Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Bismillah 5

Assalamualaikum.
Macam yang aku cerita semalam, baru ni abah kena heart attack lagi. Jadi hari ni nak share amalan yang simple tapi harapnya berguna di kala kita memerlukan. Bukan apa, selalunya di saat kita kesempitan atau kesakitan selalunya kita tak mampu lagi nak ingat amalan-amalan dan zikir-zikir yang panjang. Jadi baik amalkan yang mudah dan ringkas. Senang nak tolong bila orang lain sakit, senang nak baca bila diri sendiri yang sakit.

Ayat yang paling last dalam Bismillah 5 ni memang amalan aku sejak kecil lagi. Abah yang ajar. Dulu pergi sekolah kayuh basikal. Abah suruh baca 3x setiap kali keluar rumah. InsyaAllah selamat. Tapi aku sebab dah jadi habit, bila pegang je handle basikal, terus baca. Dah terbiasa hari-hari camtu. Sekarang, bila pegang stereng kereta, baca doa naik kenderaan dan terus baca Bismillah 5 ni. Rasa konfiden. Rasa dilindungi.

Abah cakap, abah tak dapat protect anak-anak abah bila korang takde depan mata. Maka ayat-ayat suci ni kan melindungi anak-anak abah. 

Dah alang-alang baca ayat yang last, baik baca kelima-lima Bismillah ni terus. Sebab tak panjang pun. Abah pernah jugak cakap, kalau nak minum air, baca Bismillah yang akhir ni andaikata orang santau makanan atau minuman kita gelas/bekas makanan tu akan pecah. Macam tulah hebatnya Bismillah 5 ni. Ada banyak lagi fadhilatnya, korang tanya ustaz lah ye. Lagipun abah cakap korang ni kalau belajar ilmu baru sibuk je nak tau manfaat dia. Beramalnye malas. Adoiii. Tak ke terkena batang hidung tu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ye.
Bacaan Rumi: “Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim.

P/s: Ya Allah, sembuhkanlah penyakit abah, lanjutkanlah usia ibu dan bapaku dalam keimanan. Rahmatilah mereka Ya Allah, kasihanilah mereka. Sesungguhnya, Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Dugaan Yang Berat

Malam kelmarin kami diduga lagi. Untuk kali yang entah ke berapa kali, abah kena serangan jantung lagi. Kali ni yang paling teruk pernah kami hadapi.

Terus terang waktu itu, saat itu, aku sangat takut. Terlintas di hati, Ya Allah, inikah pengakhirannya? Agak terkesima melihat ketenangan dia di kala diuji dugaan yang maha hebat.

Sekarang semua masih fobia lagi. Takut nak tinggalkan dia seorang. Bimbang serangan kedua dalam masa terdekat. Dia sudah mampu berjalan, tapi harus dibantu. Alhamdulillah, masih mampu bercakap seperti biasa dan ketawa dengan gurauan kami.

Allah, ringankanlah ujianMu pada kami hamba yang lemah.
Berilah ketabahan untuk kami hadapi takdirMu.
Amin.
 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 - Part 2

Wah, wah. Sudah seperti artis lagaknya sebab siap ada entri raya Part 1 & 2. Haha, poyo aje. Biarpun hakikatnya, penat nak dilambakkan semua dalam satu entri pasal raya nih. So, Part 1 adalah cerita raya di Kemaman, dan entri ini khusus untuk raya di kampung sebelah abah, di Pekan, Pahang. Alkisahnya, tahun ni tak berpeluang raya dengan keluarga mertua sebab B bekerja malam raya pertama dan kedua. Sob, sob. Takpe sebab kami ada planning besar untuk raya tahun depan, kalau dipanjangkan umur. InsyaAllah...

Kisahnya masa kami raya di Pekan, raya ke-3 orang tengah sibuk-sibuk dengan match Malaysia VS Barcelona. Jadi, hubby I yang hantu bola tu resah gelisahlah sebab tv kat rumah Ku (atok aku) tak berapa clear sangat. Rumah kampung kan. Pastu tak sure diorang ada channel Astro Sport ke tak. Jadi, kami pun pergilah merayap ke rumah Cek De dengan Ayah De.

Tahun lepas B create storyline, aku nak tumpang mandi umah Cek De. Hape kejadahnye. Dah konfem-konfem umah nenek aku berlambak air, boleh mandi.

This year aku cakap kat B, takpelah B kita pergi beraya umah Cek De. Kita pun belum raya sana lagi. Boleh lah B tengok bola. Aku makan kuih raya.

Last-last, aku yang tengok bola, B main bunga api dengan bebudak.....

Raya ke-4, ni lah aktiviti kami =)


All my men are smokers =(


<B> Mana lembu yang nak dikorbankan tu? Mana? Mana? Mana?

<Abah> Bebudak! Jangan sampai orang tua masuk campur....

<Pok Di> Caranya, ini macam. Ada reti?

<B> Owh, macam tu ke?

<Pok Di> Hah, keje, keje!! Aku ni mandur, tak payah buat keje-keje cenggini.

<Abah> Kalau takde kapak, gergaji pomm bolleh.


Awal Kehamilan.

Assalamualaikum.

For those yang sama macam aku jugak, first time mommy, kena banyak membaca ye. Baca buku, search internet, tanya dekat orang-orang yang dah ada pengalaman.

Aku jumpa dua website ni. Macam sangat useful la for preggy mommy. Banyak info ada.

1) Baby Centre
2) Baby Gaga

Haa, bolehlah try godek-godek cari info kat sini. Macam aku dan B, as soon as dapat tau aku pregnant (kami tau masa bulan Ramadhan) lepas buat UPT sendiri kat rumah. Aku ada cerita kat entri lepas.

Bagi yang tak tau UPT tu apa, dia adalah Urine Pregnancy Test. Paling senang. Boleh beli kat mana-mana farmasi, klinik, macam aku ritu beli kat Guardian pastu test sendiri kat rumah. Camni gambar dia. Seeloknya test waktu pagi, masa hCG tengah tinggi. Sebab masa test tu period belom lambat lagi, tapi gelojoh nak tau, maka line tu pun blur blur aje. Ini adalah biasa.

Dua line tu menunjukkan Positive ye.
Next step adalah berjumpa doktor untuk confirmkan pregnancy tu. Walaupun doktor sendiri guna method yang sama (UPT), tapi khidmat pakar adalah perlu. Dia akan advise bila kita perlu buat follow up kat klinik kerajaan a.k.a buat buku pink, bagi vitamin yang perlu, kaunseling dan scan kalau perlu. Masa kami pergi check, aku baru pregnant beberapa minggu so doktor kata tak perlu scan lagi. Aku pun terpaksa pergi klinik dua kali. Mula -mula negative (yang menampakkan tanda-tanda akan positive). Yang kedua kalinya baru betul-betul positive. Happy sangat.

Bila dah konpom positif, doktor akan start bagi vitamin yang diperlukan untuk baby.

Doktor pun akan advise tempoh pregnancy kita based on 1st day of our last period. So ingat ye, sangat penting untuk tanda period date lepas kahwin. Masa anak dara dulu pun, memang tak miss tanda supaya kita alert kalau period lambat, mungkin kita ada problem. Perempuan kan memang banyak masalah dalaman. Based on 1st day of our last period, jugak doktor boleh tau kita punya due date.

Yang ni aku cerita next entri k. Lepas ni kena masukkan dalam check list adalah:-
Pergi klinik, buat buku pink.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Assalamualaikum.

Masih belum terlambat rasanya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri walaupun dah lebih seminggu beraya. Syawal kan sebulan ye dok? Hehe.

Raya tahun ni la yang paling besh, sebab 1st time titew raye dengan hubby titew. Ko dah kenapa? Sebut hubby je mood gedik datang kan. Ha. Sebenarnya, aku sempat salam pagi raya je dengan B (takde gambar pulak tu. Sob, sob) lepas berjaya memaksa dia pakai baju raya dan samping raya lepas dia balik dari kerja pagi tu. Tulah hakikat raya tahun ni. Walaupun best dapat raya dengan suami, tapi B kerja malam raya.

After salam-salam, mintak maaf terus beghaye kat umah atuk a.k.a nenek aku. Aktiviti kitorang, makan-makan aje then, stop. Aku bawak diri, bagi duit ghaye kat bebudak, B pulak membuta sampai tengahari. So, tak banyak la gambar kenangan aku dengan B tahun ni. Takpelah B, tahun depan kita raya dengan baby wokeh =)

Ayg: Lah, nikan hari raya, memang la kena pakai baju raya. Awatnye muka masam gitu?

Ayg: Ok, sekarang pandang camera sambil senyuk gedik macam ayang.

B: Ateh, muka abg ngah kasi cantek sket. Kalo tak lawo, delete!

B: Meh suap sayang abg meh.

Ayg: Ni suap ke sumbat neh?

Ateh & Abg Teh

Ohemji, mak adik sangat bambam.



Dua makhluk kaler pepel sedang tido. Sorry, lupa rotate gamba.



"Faris taknak raya dah ibu. Faris nak minum susu."


"Banyaknyer duwet raya aku....."


Persamaan yang tidak disengajakan langsung.

Sebab laki i tido, i pun bergambar dengan laki orang lain. Haha.  

Tiga-tiga dah tawen. Dua dah ada anak. Sorang coming soon.

Faris with tok abah and tok ude.

Muka selepas bangun tido. Malam ni nak kena kerja lagi.

Whateva it is, ayg tetap happy raya dengan abang tahun ni =)


Selamat Datang Orang Baru

Menjadi impian semua wanita untuk dimuliakan sebagai seorang isteri dan kemudian menajadi ibu pula. Andai kita antara yang terpilih, jagalah amanah Allah tersebut dengan penuh hikmah dan tanggungjawab.

Alhamdulillah. Sebuah ikatan suci yang sah, bakal menjadi asbab kepada bertambahnya seorang lagi umat Muhammad SAW ke dunia ini.

Doa setiap ibu, tak kira lelaki atau perempuan, semoga anak mereka menjadi sekuntum lagi bunga di taman Syurga yang abadi. Amin.

Check di awal pregnancy. Tak clear sangat pun 2nd line tu.
P/s: Terima kasih Allah.

Working Life???

Assalamualaikum.

Today my boss brought a very interesting issue? 
What is working life to you?
               Kalau aku fikir simple, mudah je nak jawabnye. Aku pergi office dia pun tengah sibuk-sibuk cari file, so aku just nak cut the crap and end the conversation secepat mungkin supaya tak payah nak hadap any awkward moment. Yelah, boss aku Chinese. Kalau aku syarah panjang lebar pasal amanah, fatanah, dosa, pahala, rahmat, kafarah, kalau tak buat kerja ikut gaji yang kita dah makan tiap-tiap bulan, nanti kita kena bakar dalam neraka, anak sakit, kete rosak, pendek kata hidup tak berkat, nanti karang dia cakap hape ke jadahnya.

               Yang sebenarnya, aku ni jenis yang tak pandai nak jawab apa-apa spontaneously. Otak aku mudah cramp. Scumbag brain!! Merapu meraban jadinya. Jadi bila dah balik ke tempat duduk dan fikir-fikirkan balik, I've come out with one conclusion. But sadly, my boss will never get to hear this. Sebab aku tulis kat sini, tak pegi cakap depan muka dia. Nasib kau lah boss.

               Masa boss aku tanya, aku jawab bapak punya cincai. Kerja tu cari makan la. Common sense. Kata aku yang tak berapa confidence. (Nerveous sebenornya. Dah boss aku ni tetiba tanya macam ni, nak pecat aku ke, nak potong gaji aku ke, tak puas hati dengan aku ke?). Jawab colleague aku yang sorang lagi, KERJA tu tanggungjawab. Apa yang susah sangat nak jawab KERJA tu apa? Yang susahnya adalah nak merungkai sebuah soalan yang sangat subjektif, kau nak jawab dalam satu perkataan atau sebaris ayat je. Macam mana tu?

               "Boss, saya ni bekas ahli debat sekolah. Kalau betul boss nak ajak debat, bagi saya 15 minit untuk prepare hujah-hujah saya, pastu kita boleh duduk dalam office boss sampai 5 petang nanti untuk saya bentangkan hujah saya =) Tapi dah boss tanya tiba-tiba je. Mintak maaf, saya surrender."

               Satu lagi rules dalam perkongsian pendapat ni, ialah tak ada pendapat yang betul dan tak ada yang salah. Semua orang bebas keluarkan pendapat. Lainlah kalau kau masuk pertandingan debat anatara sekolah. Kau kena patahkan  hujah lawan. Kau tak boleh main setuju je. Kalah la sekolah kau nanti. Kadang-kadang, kau tak berapa boleh nak hadap sangat jenis manusia-manusia yang senang "butthurt' ni. Bila kita bagi pendapat, pastu kau belum hadam lagi ayat aku, kau dah pangkah. "Owh, tak boleh pakai pandangan kau tu." "Eh, salah macam tu." "Mana boleh fikir macam tu." Walhal, kau tak faham pun input aku tuh. Hello, we are different person ok. You have your thaught and I have mine. Bukan aku ada sebut nama kau pun yang kau nak terasa sangat.

               Ok, back to our issue. Aku pernah keluar makan dengan colleague aku ramai-ramai. Dah kalau nama pun office mate, mestilah keluar makan pun nak cerita isu kerja. Selalunya, officemate aku yang keluar tu semua lelaki, aku sorang je perempuan. Jadi, pendapat diorang selalu lain daripada aku. Tu yang syok tu. Diorang dah macam abang dan adik aku sendiri so diorang no hal nak layan kepala bebal aku ni. Seorang abang ni cakap "teruk mana pun kau kerja, banyak mana pun kau contribute untuk company, orang tetap tak nampak. Orang takkan appreciate". Seorang lagi abang ni jawab "bagi aku, aku tak pernah buat kerja untuk orang nampak". Can't you see my point? Kedua-dua abang tu cakap benda betul.

               Bagi aku pulak, benda ni cukup senang. Kerja adalah amanah. Bagi kita oarang yang ada pegangan agama, lebih mudah. Ada garisan yang cukup jelas sebagai guideline untuk kita membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Tak kiralah apa pun alasan yang diberikan seseorang tu, kerja untuk cari rezeki, kerja untuk memenuhi tanggungjawab, kerja untuk menjaga amanah, kerja untuk memberi satisfaction untuk orang lain, diri sendiri, or our passion towards our job.

                At the end of the day, how far we could go beyond the borderline between what is right and what is wrong, that's what make us different. 

Some people put full efforts for his job. This is PASSION.
Some people love to take credits for his job, even others job. This is PROUD.
Some people always give excuses. This is LAZINESS.
Some people will even sell his pride for money. This is GREEDINESS.
Some people love to fake themselves in front of superior. This is TWO FACE. 
Some people will badmouthing others behind their back. This is BACKSTABBER.
Some people even working after office hour instead of spending precious times with families. This is OBSESSION.
Some people will always ask others to clear their mess. Blame others for their mistakes. This is COWARD.

               Macam aku cakap, kita saja yang kenal diri kita.
    

Masih Belajar

Assalamualaikum =)
Entri pertama usai berubah status. Jadi boleh bayangkanlah tahap kesibukan tu.
Dah settle hal wedding, takde entri pasal majlis pun.
Dah settle hal bertandang, takde entri pasal majlis di rumah mertua jugak.
Dah lepas puasa, takde entri pasal puasa.
Dan sekarang, dah raya ke-6. Pun takde entri pasal raya.

Nantilah. Satu-satu. Walaupun entri tu dan gambar-gambarnya akan jadi entri basi. Sebab blog ni pun tujuan nak memahat kenangan, untuk diri sendiri. Bukan ada follower pun.

Latest update, walaupun dah lebih dua bulan jadi isteri, aku masih belajar. Belajar sesuaikan diri dengan keadaan, belajar lebih matang, belajar bertolak ansur, belajar dahulukan suami dari diri sendiri.
Paling penting, cuba seimbangkan antara menjadi hamba Allah yang baik, anak , isteri, adik, kakak, guru, pekerja, malah sahabat yang baik.
Bukan senang mencari kesempurnaan. Tapi, aku tetap akan terus belajar.

P/s: Tak lama lagi, belajar jadi ibu yang baik pula. Oppss.. For the meantime, tengok dulu pengantin basi dengan bedak yang dah tanggal sebab selsema. Heheh. 

~~Sebenarnya, saya isteri dia~~
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol