Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Aidiladha



Hari Raya Haji

          Salam Aidiladha....Bila smpai musim Raya Haji, automatik benda2 ni kita pk dlm kepala kan (or at least dalam kepala saya la).
     
    Semoga Allah bagi rezeki lebih utk kita jejakkan kaki di sini.
    Credit pic islamicwallpaper4u

    Haiwan ternakan yg bakal masuk perut kita 
    
    Rendang nenek kita  
Kecik-kecik Dulu

          Entah kenapa, sejak kecik (saya sering beraya di Terengganu) memang kemeriahannya kurang terasa pd Raya Aidiladha kalau bandingkan dgn Raya Aidilfitri. Fikir-fikir balik, logik la budak2 xseronok time raya haji sbb xde collection duit raya. Mama pun biasa belikan baju baru time raya aidilfitri, so raya haji kna pkai blk baju tu =) Tapi bukan tu aje sebab xseronok.

              Memang dari dulu lagi orang2 tua dlm kampung slalu mention yg raya haji ni raya org2 tua bukan raya budak2.....Laa, camtu pulak...Since saya still budak2 dah tertanam dalam kepala yg raya haji ni xmeriah sbb raya haji utk orang tua2 aje =)


Persepsi

           Tak salah rasanya kita biarkan kanak2 turut berkongsi kemeriahan raya haji ni. Sambil2 tu selitkanlah cerita Nabi Ibrahim a.s yg sanggup korbankan anaknya kerana taat perintah Allah. Make sure anak2 kita faham kenapa org yang mampu patut mengerjakan ibadah Qurban, berkongsi rezeki, memberi org susah makan di hari mulia ni.

           Didik mereka melakukan pengorbanan setiap hari. Mengorbankan haiwan ternakan adalah simbolik bg pengertian korban yg sebenar. Berkorban keinginan , harta benda, nafsu, tenaga, masa, bertolak ansur, zuhud agar kita dipandang Allah. Menjadi hamba yg dekat padaNya. Wallahualam. Salam Aidiladha 1433H.



No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol