Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

The Most Wonderful Gift

What would be the best gift for your kids?
You would say love and affection right? Cliche' but true. Lagi 10 hari birthday Adam. Teringin sangat nak hadiahkan sesuatu kat anak sulung ni. Kalau asyik cakap mama dah bagi sepenuh perhatian dan kasih syang kat anak-anak mama, jawabnya sampai ke tualah Adam & Aisya tak merasa hadiah birthday. Huhu.
Paling sedih ialah tahun lepas masa kami sambut birthday Adam yang pertama, arwah akinya ada lagi. Kebetulan aki sebelah abahnya pun ada datang. Meriah sangat walaupun just buat makan kecil-kecilan. Aisya lagi kesian, sempat 3 bulan je merasa kasih sayang aki.
Tahun ni semua tinggal memori. Birthday Adam kali ni mamanya teringin nak beli.......


PIC SOURCE
takpun.....
PIC SOURCE
Nampak macam membazir dan memewahkan anak tak kalau beli mainan-mainan cenggini ek? <Garuk-garuk kepala>
 
 
Papepun, mereka berdualah sebenar-benar harta bagi aku. Muka dua beradik ni dah besar sangat. Mama pun dah tak muat masuk dalam gambar.
#Alfatihahabah.


Indahnya Jika Punyai Sekeping Hati Yang Bersih



Terlanjur bercerita Kisah Pusara itu hari, teringat aku dengan lagi satu kisah. Kisah aku dan along jugak. Ini kisah kami berdua (cakap macam ipin cakap). Masa tu kami sekolah tepi laut. Along tingkatan 4, aku tingkatan 2. Sama-sama pakai baju biru, sama-sama pengawas.
Satu hari, kami balik sekolah. Kami berdua ni naik bas. Bas sekolah ni, korang pun boleh bayangkan macam mana keadaannya kan. Bersesak-sesak, berhimpit-himpit dan korang janganlah harap nak dapat tempat duduk. Mesti kena berdiri punya. Masa aku naik bas tu, dah ada ramai orang berdiri so aku expect semua tempat dah penuh. Tapi tak sebenarnya. Ada 1 tempat masih kosong. Tapi aku tak tergerak langsung nak duduk dekat situ sebab secara logiknya, lagi ramai yang naik bas lebih dulu daripada aku. Tapi diorang pun tak duduk situ. Jadi macam pelik kalau tetiba aku duduk situ. Sebelah tempat yang kosong tu ada orang. Dia duduk kat tepi tingkap.
Nak jadi cerita, kak long aku naik. Dia nampak tempat kosong tu. Aku pulak kebetulan berdiri betul-betul kat tempat kosng tu, tapi aku tak duduk. Sebagai kakak, biasalah. Dia bagi isyarat mata kat aku suruh duduk. Terus aku geleng kepala. Tak sempat berfikir pun. Muka along macam blur. Dia tak cakap, tapi aku faham riak muka dia. Dia macam pandang aku hairan, dah ada tempat kosong kenapa tak nak duduk? Masa tu along buat seusatu yang tak pernah tersangka di benak fikiran aku dia akan buat. Dengan muka selamba, along lurutkan bag galas dia dan duduk di tempat kosong tu.
Tempat yang semua orang yang berdiri dalam bas tu refuse untuk duduk....
Termasuk aku.
Tempat tu tak kotor. Seat tak rosak. Tak ada masalah pun dengan tempat tu. Korang nak tau kenapa? Sebabnya budak yang duduk dekat sebelah tu. Seorang budak perempuan. Dia budak kelainan upaya. Physically, badan dia macam oversized dari budak-budak yang normal. Dia sangat tinggi dan besar. Dan dia macam terencat sikit, suka bercakap bukan-bukan (jangan tanya macam mana dia boleh sekolah kat situ, aku tak tau). Tapi that's it. Dia terencat, tapi tak membahayakan orang dan tak kacau orang. Dia buat hal dia je.
Back to our story. Bila along aku duduk dekat situ, budak-budak lelaki mula senyum sumbing. Diorang senyum sinis (orang Ganu cakap menganjing) dan ada sorang girl ni, dia classmate along. Aku ingat lagi dia cakap "Baya, kawan mu ke ni?" Sambil tunjuk kat budak tu. Along senyum je. Matanya polos. Dia tak malu. Tak rasa segan. Maka, selamatlah along aku duduk di 'tempat istimewa' tu sampai ke rumah. Tempat yang berpuluh-puluh crowds yang sedang berdiri tu refuse untuk duduk. Kerana budak terencat yang duduk disebelahnya. Termasuk aku.
Sesaat itu aku kenal siapa diri aku.
Aku malu kalau duduk di sebelah budak terencat itu. Tapi along tak. Dia tak rasa malu.

 
It's been more than 15 years since then. Sehingga hari ni aku masih belum dapat clarify dengan diri sendiri satu soalan yang selalu datang menghantui.
Kenapa aku tak duduk kat tempat tu masa along offer seat kosong tu pada aku? Malukah? Jijikkah? Malu pada manusia, tapi tak malukah pada Allah? Menghina ciptaannya. Tak malukah dengan diri sendiri? Pernahkah sejak dari kecil dididik menghina sesiapa? Terpalit hinakah kalau duduk di sebelah orang yang kurang akalnya? Paling sedih, waktu tu umur aku baru 14 tahun. Sudah sekotor itukah hati aku? Macam mana sekarang waktu umur sudah menjejak 29 tahun? Jauh di sudut hati aku berdoa semoga akal aku yang dangkal waktu tu cuma menurut apa yang dibuat oleh orang ramai kebanyakannya. Bukan kerana kalbu yang penuh noda, terdorong untuk mengeji dan menghina. Pantas teringat pesan arwah abah. Tidak sempurna iman hamba, selagi masih mengeji anjing dan babi. Inikan pulak sesama manusia. Allahurabbi. Semoga Allah lindungi hati kami.


Abang long, please please please treat her well. She deserve it and you are the luckiest person to have her by ur side.
 

Jurnal Aku Hilang, Dah Jumpa Balik!


Tadaaaa!!!!
Dah beberapa hari aku cari Jurnal a.k.a diari aku. Pagi ni akhirnya jumpa jugak. Dah macam huru-hara jadinya 2, 3 hari ni sebab tak jumpa cari buku pink ni. Melilau-lilau carik, macam hilang anak tapi kalau orang tanya tak bagitau pulak. Malu nak cakap diari hilang. Lagipun takut mama ingat tuduh dia misplaced barang sebab selalunya mam je yang rajin mengemas sampai terlalu kemas sampai semua barang pun lesap. Sebab terlalu kemas. Hihihi.
Pagi ni siap-siap nak pergi office, sempat jenguk-jenguk dalam bilik stor jap. Totally expected benda tu kat situ. Terus rasa bersemangat balik dah jumpa buku pink ni. Boleh biol dibuatnya takde benda ni. Aku memang dah habit sejak dari kecil lagi suka catat perkara-perkara penting, monthly expenses, quote & TO DO LIST. Jadi bila takde buku nota rasa resah semacam jek. Cuma semenjak dua menjak dah beranak dua ni TO DO LIST aku dah bertukar jadi TASK I'VE DONE LIST.
Dulu aku suka list down everything yang aku plan nak buat on that day. Rasa macam more planned and organised. Tapi bila dah jadi seorang mommy ni, bukan senang nak ikut plan lagi tau. Mungkin yang kita list ada 10 perkara. Tapi at the end of the day cuma 3 yang dapat accomplish. So, apa yang kita dapat sepanjang hari cuma frustration dan badan yang penat.


So, aku tukar cara sikit. Instead of list down dulu benda-benda yang aku nak buat, aku buat dulu dan baru tulis apa yang aku dah siap buat. It turns out that aku rasa sangat enjoy buat kerja-kerja rumah dan kerja apapun sebab tak sabar-sabar nak tulis dalam note. As if aku sedang berlumba dengan diri sendiri. Rasa penat bertukar jadi semangat. Korang paham tak? Contohnya, macam aku jadi bersemangat nak basuh pinggan, mengemas sebab nanti aku boleh catat dalam buku. Rasa seronok nak mandikan anak-anak, sebab nanti dah siap boleh tulis dalam buku. Rasa seronok bila tengok dalam satu hari tu ada banyak perkara yang dah siap buat. Sekurang-kurangnya aku tahu hari aku tak sia-sia. Obsesi dengan menulis ni dah buatkan aku jadi rajin pulak. Macam tulah aku. Well, kadang-kadang siap orang punya cara berbeza untuk memotivasikan diri. Ye tak? Ini cara aku. Cara korang mungkin lain pulak. Papepun, semoga hari korang turut indah seperti aku =)

Doa Nabi Ibrahim

Assalamualaikum.
Hari ni genap 7 bulan abah tinggalkan kami. Terasa cepatnya masa berlalu dah lebih setengah tahun abah tak ada dengan kami. Terasa lambatnya masa berlalu sebab masih kuat rasa sebal dan pedih di dalam hati. Dulu, kami selalu rasa kuat sebab abah ada. Bayangkan, masa putus cinta (bagi sesetengah ayah, mungkin hal macam ni remeh temeh) saya menangis di riba abah. Mengadu dengan abah tanpa segan silu, abahlah BFF saya masa tu. Orang tua yang banyak saya abaikan semasa sedang hangat bercinta itulah yang banyak mengajar doa-doa untuk pulihkan semangat saya, kurangkan hiba di hati saya.
Itulah abah. Memang banyak doa-doa yang arwah ajar pada kami. Kadang-kadang sampai tak sempat nak amalkan. Salah satunya adalah doa di bawah ini:- 
Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma ya dayyanu waya qowwiyal ardhi waya karimu antakhfadhona
man anzalna bil haqqi
Ya Rahmanu Ya Rahimu Ya Mannanu Ya Hannanu
Ya Allahu Ya Allahu Ya Allahu Ya Rabbal Alamin
Ini ialah Doa Nabi Ibrahim. Pernah cuba cari di internet, tapi yang banyak keluar ialah doa bila terkena api @ benda-benda yang panas. Tak jumpa pula doa yang ini. Abah jenis orangnya, kalau ajarkan kami sesuatu ilmu yang baru dia takkan cerita fadhilat doa tersebut. Begitu dan begini. Tapi kami selalu bertanya. Maka kata abah, kalau kamu tahu fadhilatnya, maka kamu beramal kerana berkehendakkan laba, tidak ikhlas. Mahukan pulangan. Beramallah dahulu anakku, rasakan nikmat ilmu dan amal. Mendapat pulangan atau tidak, hanya Allah yang menentukan. Semua milikNya. Beramallah dahulu anakku. Cuma untuk doa ini, rasa macam teringat abah pernah beritahu untuk dibukakan pintu rezeki dari sumber yang tidak tersangka-sangka. Di beri jalan keluar ketika dalam kesulitan. Diringankan ketika sedang menanggung beban.
Saya hafal doa ini (kebanyakkan doa yang abah ajar memang saya ingat) tapi tidak dijadikan amalan harian. Saya tidak amal doa ini sampailah satu masa ketika abah tak ada lagi. Saya banyak diuji dengan kesulitan selepas abah tiada. Mungkin dulu ada dua orang yang selalu berdoa untuk saya, Abah dan mama. Tapi sekarang cuma tinggal seorang. Along pun selalu cakap, mungkin along susah sebab tak ada lagi doa abah untuk along. Mungkin. Apa yang jadi bila kita hilang tempat mengadu ialah, kita cuba bantu diri sendiri. Saya cuba tidak mengadu pada mama, tidak mengadu pada suami. Saya terlalu sayangkan mereka, saya tak mahu mereka susah hati. Jadi, apa saya perlu buat? DOA. Saya cuba recall doa-doa yang abah pernah ajar saya. Dan satu-persatu keajaiban doa mula terjadi pada saya.
Selepas abah tiada, mula-mula sekali saya diuji dengan kereta. Saya memang terpaksa jugak-jugak beli kereta sebab lepas kemalangan, kereta yang lama total loss. Kereta yang saya nak beli ni kereta idaman arwah abah. Dia nak sangat-sangat anak dia pakai kereta import. Saya cakap kereta ni mahal walaupun 2nd hand, maintenence pun mahal. Abah cakap tak apa, maintenence biar abah jaga. Rosak sikit-sikit, abah baiki. Sebab tu walaupun abah dah tak ada, aku teruskan niat ambil kereta ni. Tapi aku tak tahu kereta ni ada tunggakan dengan bank 4 bulan. Dipendekkan cerita, aku dahulukan duit poket sendiri untuk owner settlekan tunggakan dengan bank supaya bank dapat release geran kereta. Barulah kami boleh proceed dengan full settlement oleh usecar, permohonan loan, etc, etc. Proses membeli kereta memang berjalan lancar, tapi bulan tu saya sangat sengkek. Berdebar-debar membilang hari untuk next gaji sebab bimbang anak-anak keputusan susu. Satu tin susu nak dekat RM90. Duit di tangan hampir kering langsung. Berat mulut ini nak mengadu pada si suami, bimbang menyusahkan dia. Bimbang menggusarkan hatinya. Saya buntu tapi redha diuji begini. Rasa sangat bersendirian dan hanya ada Allah tempat mengadu Saya tawakal dan baca Doa Nabi Ibrahim ini sebanyak-banyaknya. Sebanyak yang boleh. Mudah-mudahan Allah bantu saya. Tengahari itu di office, saya mula gatal tangan kanan. Sebelah petangnya usecar whatsapp saya. "Duit awak ada balance RM900++...Petang ni datang office ambil cheque." 
Abah, sakitnya menanggung rindu ini.
Second time lebih kurang camtu jugak ceritanya. Musim-musim ekonomi tengah down ni, bayar loan takbleh lambat langsung. Biasanya elok aje bayar 25hb, tak pernah call pun. Tapi sekarang 15hb bank dah kol. Nak confirmkan payment. Dah siapa pulak ada duit nak bayar bank tengah-tengah bulan camni. Last salary dah bayar, takkan sebulan sampai dua kali nak kena bayar. Tetiba pulak cakap payment due 20hb so kira dah tertunggak sebulan. Kalau tak nak dia asyik kol ugut-ugut nak freeze akaun kena bayar extra sebulan. Pulak dah. Masa ni aku cuba-cuba nasib whatsapp En. Suami, mana tahu takut dia ada simpan duit lebih-lebih kat mana-mana. Tawakal je sebab selalunya time kerja telefon takde dengan dia (En. Suami kerja dalam chemical plant). Tup tup, abang reply. "Sayang ambil bag galas abang dalam kereta, ada sampul raya dalam tu ada duit sikit abang simpan." Wah, macam tu je dah settle masalah saya yang merunsingkan hati sangat-sangat tadi.
Di satu masa yang lain masa saya tengah nak setup business. Saya mintak suami dahulukan duit modal. Suami baik hati sumabangkan duit simpanan dia dan tambah lagi dengan duit untuk bayar installment rumah. Saya janji akan bayar balik secepat mungkin. Tapi biasalah bisnes ada naik turunnya. Saya tak dapat bayar balik secepat yang saya janjikan. Maka installment rumah pun tertunggak sebulan. Macam biasalah bank pun kol office suami tiap-tiap hari. Bayangkan betapa resahnya hati saya. Bimbang kalau-kalau perancangan tak menjadi saya menyusahkan suami. Saya baca lagi doa ni sebanyak-banyak yang boleh. Setiap kali rasa runsing, setiap kali doa ini terlintas di fikiran saya setiap kali itulah saya akan baca. Hujung bulan saya periksa duit gaji. Ada berlebih dari yang sepatutnya. Saya tanya finance person. "Kak, kenapa ada duit lebih dalam akaun saya?" Kakak tu cakap, "Ilah, boss decide untuk bagi jugak bonus dekat kita semua tahun ni walaupun tak sebanyak seperti biasanya." Allahurabbi, menitis air mata saya. Tahun ini kami memang sepatutnya tak akan dapat apa-apa bonus sebab keadaan eonomi. Bisnes pun tak berapa cantik tahun lepas. Jadi perkiraan tentang bonus memang tak ada langsung dalam kepala saya. Alhamdulillah, dengan income extra ni saya dapat settlekan hutang saya dengan suami. Dan bagi sedikit masa dan ruang untuk perniagaan saya berkembang.
Sahabat, perkongsian ini bukanlah supaya kalian membaca doa ini dan mengharap duit turun dari langit. Saya bersyukur dengan pertolongan yang Allah beri beri pada saya. Kebetulan, beberapa kisah kesulitan saya semua berkaitan masalah kewangan. Ajaibnya, duit saya saya peroleh semuanya dari sumber yang tak pernah saya sangka-sangka. Ini menguatkan keyakinan saya dengan amalan ini Allah S.W.T akan memberi petunjuk dan jalan keluar atas kesulitan kita. Dengan ini, akan mengukuhkan lagi pergantungan kita padaNya. Wallahualam.
Akhir sekali pesanan ikhlas saya, selagi ibu dan ayah masih ada, pohonlah doa mereka untuk kita. Mintalah apa saja. Minta didoakan agar murah rezeki, hidup dirahmati, istiqomah dengan amalan. Selain Rasulullah S.A.W, inilah sahaja insan yang mencintai kita lebih dari diri sendiri, lebih dari dunia dan segala isinya. Dan doa seorang hamba yang tidak mengharap balasan untuk diri sendiri, doa apakah yang lebih tulus dari ini? Mintalah dengan mereka. Doakan saya ibu. Doakan saya ayah. Dulu aku selalu mintak dengan abah, "abah, abah doakan angah ye." Abah akan jawab "Abah selalu doakan kamu semua. Malah, pagi-pagi bila angah pergi kerja, hilang sahaja dari pandangan mata, abah akan cakap Ya Allah, sekarang aku tak dapat lagi melindungi anakku, maka aku serahkan anakku dalam pemeliharaanMu Ya Allah" T_T Abah saya tiada lagi hari ini. Ilmu yang abah tinggalkan saya manfaatkan untuk diri dan sebagai saham untuk abah di alam sana. Semoga kalian juga beroleh manfaat darinya, InsyaAllah.

Back To Kemaman, Back To Daily Routine

Assalamualaikum mommies.
We're home. Gerak balik pukul 2 petang tadi. Singgah Mesra Mall makan nasi kandar dulu. Nak pergi hari tu pun makan kat sini, nak balik pun makan kat sini. Special request from mama dan Izzah. Nak kuah ayam madu katanya. Lupa pulak nak snap gambar food court nye. Tapi kalau korang datang sini, InsyaAllah jumpa. Ada satu je kedai yang jual nasi kandar kat sini =)
Tamatlah holiday kami selama 6 hari kat kampung B, Kuala Krai. To be exact, tak ada special activity sangat pun yang kami buat selain bawak adik-adik & anak-anak main kat taman, round2 pusing bandar naik kereta, tapi sangat meaningful. Yelah kita spend masa dengan orang tua, dapat makan masakan ibu, dapat tengok diorang manjakan anak-anak kita, dapat tengok adik-adik bergelak ketawa, main sakan. Sangat bahagia.
Tak sabar tunggu next trip. Bulan depan pulak. Harapnya this time ateh & abang teh dapat ikut sekali, bawak Arissa. Nak tengok betapa tabahnya abang teh dengan ateh kena mandi air kolah pepagi. Heheh. Esok both of us, aku & B dah start kerja macam biasa. Mulakan hari seperti biasa back to our daily routine. Dah cuti lama-lama ni rasa lemau nak masuk kerja. Hikhik. Ok, assalam buat masa ni. Chiow.



Cintai Isterimu

BINI: Pose ape camtu bang?
LAKI: Undertaker.




 

Abah Takde, Kasut Abah Pun Boleh

Assalamualaikum mommies.
Kalau tengok Daisypath hari ni abang Adam dah setahun, 10 bulan, 3 minggu, 3 hari. Alhamdulillah. Adam sihat, makin cerdik dan banyak keletah. Kalau tumpahkan air cepat-cepat ambil kain nak tolong lap. Kadang-kadang bukan ambil kain pengelap, ambil baju adik yang bersih dekat almari yang dah siap susun-susun tu nak lapkan air tumpah. Aduhai.
Ni gambar 3 hari lepas. Tetiba keluar dari bilik, dah siap sarung kasut sukan B. Kalau ambil nanti nangis. Last-last biarkan je. Dah satu kerja pulak nak mop lantai satu rumah.
 
 
 

Macam nilah anak-anak kalau babahnye tak ada (kerja siang, training, etc, etc...). Apa saja barang-barang abah yang ternampak dek mata, terjangkau dek tangan, diorang sarungkan aje. Mama ni biarkan aje. Maybe buat camtu diorang rasa dekat dengan abah dia kot.


Aisya Pakai Tudung

Assalamualaikum mommies.
Anak dara yang sorang ni, payah nau nak letak ape-ape atas kepala dia. Skarf ke, headband ke, reben ke. Dia rimas. Makanya, mama dia struggle gila-gila nak bagi anak dara dia nampak girly. Tapi this time macam pelik pulak. Abah teh letak tudung atas kepala dia dia boleh rileks je, siap boleh senyum-senyum lagi.
 
Tengok tu, tak marah pun

My nama is Aisya. 9&half month.  
 
Oyang Aisya suka sangat tengok gambar ni. Oyang cakap kalau tak datang rumah 2, 3 hari memang teringat sangat kat Aisya. Aisya pun pandai, macam kenal dengan oyang. Nampak oyang je mesti terus buat muka tersengih-sengih kerang busuk dia.
Oklah. Entri ni pun sekadar nak update gambar Aisya je. Semoga Aisya bukan sekadar jadi seorang muslimat, tapi jugak mukminat yang benar-benar solehah. Amin.
#Alfatihahaki.

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol