Mama Yang Pasrah

Assalamualaikum.
Aku masih di office. Mencuba sedaya upaya menghabiskan sisa-sisa kerja sebelum jadi penganggur terhormat. Yelah, tak sedap kalau tinggalkan bebanan kerja kita kat orang kan. So, mana yang mampu dan sempat aku habiskan, aku akan habiskan. InsyaAllah.
Tengah-tengah syok kerja, cousin aku hantar gambar ikut whatsapp.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hamekaw. Sampai satu tin susu dicurahnya. Tin susu ni aku baru je bukak semalam. Baru 2 kali bancuh rasanya. Hish, ada  aku breastfeed balik budak Adam ni karang. Hihihi. Tapi seram pulak tengok gigi dah full set, menyeringai macam tu.
Yang ni belum kira dahsyat lagi tau. Kalau Aisya, for sure dia dah berenang dalam susu ni. Dialah yang paling pantang tengok benda-benda tumpah. Kalau makanan, laju je nak kutip masuk mulut. Kalau air pulak, laju je nak berenang. Tak kiralah air masak ke, air sirap ke, air milo ke. Bantai jek. Sabo jelah mama.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol