Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 - Part 2

Wah, wah. Sudah seperti artis lagaknya sebab siap ada entri raya Part 1 & 2. Haha, poyo aje. Biarpun hakikatnya, penat nak dilambakkan semua dalam satu entri pasal raya nih. So, Part 1 adalah cerita raya di Kemaman, dan entri ini khusus untuk raya di kampung sebelah abah, di Pekan, Pahang. Alkisahnya, tahun ni tak berpeluang raya dengan keluarga mertua sebab B bekerja malam raya pertama dan kedua. Sob, sob. Takpe sebab kami ada planning besar untuk raya tahun depan, kalau dipanjangkan umur. InsyaAllah...

Kisahnya masa kami raya di Pekan, raya ke-3 orang tengah sibuk-sibuk dengan match Malaysia VS Barcelona. Jadi, hubby I yang hantu bola tu resah gelisahlah sebab tv kat rumah Ku (atok aku) tak berapa clear sangat. Rumah kampung kan. Pastu tak sure diorang ada channel Astro Sport ke tak. Jadi, kami pun pergilah merayap ke rumah Cek De dengan Ayah De.

Tahun lepas B create storyline, aku nak tumpang mandi umah Cek De. Hape kejadahnye. Dah konfem-konfem umah nenek aku berlambak air, boleh mandi.

This year aku cakap kat B, takpelah B kita pergi beraya umah Cek De. Kita pun belum raya sana lagi. Boleh lah B tengok bola. Aku makan kuih raya.

Last-last, aku yang tengok bola, B main bunga api dengan bebudak.....

Raya ke-4, ni lah aktiviti kami =)


All my men are smokers =(


<B> Mana lembu yang nak dikorbankan tu? Mana? Mana? Mana?

<Abah> Bebudak! Jangan sampai orang tua masuk campur....

<Pok Di> Caranya, ini macam. Ada reti?

<B> Owh, macam tu ke?

<Pok Di> Hah, keje, keje!! Aku ni mandur, tak payah buat keje-keje cenggini.

<Abah> Kalau takde kapak, gergaji pomm bolleh.


No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol