Makhluk Apa Ni?

Assalamualaikum mommies.
Pagi semalam masa B balik kerja pukul 7.30 pagi, dia panggil 
"yang, yang, mai jap. Bawak Adam. Abang bawak balik hadiah untuk Dikdam." 
Bersungguhlah aku ni dukung anak bawak keluar pergi car porch. Rupa-rupanya, ada benda dekat seat belakang kereta dia. Mata bulat. Duduk diam aje tak bergerak. Aku tanya, "menatang apa ni bang?"
"Ntah. Ayang tau jalan nak ke Gebeng yang dekat traffic light yang orang tak berhenti tu? Elok je dia duduk betul-betul tengah-tengah jalan. Abang takut kereta langgar, abang amiklah."
"Habis tu abang nak bela ke?"
"Eh, taklah. Abang nak lepas. Tadi pun tolong kutip sebab takut kena langgar je."
Adam nampak macam takut-takut tengok dia. Bila B pegang binatang tu nak tunjuk dekat Adam, dia patuk tangan B. Paruh dia tajam dan kuat, nasib tak luka tangan B. Bila macam tu, B decide bahaya nak bagi Adam main dengan dia. "Ni, kalau patuk tangan Adam, rabak nih. Bahaya. Tak boleh biar Adam main dengan dia." B amik dia letak atas timbunan rumput kering yang B baru potong kat belakang rumah dua tiga hari lepas. 
"Biar dia rehat kat sini. Kalau dia nak terbang lari pun biarlah. Kita dah tolong, tanggungjawab kita dah lepas."
Malamnya, bila abang teh pulak balik kerja (B dah pergi kerja semua, shift malam) ateh bagitau abang teh pasal dia. Abang teh pergi belakang rumah nak tengok. Terkejut kitorang dia tak lari pun, masih ada kat tempat sama B letak pagi tadi. Abang teh bawak masuk dalam rumah. "Angah tau tak apa ni?" aku buat muka blur. Tadi tanya mama, mama cakap burung kepuk. "Anak burung hantu lah ni angah. Nanti dia besar lagi ni, besar macam burung helang tu." Dah tu, nak bela ke? Benda-benda eksotik ni bukan aku tak nak bela, pening nak fikir cara nak jaga tu. Nak lepas camtu je ke, nak bela dalam sangkar ke, nak bagi makan apa. Lainlah kalau arwah abah ada lagi. Abah mesti tau camne nak bela burung hantu ni. Budak kampung. Segala jenis mak nenek diorang pernah bela.
Ateh post dalam FB gambar dia. Dalam group Geng Bandar Chukai Kemaman. Ramai orang cakap ni anak burung hantu. Payah nak dapat. Kalau kami tak nak, ramai orang nak bela. Ish, bila dah ramai orang mintak sayang pulak rasa.
Ni lah si dia yang aku maksudkan. Comel dak?


Aku tak pernah tengok burung hantu live. Since abang teh dengan ateh nak bela, aku ok jek. Tadi kami suap isi ikan dia makan jek. Dia tak pandai terbang betul-betul lagi. Kalau terbang pun rendah aje, pastu langgar dinding rumah. Tak sure pulak kena langgar atau tak. Tapi check badan dia tak ada luka. Hope baby sukalah ye duduk rumah baru ni.
P/s: Kami panggil dia baby.

Update:Baby mati petang Ahad 4hb10 2015. Tak sakit, tak kena apa pun. Mati camtu je (T_T)

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol