Back To Kemaman, Back To Daily Routine

Assalamualaikum mommies.
We're home. Gerak balik pukul 2 petang tadi. Singgah Mesra Mall makan nasi kandar dulu. Nak pergi hari tu pun makan kat sini, nak balik pun makan kat sini. Special request from mama dan Izzah. Nak kuah ayam madu katanya. Lupa pulak nak snap gambar food court nye. Tapi kalau korang datang sini, InsyaAllah jumpa. Ada satu je kedai yang jual nasi kandar kat sini =)
Tamatlah holiday kami selama 6 hari kat kampung B, Kuala Krai. To be exact, tak ada special activity sangat pun yang kami buat selain bawak adik-adik & anak-anak main kat taman, round2 pusing bandar naik kereta, tapi sangat meaningful. Yelah kita spend masa dengan orang tua, dapat makan masakan ibu, dapat tengok diorang manjakan anak-anak kita, dapat tengok adik-adik bergelak ketawa, main sakan. Sangat bahagia.
Tak sabar tunggu next trip. Bulan depan pulak. Harapnya this time ateh & abang teh dapat ikut sekali, bawak Arissa. Nak tengok betapa tabahnya abang teh dengan ateh kena mandi air kolah pepagi. Heheh. Esok both of us, aku & B dah start kerja macam biasa. Mulakan hari seperti biasa back to our daily routine. Dah cuti lama-lama ni rasa lemau nak masuk kerja. Hikhik. Ok, assalam buat masa ni. Chiow.



No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol