Sambungan from this entri.
Malam tu kami gerak Ke Al-Farabi dengan 3 buah kereta. Abah, mama dan Izzah satu kereta, ateh dan abg teh, aku dan B. Hamekaw. Rombongan Cik Kiah terus. Sepanjang perjalanan lebih kurang 1 jam ke Kuantan, aku asyik pesan kat B kalau nampak jalan bumping especially area Sg. Ular tu tolonglah tekan brek. Sebab pinggang aku rasa sakit giler. Masa tu aku pun dah tak ingat berapa ratus kali aku baca doa Nabi Yunus dalam kereta tu. Mungkin beribu. Sampai aku tak sembang langsung dengan B sampailah ke Kuantan.
Di Al-Farabi, aku kena buat CTG test untuk check jantung baby. Bacaan agak tinggi la sebab aku tengah sakit masa tu. Tapi jalan baru bukak 2cm. Doktor decide supaya aku masuk wad dulu sebab diorang bimbang aku duduk Kemaman. Agak jauh jugak andai kata aku betul-betul kena bersalin malam tu. Kalau jalan dah bukak 3cm memang kena bersalin malm tu jugak.
Bermalamlah aku di wad malam tu. B, mama dengan atuk temankan aku. Nasib baik aku amik bilik yang takyah share. Absh dah balik dulu. Esok Izzah nak pegi skool. Lepas aku dah masuk bilik, ude pulak sampai satu famili. Alahai.. Aku belum confirm lagi nak beranak ni. Punyalah ramai datang melawat. Umi pun ingat aku akan bersalin malam tu sebab umi dulu pun warded masa jalan baru 2cm.
Esoknya, pukul 6 pagi diorang buat CTG sekali lagi. Jalan masih lagi 2cm, takde perubahan. CTG pulak dah normal balik sebab baby dah relax semula. Doktor pun discharge aku dan suruh aku ikut appointment sebelum ni. Due date 11 Mar, tapi aku kena datang 10 Mar sebab Dr. Ayu (doktor yang incharge sebelum ni) takmau lebih dari due. Dia nak induce.
Jadi, macam tulah ceritanya. Adam mamang takmau kua lagi masa tu, dan rasa sakit tu mungkin datang dek kerana banyak sangat berjalan semalam. Lepas B setelkan bil klinik, kami pun balik. Segan sangat tau. Punyalah ramai yang datang hantar. Sampai tiga buah kereta, sekali belum sampai masa lagi. Mintak maaf la semua. Saya ni mengandungkan anak sulung. Tak tau sakit nak melahirkan tu camne rasanya. Tapi, diizinkan Allah aku akan rasa jugak. I'll tell in next entry. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment