Teringat satu ketika
(masa aku umur 10 tahun rasanya), abah bawa kami makan roti canai di warung dalam kampung.
Sementara tunggu roti canai siap abah duduk bersembang dengan sorang anak muda, Cikgu
Azri namanya. Memandangkan kami tinggal di kampung, pekerjaan cikgu masih dikira agak ‘rare’
pada zaman tu. Ya, memang ada ramai anak muda yang jadi cikgu tapi itu bukan
sesuatu yang ‘common’ di kampung. Kebanyakan anak muda masih membuat kerja-kerja
kampung. Yang ada ijazah pun berapa keratlah sangat. Cikgu Azri ni boleh dikira
antara golongan terpelajar di kampung kami.
Adatlah orang yang
berpelajaran, adabnya tinggi. Muzakarahnya pun berisi. Lepas satu topik, satu
topik mereka kupas sambil-sambil menikmati roti canai. Mula-mula cerita yang lebih
santai, berkenalan, tanya tentang keluarga sehinggalah ke isu yang lebih
serius. Cikgu muda mula bertanya pada abah;
Bagi abang Har, apa yang paling berharga dalam hidup ni?
“Kalau abang tanya soalan yang sama?
Bagi kamu apa yang paling berharga dalam hidup ni?”
PENGALAMAN. Ringkas dan tegas tutur cikgu Azri. Bagi saya pengalamanlah yang
paling berharga. Itu yang paling mahal, yang tak boleh dijual beli dan tak
boleh dirampas orang daripada saya. Abah senyum. Abang Har pulak? Cikgu Azri
ulang soalannya, kurang sabar. Bagi abang, SAHABAT. Tanpa sahabat, dari mana
datangnya pengalaman?
Mereka ketawa kecil.
Sama-sama faham, sama-sama hadam. Muka cikgu Azri ceria betul malam itu.
Seolah-olah kenyang dengan pengisian ilmiah malam tu, bukan sebab perut terisi
roti canai. Sebelum pulang, cikgu muda berjabat tangan dengan abah.
Seronok sembang dengan abang Har. Abang grad U mana?
Abah senyum saja. Tak
masuk U pun. Sekolah pun tak habis. Kami pulang ke rumah meninggalkan cikgu
Azri yang masih senyum malu-malu. Katanya yang paling berharga adalah
pengalaman. Pengalaman tidak semestinya datang dari sekolah atau universiti kan.
Pic source |
P/s: Bak kata Malique, Ijazah
terbaik itu datangnya dari jalanan.
No comments:
Post a Comment