Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Babyshower Cake

Assalamualaikum mommies.
Entah kenapa untuk my 3rd pregnancy ni, firasat hati kuat mengatakan yang baby ni ialah babygirl. Aku berkenan betul tengok gambar baby girl yang comel-comel, baju-baju baby girl yang ada lace tu, ropol-ropol, headband. Semalam lagilah, tertengok cake untuk baby shower pulak. Ya Rabbi, comel sungguh. tapi yelah kan, baby shower semua ni bukan budaya kita pun. So, memang takkannya nak buat parti-parti pra-kelahiran semua ni. Cuma tulah, berkenan tengok gambar.
Kalau nak beli kek macam ni masa buat kenduri doa selamat pun (yelah, pompuan mengandung ni kan keinginan dia meluap-luap), ada ke yang pandai design kek camni kat Malaysia ni? Kalau ada pun aku rasa kat Kemaman ni takde kot. Kek Secret Recipe tu jelah yang paling kebabom pun kalau ada. Oklah, jom cuci mata. Sumber: FB.
Cuteness overloaded.

 Seksinye lah hai preggy mommy ni pun. Sebab tu aku cakap kek ni luar negara punya. Dekat sini tak tergamak kot nk buat kek 'seksi' macam ni pastu nak kasi tetamu makan. Euwww. Indah dipandang jela.



 Hah, yang ni pulak kek teka jantina bayi. Kalau dapat teka, dapat makan kek. Tak dapat teka, sila balik. Heheh.



I love the colour combination. Nama pun baby pink and baby blue. Memang sesuai warna-warna macam ni untuk bayi. Cute sangat.
 Yang ni kek untuk twin. Kembar sepasang boy n girl.
 Hah, yang ni dah kenapa pulak menonggeng camni?
Hihi, all mother can relate to this. Bila kita dapat rasa baby kasi siku atau tendang-tendang dari dalam perut. Tapi takdelah sampai nampak bentuk tapak kaki camtu. Scary pulak nengoknye.
Camne mommy? Tak rasa teringin ke? Aku tak rasa craving for benda-benda manis pun. Aku cuma suka tengok kek-kek ni. Design dan warna dia. Excited.
Yang gambar budak pompuan comel yang aku cakap awal tadi, ni aku share gambar dia. Lawa sungguh. Sumber: Pun dari FB jugak.





Mata dia......Subhanallah.

2 comments:

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol