Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Selamat Jalan Cekde, Kami Akan Merinduimu


2 hari lepas, 13 Ogos 2014 kami kehilangan cekde yang disayangi yang telah pulang ke rahmatullah akibat komplikasi jantung. Pembedahan menukar injap dan 'cardiac bypass' yang dilakukan oleh doktor pakar telah gagal lalu insan yang kami sayangi ini pulang kepada Penciptanya.

Pada 12 Ogos 2014 sebaik tabung darah mencukupi, pembedahan telah dijalankan. Aku ambil cuti dan sama-sama temankan adik beradik aku (anak-anak cekde) harungi saat-saat getir ini. Pukul 6.30 petang kami dapat berita yang kurang baik. Jantung cekde bergantung pada mesin dan tak berdegup dengan sendiri. Hancur luluh hati kami.

Pukul 10 malam doktor pakar yang seorang lagi maklumkan cekde masih belum stabil tapi dia dah dipisahkan dengan mesin. Doktor gantikan injap yang kecil sahaja dan harap cekde boleh survive dengan injap yang kecil tu. Doktor bagitau yang keajaiban sedang berlaku. Jantung cekde mula berdegup tanpa bantuan mesin!! Andainya dia survive malam tu, esok pagi akan dijalankan pembedahan kedua. Malam tu, pukul 4 pagi cekde sedar. Dia anggukkan kepala bila anak-anaknya panggil.

Takdir Allah mengatasi segalanya. Esoknya, selepas selesai pembedahan kedua (untuk menutup tulang dada), jantung cekde semakin melemah walaupun doktor telah mencuba sedaya-upaya. Pukul 3.05 petang cekde menghembuskan nafas terakhir.

Beliau bukan sahaja ibu saudara tetapi juga ibu susuan saya jadi bermakna saya telah kehilangan seorang ibu kandung. Banyak kenangan manis bersama yang kini cuma tinggal memori. Dada masih terasa sesak ketika menulis tapi saya nak jugak-jugak abadikan kenangan cekde di sini supaya setiap pembaca yang melintas di sini dapat murahkan hati berkongsi sepotong Al-Fatihah buat cekde saya.




Cekde, kami akan selalu rindukan gelak-ketawa cekde. Satu perkara yang pasti tentang famili cekde, sunnah yang paling mereka jaga adalah memuliakan tetamu. Semua yang mengenali famili ini pasti setuju. Tetamu bagaikan raja di rumah mereka. Buat kita selesa dan rasa tak mau balik kalau melawat mereka. Allah, kasihanilah dia, ampunilah dia, tempatkan dia di kalangan hambaMu yang soleh.

"Ibu, ampunilah dosa-dosaku, khilafku, jika ada sebarang perbuatanku yang mencalar hatimu. Halalkanlah setiap titis air susumu. Ibu, damailah di sana. Jangan kau risau kerana setiap hari dalam hidupku akan aku pinta syurga tanpa hisab buatmu."

Yang pasti, raya tahun hadapan takkan sama lagi.

ENGKU RAHIMAH BT ENGKU MAT
1962-2014

P/s: Aku berhutang banyak entri. Raya. Cameron. Adam turns 5 months. Bagi aku sikit masa k. Tunggu habis berkabung. Kami pun sangat penat berulang-alik Kemaman-Pekan untuk majlis tahlil.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol