Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Alhamdulillah, Adam Nak Dapat Adik Baru


Assalamualaikum readers. 

Lamanya tak menulis, rasa janggal pulak. Aku tengok last post, tarikh 29 Ogos. Maknanya sepanjang Sep & Okt aku tak menulis langsung. Sempena last day bulan Oktober ni, biar aku update sikit kenapa aku lama menghilang. Heheh (like people care, dush!) Sebelum aku sambung cerita, ni latest gambar Adam dengan babah dia. Dah besar, rambut pun dah banyak =)

Memang setiap kali jumpa stereng kete, akan melekat camni.

Sebenarnya, masa end of August ritu, aku dapat tau yang aku pregnant with my second child. Alhamdulillah. Thank you Allah. you already blessed me with a beautiful son, now you grant me another one.

 Kalau korang masih ingat, some when around June aku ada post entri adakah-adakah ni. Sebenarnya masa tu aku saspen sebab period dah lambat. Aku pulak memang tak disiplin ambil perancang sebab B dan aku memang planning nak baby 1st dengan 2nd kami rapat sikit.
Ada kawan nak main.

Then, bila buat UPT test, NEGATIVE. Masa tu adam baru 3 bulan. Kegilaan hape ntah, masa tengok single line tu, hati rasa kosong, rasa hampa sangat. Patutnya masa tu aku overjoy, yelah Adam kecil sangat lagi, macam selfish je kalau aku beranak lagi. 

Then, tak lama lepas tu 'kawan baik' aku datang. So, confirm tak preggy. Sama jugak during July, I still have my period. Bila orang tanya aku makan pil apa, dengan konfiden aku jawab "tak makan pape, planning natural je". Aku ingat, my planning tu menjadi sebab period aku memang tetap every month and I count my ovulation day.

Nak jadikan cerita, perancangan Allah mengatasi segala. Ogos, aku tak period. Aku tunggu sampai 3 minggu lewat baru aku buat UPT. Dan hasilnya..........

Sama je macam buat UPT untuk Adam dulu. Kabur-kabur macam ni jugak.
Aku memang konfiden aku mengandung lagi. Aku bagitau B, dia senyum aje. Rezeki la tu. "Abang takut Mat Dodam buli adik dia je yang, dia dahla gemuk, hihi". Ala, entah-entah nanti adik dia lagi debab kalah abang Adam.

As soon as aku dapat tau aku mengandung, my health drop dengan sangat teruk. Same with last time. During 1st trimester, tiap-tiap pagi aku muntah. Siang, kat office aku rasa lesu sangat. Malam, aku start demam sampai pagi esoknya. But this time, lagi mencabar sebab masa preggy with Adam, aku cuma manjakan diri sendiri aje. Now, kena take care diri sendiri, tahan sakit plus Adam dah makin besar. Rutin dia berubah. Dari tidur malam, jadi berjaga malam. Dari behave, dah jadi makin nakal. Tak reti duk diam.

Aku sangat struggle nak survive everyday. Sebab tu takde masa pun nak fikir pasal blogging. Sorry Adam, banyak cerita pasal Adam yang mama missed. Sepanjang 1st trimester ni, mamalah orang yang paling banyak membantu aku. Orang yang paling supportive dan memahami. Mama tolong jagakan Adam siang malam, sampai Adam dah pandai sebut "nenek, nenek" dulu baru pandai sebut "me" @ "ma". Kesian sangat kat Adam.

12.10.13 barulah aku dengan B pergi Klinik Rabiah, scan baby. Doktor cakap baby dah 13 weeks. Dia sihat, cergas sangat aku tengok. Kaki tangan asyik mengayuh jek.


Dah nampak jelas badan & kepala. Size ok, heart beat ok. Due, 17/04/2015.

Aku jugak dapat berita kurang baik masa scan baby tu. Dr. Rabiah cakap ada ovarian cysts dalam ovari aku. Kecil lagi, dalam 2 cm. Ni gambar dia


Yang hitam tu ialah cyst.

Walaupun doktor cakap tak bahaya, tapi rasa takut tu tetap ada. Aku bagitau family thru whatsapp, terus family aku kena panic attack. Aku sendiri pun berdebar sebenarnya, tapi tak putus asa berdoa.
Harap baby tak apa-apa. Amin.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol