Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Product Review: Mandian Bayi Pureen Yoghurt

Hi, produk review lagi. Cam biasa, bila jumpa produk best mesti nak buat review. So, hari ni nak cerita pasal satu produk yang baru-baru ni je aku cuba tapi terus jatuh hati.
Sebelum-sebelum ni memang mandian anak aku tukar-tukar antara Carrie Junior dengan Pureen, supaya tak boring, hehe. Tapi baru-baru ni masa beli barang-barang keperluan untuk anak-anak ternampaklah pulak produk baru ni. Eh, macam menarik jek warna botol dia.
Baby Yogurt - Head to Toe Wash.
Hah, jangan ingat yoghurt ni boleh makan je, boleh buat mandi sekali tau. Dia ada dua jenis, 1. Peach & Cherry 2. Blackcurrent & Plum. Aku sebat dua-dua sekali, botol besar. Selaluya mandian memang kena beli 2 botol besar untuk kegunaan 2 bilik air kat rumah. Pastu beli lagi satu size mini untuk letak dalam handbag. Yelah, time korag pergi berjalan mna-mana, anak pulak 'berry' bak kata Hanis Zalikha. Pastu bilik air pulak takde sabun, kan haru jadinya nanti. Lagi satu Head to Toe Wash ni memang jadi pilihan aku kalau nak beli mandian anak sebab tak suka beli asing-asing baby bath dan shampoo. Renyah. Ni kan senang, sekali picit sental jek satu badan. Still jimat lagi walaupun beli dua botol camni sebab 2 bulan pakai pun belum tentu habis lagi. Harga sebotol kalau dekat kedai 
Balik rumah, memang tak menyesal beli. Memang wangi dan lembut sangat bau dia. Sesuailah untuk bayi, tapi kadang-kadang mak bayi pun teringin nak guna sebab terlalu wangi. Sekarang ni, kalau anak-anak mandi dengan nenek, diorang akan berbau macam anggur, tapi kalau aku yang mandikan diorang akan berbau manis macam buah cherry. Jadi, cium je anak-anak terus tau hari ni anak-anak mandi dengan siapa. Hiks.
P/s: Gambo tu cilok internet sebab bila dah bukak plastik, dah letak dalam bilik air lain-lain ko dah malas nak ambik semula sebab nak snap gambo. Oh Tuhan, blogger apakah yang pemalas seperti ini.

Kisah Pusara

 
 
SUNWAY LAGOON
Masa aku kecik-kecik dulu, tempat rekreasi yang paling famous sekali ialah Sunway Lagoon. Memang menjadi impian semua yang bergelar budak pada zaman aku tu nak pergi Sunway Lagoon. Kiranya orang tu macam best tahap gabanlah kalau dapat pergi. Yang dah merasa pergi pulak, bukan main bercerita dekat sekolah. Tapi aku dan along haram tak merasa. Kami bukan orang senang sangat. Kereta pun tak ada. Dah apa hal pulak nak pergi jauh-jauh ke KL semata-mata nak main kat Water Theme Park. Dekat Felda Lepar Hilir 1 pun berlambak-lambak 'original' punya theme park. Jeram, sungai, longkang. Sebut jek. Kadang-kadang bila hujan lebat, abah lepaskan kami mandi hujan. Tu pun dah cukup heaven bagi kami.
 
MELAWAT KUBURAN
Walaupun kami tak berkesempatan nak berjalan-jalan dan main kat tempat macam tu, abah tetap memastikan kami dapat peluang jugak beriadah macam anak orang lain. Kami kan kanak-kanak yang baru nak membesar. Rekreasi tu adalah aktiviti yang sangat penting bagi kanak-kanak punya mind development. Tiap-tiap hujung minggu biasanya pagi Sabtu, abah akan bawak kami melawat kubur. Di felda abah orang dagang, tak ada saudara-mara di sana jadi kami akan bertenggek saja di pusara siapa-siapa dan abah akan bacakan surah Yasin. Aku dan along yang tak reti ni akan baca saja apa-apa surah lazim yang kami tau. Biasanya Al-Fatihah. Mudah. Lepas tu abah akan bersihkan kawasan kubur. Kutip sampah, potong dahan-dahan kayu pokok besar yang dah reput, cabut rumput-rumput yang menjalar yang menyemakkan kawasan kubur.
 
'PLAYGROUND' YANG SUNYI

Bagi aku dan along masa tu, kawasan kuburan itulah playground kami. Tempat yang kami sangat familiar. Berkejar-kejar keliling nisan putih yang berceracak, sedikit pun kami tak ada perasaan takut. Dah abah ada. Memanglah tak takut. Cuba kena tinggal situ dua beradik, meraung jugak jawabnya. Harum bunga kemboja putih, bunganya selalu jadi mangsa kami petik. Pokok besar yang rendang  jadi tempat berteduh. Tapi daun-daunnya yang gugur tulah yang buat sepah kawasan kubur. Penghuni-penghuni kubur yang menghuni kawasan itu sekian lama, itulah jiran-jiran kami. Mereka pun dah biasa dengan kami, kenal kami, sebab tulah along dan aku tak pernah disakat sejak kami datang kat situ. Tak pernah lagi demam-demam ke, meracau ke, tersampuk ke lepas balik dari kubur.
 
JUMPA POCONG
Pernah satu ketika, Felda Lepar Hilir 1 heboh pasal hantu pocong. Kononnya ada orang terserempak pocong dekat kawasan kubur. Bukan sorang dua, ramai yang jumpa. Kecoh satu felda. Orang takut nak keluar pagi-pagi nak pergi memotong getah. Lepas Maghrib semua takut nak keluar rumah merayau-rayau, bimbang disakat pocong.
Hujung minggu tu macam biasa walaupun satu felda dah heboh dengan cerita pocong, abah tetap bawak aku dengan along pergi kubur macam biasa. Aku ingat masa naik motor tu, aku pejam mata. Takut ternampak pocong. Tapi masa tu abah bawak motor, aku duduk kat tengah, along yang duduk paling belakang. Aku fikir kalau pocong datang pun mesti dia amik along dulu sebab along duduk belakang. Tapi hari tu, tak ada pape yang pelik pun di kubur. Tak ada pun kami disergah dek pocong. Kami pergi pun masa hari siang. Pagi to be exact. Pocong belum bangun lagi agaknya. Maka kami pun mulakan rutin macam biasa, sedekahkan ayat-ayat suci, bersihkan kubur, merayau-rayau atas kubur.
On the way balik, kami nampak benda yang menakutkan tu. Guess what? Kami nampak pocong!! Elok aje dia terbujur melintang jalan, warna putih. Separuh dalam semak, separuh lagi atas jalan. Ada tali pengikat dekat kepala dengan kaki. Wah, nilah agaknya pocong yang orang kampung jumpa tu. Abah pun turun dari motor, pergi dekat 'pocong' tu. Sampai dekat abah keluarkan pisau, abah hiris kain yang balut pocong tu. Barulah perasan diorang bukan balut dengan kain, tapi plastik tebal warna putih. Dari jauh memang nampak macam kain. Tahu apa ada dalam tu bila abah belah? SAMPAH!! Sesampah otak orang yang buat kerja macam tu. Abah kata tu mungkin kerja Indon yang duduk rumah kongsi ramai-ramai tu. Saje pedajal orang kampung. Nak takutkan orang kampung. Bila orang kampung dah tak merayau malam-malam senanglah diorang nak buat kerja pape kot. Agaknyelah. Tak lama lepas tu, kami takde dengar lagi cerita orang kampung terserempak dengan pocong.

 
NENEK SI TUKANG JAHIT
Abah dan mama ada kenal sorang nenek. Maaf aku lupa namanya, dah lama sangat. Tapi aku panggil dia nenek. Nenek ni pakar menjahit baju kurung moden. Kenapa aku cakap dia pakar? Sebutlah fesyen apa atau gaya macam mana dia mesti boleh buat punya. Nenek ni lah yang jahitkan baju raya kami. Dari baju kurung kain kembang payung, baju kurung kain bertingkat-tingat pastu dia punya tingkat-tingkat tu senget ke tepi, baju kurung kain belah, kebaya, kebarung, baju kurung style ropol-ropol kat dada sampailah ke baju kurung pesak cotton biasa yang kami pakai pergi mengaji. Semua tempah dekat nenek ni. Bila dah besar ni, kalau aku teringatkan nenek, aku mesti terfikir bukan calang-calang skill nenek tu. Tak ramai dah tukang jahit kampung yang boleh jahit baju kurung berbagai pattern camtu melainkan fashion designer yang terlatih. Maybe nenek ni dah memang kerja tukang jahit masa zaman-zaman Saloma, tahun 50-60an dulu. Zaman tu baju diorang kan banyak pesen-pesen pelik. Style pinggang kecik, style peplum gitu.
Sampai masa, nenek ni pun meninggal dunia (Al-fatihah untuk nenek). Kalau dulu kami datang kubur kami akan duduk saja dekat kubur siapa-siapa. Sejak nenek meninggal, kami akan duduk di kubur nenek. Bacakan Yasin di kubur nenek. Tapi kami masih akan bersihkan seluruh kawasan kubur macam biasa. Rutin kami berterusan sampailah akhirnya kami tinggalkan Felda Lepar Hilir 1, Gambang tahun 1995. Masa tu aku Darjah 2.
 
PUSARA ABAH
Sekarang kami dah di Kemaman. Time flies. Aku dah kahwin. Ada dua anak. Along kini mengajar di Puncak Alam jadi dia jarang dapat balik. Abah pun dah tak ada. Kalau dulu abah yang bawak aku dan along pergi tanah perkuburan, sekarang aku pula yang bawak Izzah melawat kubur abah. Kami datang berdua. Petang-petang Jumaat selalu kami datang.  Bila Adam dan Aisya dah besar nanti, dah umur 4, 5 tahun aku pun nak jadikan rutin mingguan kami datang ke kubur abah. Sekali dengan Izzah.
Sesungguhnya kuburan ini banyak mengajar kami. Dulu masa kecil kita tak faham. Bila dah dewasa baru aku faham. Kenapa abah tak bawak kami berjalan-jalan macam ibubapa orang lain. Kenapa kami selalu ke kubur. Kubur ni mendekatkan dengan kematian. Sentiasa mengingatkan kita tentang mati. Mengajar kerendahan hati. Menginsafkan kita dari dosa lampau. Abah nak kami ingat mati.
Aku rindu masa tu. Kami bahagia dalam sederhana. Ada kesyukuran dalam serba kekurangan. Bukan mainan yang mahal-mahal jaminan gembira. Bukan naik kereta besar jaminan gembira.
Naik motor round-round felda, mandi sungai, pergi kubur. Kami happy Kami dididik jadi anak yang berani. Bila datang kubur abah cakap "tengok adik, mana ada hantu. Tengok kita datang kubur tak kena cekik dengan hantu pun". Kuburan ni tempat sunyi. Bila datang, hati pun jadi tenang. Kawasan kubur Kuala Kemaman di tepi pantai, bila datang boleh dengar bunyi ombak menderu. Damailah abah di sana. Cerita ini angah tulis sebab angah rindukan abah. Terlalu rindu. Sehingga sampai satu masa itu, Al-Fatihah untuk arwah abah.
 

 # Alfatihahabah


Genetik

Assalamualaikum mommies.
Pagi ni kami breakfast mee goreng basah. Dan hantu mee goreng, tak lain tak bukan........


ADAM!!!!

Dia sangat suka mee goreng. Tapi style dia makan pun lebih kurang mama dia masa kecik-kecik dulu jugak. Ambil mee tu selai-selai masuk mulut. Sejam baru siap makan. Dulu, aku hisap dulu mee tu bagi tak pedas, baru suapkan Adam. Tapi bimbang pulak Adam nanti tak tahan pedas langsung payah nak bagi makan. Nenek dia cakap, ajarlah makan pedas sikit-sikit kasi berselera. Nanti budak tu tengok makanan warna merah pun takut. So, pagi tadi aku rasa mee tu tak pedas sangat jadi for the first time bagi Adam makan mee sendiri. Aku tak suapkan. Guess what, ralit dia mengutip mee tu. Satu, satu masuk mulut. Geram nengok.

Sedaplah mee ni mama.
 Nak bagi anak makan sendiri ni kenalah tabah tengok mulut comot, lantai bersepah, makanan tumpah. Tak apa, yang penting dia nak mamam. Lantai kotor boleh bersihkan. Makanan tumpah boleh kemaskan. Tapi nikmat tengok satu, satu makanan masuk dalam mulut anak tu, pehhhh. Allah saja yang tau.
Tengah Adam ralit makan tu, aku tinggalkan dia sebab nak bersiap pergi kerja. Tetiba ateh panggil. "Angah!!! Angah!!!" 
Hah, pe dia?
"Tengoklah anak awak ni. Ni confirm anak mama dia."
Aku ingatkan kenapa, rupanya sambil makan Adam asingkan semua taugeh letak dalam pinggan keropok lekor. Kalau dah termasuk mulut pun dia keluarkan balik, asingkan.


Nak gelak pun ada tengok. Aku sendiri dari kecik anti-sayur. Dan sayur yang aku paling benci dalam segala jenis sayur ialah, TAUGEH!! Tapi sekarang aku dah makan. Start dari masuk u, kerana pengaruh kengkawan dan jugak kesedaran diri sendiri, I slowly trained myself to eat vegetables. Sebab sayur banyak vitamin kan. Rugilah aku tak dapat vitamin yang bagus-bagus untuk kulit just sebab cerewet makan. I realized this is surely not good for him. Then, aku pun start bebel kat Adam. 
"Adam kena makan sayur. Sayur bagus. Sayur sedap. Kalau tak makan sayur nanti kulit tak cantik." 
As if budak tu faham you lah kan, dan macamlah dia kisah kulit cantik ke tak. Nenek cakap, tak payah susah-susah nak tanya anak siapa ni? Konfem anak mama dia. Ceh!!
Seronok tengok bila anak-anak naturally terikut-ikut perangai kita. Benda yang kita tak ajar tapi dah memang nak sama jugak dengan kita. Nak buat canner, dah memang darah kita yang mengalir dalam urat saraf dia. Tapi kalau boleh biarlah ikut yang baik-baik. Yang tak elok macam tak suka makan sayur kalau boleh tak nak lah. Aduyai, genetik!

P/S: Ingat pesan abah sehari sebelum arwah meninggal. Dia pesan kat mama "kena selalu bagi Adam makan. Adam nak makan ni. Dia lapar."

#Al-fatihah Abah.

Western Breakfast untuk B

Assalamualaikum mommies.
Baru-baru ni masa kami pergi Mesra Mall, B belikan aku toaster. Yang jenis kapit tu. Dalam banyak-banyak barang yang aku duk pujuk-pujuk dia belikan (vacuum cleaner, steam iron, sofa, meja makan, kitchen cabinet, etc,etc,etc,......), toaster jugak yang B belikan. Kononnya selalu sangat order roti bakar kat kedai. Baik buat sendiri, jimat.
Alkisah bila dah ada toaster ni, B hari-hari mintak nak breakfast roti bakar. Western sangat (tangan di dada, mata ke atas). Tak kisah. Senang je pun tak sampai 5 minit nak prepare. Tapi yang herannya, tak boring ke hari-hari makan ni? Pagi ni breakfast toast lagi.

Ni breakfast B pagi ni.
Aku? 
Aku pagi ni dah baham nasik dingin sepinggan, lauk gulai terung semalam punya. Teh O suam. Tak kuasa aku makan roti bagai. Tak kenyang. 
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol