This week, penjaga Adam a.k.a aki dan nenek nak balik kampung. Huwaa. Since arwah cekde baru meninggal, abah dan mama kenalah selalu-selalu balik kampung untuk jenguk-jenguk famili arwah. This has leave us with big question mark, SAPE PULAK NAK JAGA ADAM?
Ada 2 options kat sini:-
1. Bagi je mama bawak Adam balik kampung.
Pros: Tak perlulah aku beria nak apply cuti esok.
Cons: Aku akan terpaksa balik kampung jugak weekend ni. Habis kerja Jumaat tu, terus chow balik Pekan. Kalau tak maunye 2 hari jugak aku tak jumpa Adam. Jumaat dan Sabtu. Aku dahlah belum tanya B lagi (dia kerja chemical plant tak boleh bawak phone). Buatnya aku bagi mama bawak Adam, pastu B marah aku pasal tak mintak izin. Tak ke kesian kat aku?
2. Aku apply cuti esok. Jaga Adam.
Pros: Settle semua masalah. Dah tentu-tentu Adam dalam jagaan terbaik. Mihmihmih.
Cons: Buruklah rekod aku kat tempat kerja pasal masa arwah cekde buat operation ritu aku dah amek EL. Pastu masa hari dia meninggal aku keluar ofis kol 3 ptg. Hah, ni nak amek EL lagi? Carik pasal? Sebulan berapa ratus kali ko nak cuti? Ko hengat ini company abah kau?
Haih buntu, buntu. At last petang tu B kol. Terus tanya dia camne ni? "Nak bagi mama bawak adam balik kampung ke? Ayang tak confident dapat cuti last-last minute camni." Sekali dengan kondifen aje B jawab,
TAKPE, ABANG CUTI. ABANG JAGAWahhh..Betulkah apa aku dengar ni? Terus beribu persoalan menerjah fikiranku (ayat novel Alaf 21). Abang boleh ke jaga Adam? Abis tu kalau Adam lapar susu? Pampers penuh? Meragam? Berak? Hidung tersumbat?
Aku satu part je yang aku konfiden dengan B. Bab memujuk. Adam kalau tengah menangis, nampak je abahnye mesti terus senyum. Pastu hulur tangan nak pergi kat abah. Pastu mama hulur tangan, peluk abah, buat muka sombong dengan mama. Hampeh punya anak. Berani kau ya? Tapi tulah, B memang pandai memujuk. Bukan anaknye aje, maknye pun cair sekali. Hahah, mereng.
Akhirnya kami memilih option ke-3. Mama tak bawak adam balik kampung, aku pun tak jadi apply leave, sebaliknya B yang akan jaga baby kami. For the veghy fes taim I tell uollzz. Berdebar jugak. Adam pulak tak berapa nak sihat hari tu. Selsema. Tapi takkanlah B nak biar pape jadi kat anak dia. Tu kan anak dia. Heheh.
Tengoklah muka ceria Adam nak kena tinggal pagi tu. Perhatikan jugak hidung yang berkerak dek selsema. Ni masa baru bangun tidur.
|
So, the rest is history. Dengan berat hatinya aku tinggalkan Adam dan pergi kerja jugak pagi tu. Tapi sebelum tu aku dah mandikan dia siap-siap, pakai baju lawa-lawa, wangi-wangi, bancuh susu agak-agak cukup sampai aku balik tengahari nanti dan remind B cara-cara nak bancuh susu sebanyak 417 kali, in case dia lupa, letak barang mainan dia setempat.
Pendek kata, segala macam tok nenek yang akan memudahkan abahnya jaga Adam nanti. Luckily, Adam dah poopoo awal-awal pagi pukul 5am camtu. So, tak payahlah nak bimbang camne abahnye nak basuh berak anaknye.
Tengok. Betapa ceria dua beranak ni. Siap senyum pastu hulur tangan nak ikot aku lagi. Pesanan penaja: "ayang balik cepat sikit tau". Heheh. Tau cuak. |
B cakap dah 3 jam dia dukung Adam. Dia marah kalau letak. Kalau dukung baru ok. B cakap abang basuh botol, bancuh susu sebelah tangan tau. Heheh, baru kau tau erti penyesalan. Immediately, aku bukak pampers dia, mandikan Adam (sebenarnya, Adam cepat rimas kalau tengahari. Nenek dia biasa mandikan dia 4x sehari), cuci hidung bersih-bersih, clearkan hingus-hingus semua, susukan dia, terus dia tidur.
Tergamam B tengok kehandalan aku handle anak dia. Heheh. Adam tidur sampai aku nak masuk office balik, dalam pukul 3 petang. so, repeat balik step tadi. Mandikan Adam, make sure hidung dia tak clogged dengan kerak-kerak hingus dia tu (kalau dia susah nak bernafas, mesti dia mengamuk), susukan dan tidurkan dia.
Pukul 3 petang. Sebelum aku masuk ofis. Dah lena sekali lagi. P/s: abaikan settee yang uzur keadaannya tuh. Huhu. |
Itulah ceritanya kami hari tu. Masa aku balik petang tu B cakap Adam tidur lena sampai pukul 5 petang. Means lepas dia bangun sekejap aku pun balik rumah. Overall, aku rasa takdelah teruk sangat B jaga anak, Alhamdulillah bolehlah diharap jugak laki aku ni. Walaupun tak pandai tapi ada effort nak tolong =)
By the way, compared to me B lagi pandai pujuk adam kalau tengah meragam. Tengah-tengah nangis, nampak abahnye terus diam. Tengah main-main dengan mama, nampak abah terus senyum. Plus, they quite close together walaupun jarang jumpa sebab abah dia kerja 12 hours shift.
Tak caye? Tengok ni, siap main candy crush sama-sama lagi.
Bukan kaler kuninglah abah, adik kata yang kaler hijau ni! |
Orang suruh jaga anak sekejap, dia ajak anak main candy crush pulak.
Yes mama. Any problem with that??? |
No comments:
Post a Comment