Aku bukan peminat gadjet. Jujur dan tulus dari hati. Tipulah kalau cakap tak ada keinginan langsung kalau tengok design baru yang lawa-lawa dan canggih manggih ni. Tapi keinginan tinggal keinginan aje. Untuk ikut perkembangan semasa dan sentiasa dapatkan latest gadjet memang tak terkejar rasanya.
Kurang kemampuan tu satu hal, nanti kalau tak fully utilise gadjet tu tak ke membazir pulak dah beli mahal-mahal? Yelah, aku tau guna phone ni untuk sms dgn call aje. Tu pun aku jenis yang malas nak taip, so aku call aje senang (membebel panjang lebar kat blog ni rajin pulak ko taip ye Bajilah).
Seingat aku, last aku beli phone adalah Nokia N70 tahun 2008. 4 tahun pakai phone tu sebelum dia hilang. Since then, asyik copet phone mama aje. Tak pernah beli baru.
Sekarang ni satu-satunya gadjet aku ada Ipad 3 je. Tu pun orang bagi free. Kalau tak jangan harapla aku nak perabih 1k ++ untuk benda alah tu. Akhirnya, Ipad tu aku guna untuk amek gambo (sebab aku takde kamera. Kamera aku dah selamat aku rendam dalam air laut masa Swimathon Kapas-Marang 2009) dan main Castleville aje. Yang tak bestnye guna Ipad untuk snap gmbo adalah Ipad ni berat dan renyah nak bawa ke sana sini sebab besar gedabak. Susah tau.
Sejak pregnant, sebab nak mengelak dari beli kamera yang riban-riban, aku mula pertimbangkan dengan serius nak beli henfon baru yang ada kamera. Aku nak snap gambar anak banyak-banyak. Kalau boleh takmau ada special momen yang terlepas. Sebelum Adam lahir, aku dengan B beli Note II sebiji sorang. Aku warna putih, B warna kelabu. Ni fon pertama aku beli lepas 6 tahun. Dasat tak?
Hari ni umur Adam baru sebulan lebih, tapi gambar dia dah ada beratus keping dalam phone ni. Thanks to mama punya Ipad dan Note II kan Adam =)
Tengok, pandai edit gambar lagi tau. Ecece. |