Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

5S Di Office


Sejak balik dari bercuti panjang, memang meja ofis aku tak terurus langsung. Stress rindukan anak kat rumah, nak adapt balik dengan rutin berkerja (lama cuti jadi lemau), nak catch up balik apa yang dah tinggal selama 3 bulan, and recently, aku kena berpindah tempat pulak. Demm.

Maka, aku hangkutlah segala tok nenek, khazanah-khazanah dari meja lama ke tempat baru. Ala, meja sebelah je pun. Tapi, kesan daripada perpindahan aku ke tempat baru yakni meja sebelah aku a.k.a meja kerja baru aku ialah, tempat aku menjadi kucar-kacir begini.

Nak berkerja pun takde mood. Efficiency menurun. K, alasan semata.

Keyboard rosak.

Timbunan kertas.

Sudut berkerja pandangan belakang.

Sudut berkerja pandangan serong.

Sudut berkerja pandangan hadapan. Hard file tak susun.

Label printer dengan roti untuk breakfast sekali dengan glue. Gandingan tidak sesuai.

Stationery. Gulp >_<



Dan.....kerja yang bertimbun.


Ish, ish, ish... Macam nilah keadaan aku semenjak pertengahan Ogos yang lalu. Tapi ko mana boleh bagi alasan tak siapkan kerja sebab nak kemas tempat kerja. Nak tak nak terpaksa juga berkerja dalam keadaan serabut ni.

Tapi, sampai bila ko mampu bertahan duduk berkerja di tempat yang persis sarang tikus ni? Sesuatu perlu dilakukan!! Ecece.. So, as soon as aku ada masa terluang sket, sikit-sikit aku kemas tempat aku. Nak buat sekaligus tak boleh, sebab aku tiap-tiap hari banyak kerja sekarang. Assistant aku dah diserap masuk account dept secara kekal, so aku back to normal. bertungkus-lumus setiap hari.

Maka hasilnya.........Tada.....

Dah buang kertas-kertas lama yang tak guna tu.

Pening nak susun sebab bukan semua benda tak guna. Yang kotak-kotak tu sebenarnya mug cenderahati yang ada cop Hoerbiger. Ekslusif tau. Bukan boleh beli kat kedai. Drawer tu pun, tiga-tiga aku kosongkan, buang mana-mana yang tak patut.

Stationery section.
Bekas plastik bulat bertutup tu sebenarnya bekas kuih. Mana-mana barang kecil-kecil yang aku tak sempat nak sisihkan semua masuk situ. Klip kertas, pin, paku softboard, getah gelang pun masuk situ. At least tak semak kat tempat lain.

Susun ala kadar.
Aku susun segala jenis cop, puncher, big stapler kat sebelah label printer tu. Tak taulah brape hari akan kekal berkedudukan macam ni. Takpelah. Yang penting, semua barang yang guna daily ada tempat masing-masing. Tak sepah.


My phone. Label hijau tu no phone HQ kat Singapore.

My work space. Lapang sangat sekarang.

My beautiful boy. Sumber inspirasi. Gambar ni jugak la yang buat tak sabar nak balik petang-petang.

Motivational quote. Benda-benda camni penting sebab kadang-kadang kita akan jumpa orang yang macam nohorom kat office. Err, bukan kadang-kadang, tiap-tiap hari. Pfttt.

File-file dah susun ikut kategori supaya senang nak cari bila nak guna.
And last but not least................


Kerja yang tetap bertimbun but no hal. Meja dah kemas, hati senang, produktiviti bertambah. Huhu.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol