Baby Buat Saspens


Ada cerita best masa nak lahirkan Adam hari tu. Best pun iye. Malu pun iye. Kisahnya, lebih kurang 5 atau 6 hari sebelum due. Tak ada pape yang pelik pun awalnya. Cuma pagi tu ateh ajak kua. Dah bagitau dia cakap tak larat nak jalan-jalan dah. Dah sarat sangat. Ateh pujuk-pujuk jugak. Dia cakap kejap je. "Ala, angah ikut je la. Tak yah turun takpe. Duduk je dalam kereta".

Sekali, dia angkut aku pergi bandar, cari buku untuk bebudak baru masuk tuition. Pusing-puzing survey semua kedai perabot yang ada kat area Chukai ni, pergi kedai borong (siap hempas tin laici yang besar atas kaki aku), last skali masuk kedai perabot bundle. Banyakla dia punya sekejap. Aku pulak, tak ada satu tempat pun yang kitorang pergi tu aku tunggu dalam kereta. Pehal pulak? Aku bukan tak boleh jalan.

Balik rumah, ateh ajak abah pulak pergi kedai perabot. Sebab tadi dia ada berkenan peti sejuk, soft leather settee dengan coffee table tapi tak kondifen nak beli. Jadi nak tunjuk dekat abah dulu. Sekali lagi diorang angkut aku. Aku bagitau tak larat, abah pun bagi ayat yang sama macam ateh. "Angah duk dalam kereta je. Tak payah turun. Bahaya duk rumah sorang-sorang." At last, ikut jugak. Dan berjaya jgk ateh angkut tiga-tiga barang yang dia nak tadi. Bravo!!

Keletihan yang amat sangat, petang tu aku tido aje dan terjaga bila waktu Maghrib hampir habis. Tiba-tiba rasa sakit kat bawah perut. Wah, nak bersalin dah ke ni? Kalau dengar dari cerita orang sepatutnya sakit sikit-sikit dulu, baru sakit banyak. Ni apehal sakit sangat ni? Mungkin sebab byk jalan sangat kot. Aku cuba sedapkan hati dan pergi mandi dulu mana tau kot-kot sakit tu hilang.

Nak dijadikan cerita, rasa sakit tu tak hilang-hilang. In fact, rasa sakit tu makin teruk plus dengan sakit belakang, sakit pinggang dengan sakit bukulali yang ateh terhempas tin laici siang tadi. Aku bagitau abah. Abah cakap, betullah tu. Nak bersalin dah kamu ni. Masalahnye tanda pun takde. Tak ada darah, air pun tak pecah lagi. Tapi, kalau betul aku dah nak bersalin kenalah buat persediaan dulu. Aku pun ke dapur, senduk nasik, lantak sampai habis sepinggan. Dalam sakit-sakit tu. Yelah, nenek aku pesan bila dah sakit makan nasik dulu kenyang-kenyang. Baru ada tenaga nak push push nanti. Hihihi.


To be cont.......

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol