Happy 40 days abah dan Adam =) |
Hari ke-40 berpantang, Alhamdulillah. Sempena merdeka yang hampir tiba ni, aku nak buat throwback kisah 40 hari yang lalu. Hari bersejarah masa aku naik pangkat dari isteri orang, jadi mama orang pulak.
Seperti yang tertulis dalam buku appointment, 10 Mac awal-awal pagi dah gerak. Aku berdua dengan B aje. Kali ni tak kelam kabut macam tempoh hari sebab tak ada sakit pape. Barang-barang macam beg ibu, beg baby, dah siap 2, 3 minggu sebelumnya. Barang-barang kemas pun dah tanggal siap-siap bagi mama pegang.
Kami sampai di Hospital Pakar Muip lebih kurang 9 pagi. Dr. Ayu check jalan dan masa tu dah bukak 3cm. Doc bagitau since aku tak sakit lagi dia nak pecahkan air ketuban dulu, pastu aku kena masuk wad. Lepas zuhur baru masuk labour room dan masukkan ubat. Aku masa tu dah macam ikut suka hati doc la. Asalkan semua selamat sudah.
Masa air ketuban dipecahkan aku tak rasa sakit pun. Lepas tu aku dipakaikan lampin, kena salin baju hospital yang kaler pink tu dan naik wheelchair nak pergi ke wad. Pengalaman baru bagi aku pakai lampin orang dewasa ni. Punyalah tak selesa. Dekat wad aku just rehat dan call famili bagitau latest info. Mesej mama, mintak ampunkan salah silap, halalkan setiap titis air susu yang aku minum. Paling penting, mintak ampun dengan B kalau ada kekurangan sepanjang kami bersama.
Lepas lunch, mula rasa sakit sikit-sikit. Lepas Zuhur, mula rasa sakit kuat. Nak jalan pun dah tak larat. Masa tulah nurse datang dengan wheelchair nak bawa aku ke labour room. Sempat capai botol air yang ada air selusuh tu. Tu aje yang aku bawak dengan aku. Dekat labour room pulak lepas diorang pasangkan alat CTG tu, ada nurse bagitau abang lama lagi aku dekat situ. Kalau belum makan, better pergi lunch dulu.
B pegang tangan aku, bagitau dia nak pergi makan dulu, solat Hajat untuk aku, nanti abang datang balik. Lepas B keluar, nurse datang cucuk ubat tahan sakit kat punggung, pastu padamkan lampu.
Aku pun tertidur.
To be cont......
No comments:
Post a Comment