini rezeki aku, jalan aku. Allah Maha Mengetahui.



9/10 SUMBER KEKAYAAN

Ogos 2011. Satu malam tu aku temankan abah jumpa dentist. Klinik tu pulak sebelah tempat tuisyen yang aku buat part time dulu. Sementara tunggu abah, aku jalan-jalan kat luar deretan kedai then aku baca 1 notis orang tampal kat tiang luar klinik tu.


Pejabat untuk disewa.
Tingkat atas.
Dilengkapi perabot (kerusi, meja & penghawa dingin) serta partition
Sesuai dijadikan pusat tuisyen (mempunyai 5 kelas & 1 pejabat)
Berminat??
Hubungi K.Ina 017-*******

Aku memang tau sangat2 la pusat tuisyen ni. Aku mengajar sini dulu. Hati dah bunga2. Dulu masa aku buat part time tuisyen rasa sangat jelous dekat ownernya a.k.a boss aku, ngee~~~. Kerja malam aje, muda2 lagi dah ada bisnes sendiri. She was about 25 years old, aku 22 time tu.

Yang bestnye masa tu, everything went well for me. Start masa aku tunjuk iklan pusat tuisyen tu, family dah sebulat suara support aku. Along pun baru dapat keje government, ada buat loan sket so dia pun boleh pinjamkan modal untuk deposit kedai. Mula2 tu poning jugak, manolah eden nak cekau duit bayar deposit kodai neh.

Even aku dapat kunci tu bulan 9 (hujung tahun mana ada orang tuisyen dah), tapi rezeki tak putus2 sebab ada je yang request nak intensive class untuk SPM, PMR, UPSR. Owner kedai pun bermurah hati bagi discount sewa bulan2 tu smpai bulan 12. Manalah aku tak terasa sangat dirahmati.

Bukan takde cabaran nak bisnes sendiri neh. In fact, 3 bulan pertama tu terpaksa cover sewa kedai dengan duit gaji sendiri. Bonus hujung tahun pun aku takde enjoy sangat, standby untuk gaji tutor, utilities + sewa kedai. Tapi aku percaya, kejayaan tu tetap akan datang & tiketnya adalah keringat + air mata. Jadi kenalah tabahkan hati.

Sekarang dah almost setahun 4 bulan aku own this tuition center. Cuma aku yang faham camne seronoknya dapat pegang duit cash banyak2 (pastu byr tu bayar ni, lesap), penatnya buat 2 kerja satu masa, susahnya membahagikan masa, sukarnya nak menetapkan fokus untuk kedua2 kerjaya aku. Orang boleh prejudis dan anggap kita akan lebihkan bisnes sendiri, pastu main2 kat tempat kerja. Kita tak boleh tutup mulut orang. Apa yang mampu, kita sedaya-upaya buktikan mereka silap. Then, diorang akan tutup mulut sendiri tanpa disuruh, heheh~~~

Nanti2 ada masa baru aku upload gambar tempat tuisyen aku wokeh. Aku memang ada niat nak letak satu entri khas untuk Pusat Tuisyen Nurin Nur ^_____^




MAKAN GAJI @ KERJA SENDIRI

Ala, mana2 korang pilih pun tetap ada kelebihan & kekurangannya.

Kalau makan gaji:-
  • Monthly income tetap.
  • Less risk.
  • Masa untuk karier berkembang agak lama (especially kalau byk competition. Lambatlah korang promoted).
  • Masa untuk pendapatan menigkat agak lama (kena tunggu hujung tahun baru naik gaji sket).
  • Kejayaan banyak bergantung pada faktor luaran, seperti kadar pengampuan, pengipasan, penindasan, kesanggupan men'transform'kan diri kepada talam beberapa muka, selain usaha yang jitu, wuwuwu T_____T
Kalau bisnes pulak:-
  • Income ada pasang surut (time kaya kalo tak beringat, alamatnya jahanamlah).
  • Very high risk.
  • Takde perkembangan dalam karier. Nak kembang hapenye? Dah memang kau bos.
  • Rajin kerja banyak duit, malas kerje takde duit.
  • Kejayaan bergantung pada, doa, usaha, usaha & usaha.

Aku belum pernah lagi consider untuk pilih salah satu. Tapi B untuk prefer aku bisnes. Fokus bisnes. Tapi aku sayang dua2.

Pernah dengar cerita 'bakar kapal'? Bakar kapal adalah simbolik bagi keputusan yang tak ada ruang bagi kita untuk berpatah balik. Tariq Bin Ziad pernah mengarahkan tenteranya membakar semua semua kapal perang sebaik menjejakkan kaki di tanah Andalusia.
"Di belakang kita lautan, di depan kita musuh. Kita harus memilih kemenangan atau syahid. Kita tidak akan pulang sebelum mencapai tujuan itu."


Di depan mereka cuma ada dua pilihan, menakluk Andalusia atau mati syahid. Inilah masalah aku yang paling besar. Jujurnya, aku belum bersedia untuk 'bakar kapal'. Haih, berbisnes ni risikonya amat besar. Aku kena mantapkan dulu ilmu aku, banyak belajar lagi then mungkin satu hari, bila dah cukup ilmu di dada, siapa tahu, aku akan 'bakar kapal' juga. InsyaAllah.  


"Sama ada kita menakluk Andalusia, atau gugur sebagai syuhada"
Source: langitilahi


3 comments:

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol