Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Working Mommy VS Staying At Home Mommy


Salam Jumaat semua.
Sebelum baca entri ni, first korang kena baca entri anak cikgu ni dulu supaya korang faham yang I have nothing against working mom nor full time housewife. Both have pros and cons. Terpulang pada diri masing2 untuk menentukan the best choice. At the end of the day, it's your family not ours.
 
Ehsan Pakcik Google

Ehsan Pakcik Google jugak.



          Tapi bagi aku, life aku jauh lebih best masa mama aku belum kerja (masa tu abah masih sihat) berbanding selepas mama kerja (selepas abah jatuh sakit). So, I bet anak2 aku pun nanti mesti prefer aku duk rumah daripada jumpa aku lepas aku balik office. Wah, cepat betul fikir pasal anak ek, kawen pun belum. Since aku & along dah kerja ni, mama dah start duduk rumah balik so korang boleh bayangkan betapa hepinya life kami sekarang. Dah tua2 camni hari2 still boleh makan masakan ibu.

          Even for me myself sekarang dah dalam dilema. Siang aku kerja makan gaji . Malam pulak aku bisnes. I have sacrifice a lot and put so much effort in both. So, aku sayang kedua-duanya. Baca entri ni. Kalau orang tanya, sincerely jauh di sudut hati ni nak sangat jadi full time housewife. Dah memang itu yang disaran agama kan.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
 
“Suami adalah penjaga (pemimpin) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya” (al-Bukhari).
         
Haa. Suami jaga keluarga, isteri jaga rumah tangga. Ada reti? Tapi agak2 sanggup tak mengorbankan monthly income, dan nafsu bershopping aku yang meluap2 tu,huhu~~~ Part ni tak berapa kondifen sket. Hish, apa2 je aku nih. Walaupun aku sendiri belum konfem akan berkerja @ stay at home lepas kawen, tapi aku memang sangat salute ibu2 yang meluangkan sepenuh masa di rumah.

          Pernah tak korang terfikir yang kerjaya surirumah sepenuh masa ni adalah kerjaya yang paling mencabar dalam dunia ni? Memerlukan fokus, ketabahan & kesabaran yang bukan calang2. Manakan tidak, dialah tukang masak, tukang cuci, tukang pergi pasar, makcik dobi, perdana menteri, menteri kewangan, cikgu disiplin, cikgu fardhu ain, driver, guru mengaji, muslimah idol, penyanyi, warden and the list never end. Nak jaga anak2, nak jaga bapaknya lagi satu hal. Huhu~~~


SITUASI I

Rugikah cuma duduk di rumah tanpa membantu suami menambah pendapatan keluarga?

Baru2 ini aku terbaca satu status dari sepupu di FB (sorry takde print screen), dia bercerita tentang betapa bahagianya dia menjadi surirumah sepenuh masa. Tak ada masalah menjaga solat, aurat, malah sangat tenang menjaga anak2 di rumah. Dia tak berpeluang kerja selepas habis belajar sebab ada documentation problem dengan kolej tempat dia belajar dahulu menyebabkan diploma dia seperti tak diiktiraf. Rupanya, di sebalik semua itu Allah ada perancangan lain untuknya. Sekarang saya tengok dia semakin berubah. Dari segi imej, dia semakin busy mencari T-Shirt muslimah, bertudung labuh, bersarung kaki, Alhamdulillah. Masa terluang yang ada digunakan untuk mendalami agama.


SITUASI II

Rugikah wanita berpelajaran tinggi menjadi surirumah sepenuh masa?

Mak sedara aku bertunang sebaik saja tamat diploma di sebuah IPTA. Then, sambung degree. Lepas grad pulak terus nikah. Beliau tak pernah berkerja sampailah sekarang dah beranak tiga. Bukan sedikit kata2 sini yang saya dengar tentang betapa ruginya seorang degree holder cuma duduk di rumah. Kolotnya pemikiran derang2 tu kan. Aku dapat tengok macam mana mak sedara aku tu develop menjadi seorang pengurus rumah tangga yang baik. Sangat baik. Yelah, dia kawen masa umur 23, agak muda. Dulu, masakan dia so, so aje, sekarang dah superb. Life diorang walaupun sederhana (bapak sedara aje yang berkerja) tapi sangat bahagia. nampak cukup serba serbi. Anak2 terurus, pelajaran anak2 tiptop, husband mesti balik dinner kat rumah tiap2 hari, hujung minggu bersantai kat pantai, pendek kata perfect ^____^


SITUASI III

Rugikah wanita menuntut ilmu jika akhirnya akan ke ceruk dapur juga?

Seorang kenalan famili pernah tanya aku.
Dia : "Umur berapa?"
Aku: "20".
Dia :"Bila nak kawen?"
Aku: "Ntah, lambat lagi kot. Calon takde. Blaja lambat lagi habis".
Dia : "Rugi ar perempuan belajar tinggi2. Nanti kawen lambat. Cuba fikir, blaja tinggi2 pastu kawen nanti 
        husben tak bagi keje, rugi je ada degree pun, blaja tinggi langit pun, bla, bla, bla, bla......

Ayat2 beliau yang seterusnya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri aku aje. Malas layan. Hello bro, takde maknanye perkataan rugi tu dalam kamus orang2 yang menuntut ilmu. Boleh bayangkan betapa cetek akal orang yang cakap menuntut ilmu tu buang masa. Jadi jangan buang masa kita berdebat dengan orang jenis camni.  

Saidina Ali R.A pernah berkata,

“Ilmu lebih utama daripada harta, sebab ilmu akan menjaga kamu,sedangkan harta,engkaulah yang harus memeliharanya.”
 
Bayangkan anak2 kita mempunyai ibu2 berkelulusan ijazah kedoktoran, sarjana, doktor falsafah, di atas kertas berkelayakan sebagai jurutera, saintis, malah pensyarah. Agak2nya generasi bijak pandai bagaimana yang akan diasuh oleh ibu2 ini ye?  


SITUASI IV
Andainya suatu hari nanti Allah takdirkan aku dalam golongan yang bertuah, berkhidmat untuk suami dan anak-anak sepenuh masa, agak2 aku jadi macam ni tak?




"Sape suh beranak ramai-ramai?"


Hehe, harap2 tidak. Sebab Allah S.W.T telah mencipta bahu wanita cukup kuat untuk menampung seluruh beban dunia dan isisnya. Wallahualam.

P/s: so, balik rumah nanti jom pakat2 cium tangan, pipi our moms. Peluk dia erat2 dan cakap "mama, I love U" ^_____^

Pekerjaan yg paling banyak mendapat pahala bg perempuan adalah menjadi suri rumah. Pahalanya melebihi segala pekerjaan lain di atas dunia.
#UstAzharIdrus#


2 comments:

  1. hi ila... saya sangat bersetuju yg surirumah ialah pekerjaan yg sgt sgt mulia. in my situation, i think i'm in situation 2. degree holder tapi a housewife.

    ok, i mengaku sebelum jadi housewife, masakan i was like so - so aje. ok lah boleh makan. tapi since bergelar housewife for about 8 months, setiap kali masak my husband akan puji. seriusly. bukan dia nak saje saje ambik hati, tapi i sendiri boleh rasa my cooking is much much better.

    2ndly, anak anak memang terurus. brapa jam tido siang, brapa jam tido malam, brapa bnyk susu diminum, apa yg dimakan, semua nya i monitor.

    3rdly sebelum jadi housewife, my anak slalu demam, sakit perut, angin, selsema n mcm mcm lah. lepas jadi housewife, seriusly memang jarang sakit.

    and bnyk lagi benda yg baik

    TAPI,

    kalau duduk kampung @ luar dari kl, memang mampu kalau si husband aja yg kerja. honestly speaking, kalau dok KL, memang TAK BOLEH nak survive kalau hanya mengharap sorg je keje. lagi lagi kalau anak2 lebih dari 1.

    1st: pampers, susu, barang mandian, baju, medical anak2, semua tu paling paling bajet 500-600 sebulan. kalau masih depend ngan susu formula lagi bnyk belanja.

    2nd: sewa rumah, kreta, bil api, air, astro, tenet, minyak, tol, paling paling semua tu dah 2500-3000.

    3rd: makan n brg2 dapur sebulan paling2 pun 1000.

    so kalau duduk KL, si suami gaji 10000 ke atas, YES dia sorg saja mampu menanggung family. kalau kurg, seriusly, memang tak cukup.

    to conclude, memang hidup anak anak lebih terjamin kalau si ibu ialah seorg housewife. tapi it depends on area mana u duduk. high living cost area, u need both to work. and kalau nak anak2 dpt asuhan yg sempurna, mintak tolong ibu bapa kita (nenek/datuk) untuk menjaga anak2 kita. they are the perfect guardian for our kids kalau compare ngan pengasuh atau nursery.

    ReplyDelete
  2. Yepp, we can't have it all..we win some, we lose some.. That's what we call life =)

    ReplyDelete

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol