Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Layar Besar

Assalamualaikum dan Selamat Hari Merdeka mommies semua. 
Sambut merdeka kat mana tu? Kami warga Teratak Abah sambut ambang merdeka dekat kedai je. Kedai kami ni dah 2 hari pasang big screen. Cadangnya untuk peminat-peminat sukan tengok bola. Dengar cerita, masa semifinal & final Lee Chong Wei vs Lin Dan Rio Olimpik baru ni, kedai-kedai makan dekat bandar yang ada pasang screen besar penuh dengan orang. Memang meriah sangat bersorak ramai-ramai. I IS JEALOUS. Kitorang macam dah lambat sikit. 
B ialah orang yang paling excited about this idea. And he's the first one to voice out about this big screen idea. Jadi kami mula perlahan-lahan merealisasikannya. For now, kami still in progress nak pasang Astro kat kedai. Masih berkira-kira lagi. Bukan apa, hari tu kol agen diorang untuk pakej kedai sampai RM300 untuk 1 channel sport. 1 channel, bukan semua ye! Untuk kedai, adalah illegal untuk kita pakai pakej yang sama untuk rumah. Kena guna pakej kedai jugak, tapi bapaknyelah mahal. Cekik darah secara terhormat namanya nih. Orang penat-penat berniaga semata-mata nak bayar channel sport ko jelah kan En. Astro? Emo jap aku.
 Disebabkan masalah ni, kami decide untuk beli projektor dan guna laptop je untuk pasang apa-apa movie dekat luar tu sementara nak pasang Astro ni. Nak kasi hilang boring customer kami. Luckily B got a lot of movie collection. Cuma, pening jugaklah kami nak pilih cerita apa nak pasang tu. Kami dah try pasang horror movie, The Conjuring 2 tak nampak satu hape pun. Yelah, cerita hantu kan banyak scene tutup lampu. Last-last takde orang tengok. Yang aku perasan, customer sangat suka action movie. Bila kami pasang Ip Man 1, 2, 3, wah tak kelip-kelip mata diorang. Tunggu citer habis dulu baru gerak balik. Tapi kalau tengok movie 2 jam tak tambah-tambah order air, yang tu aku ada hangin sikitlah. Hihihi.
So far, Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. 
 Dua orang ni pemegang tiket VVIP ye. Sebab tu dapat seat paling depan. Cerita pulak taknak kalah. Alvin and The Chipmunks.
Nasib baik ada abahnya baik hati nak tolong pantau anak-anak sementara mama busy. Excited betul dia tengok ramai orang malam tadi.
Rezeki malam merdeka. Full table. Alhamdulillah.

Lempeng Nyior Teratak Abah

Update terbaru kedai kami!
Kami tambah lagi satu menu baru. LEMPENG NYIOR TERATAK ABAH. Akan mula dijual malam ni. Pembaca luar negeri Tranung, Nyior = Kelapa hokkeh. Masa kami kecik-kecik dulu arwah abah yang selalu buatkan kami lempeng ni. Dan dari cerita arwah abah masa abah kecik-kecik dulu, arwah cik tua (nenek) yang buatkan untuk diorang sebelas beradik. Makan musim tengkujuh, beras payah. Adik-beradik pun ramai. Nak jimat dan nak kenyang nilah makanannya. Ini jugak merupakan makanan feveret kami kalau time sejuk-sejuk musim hujan. Pergghhh. Terangkat!!
Cara hidangan boleh macam-macam. Nak cicah gula boleh, kari ayam @ ikan pun boleh, tapi yang paling syiok cicah sambal ikan bilis. Ada rasa pedas-pedas gitu. Lempeng ni memang lembut sangat dan tak berminyak sebab kita bakar bukannya goreng. Bila makan, make sure minum teh o, nescafe o @ kopi o panas ke baru boleh masuk, kalau minum ais tak best. Tak sesuai.
Alah, nak cerita pun payah, tapi kalau cari tempat lain memang tak jumpa. Jom makan lempeng nyior kat Teratak Abah =)

Selfie Anak & Abah

My hubby, adalah sejenis makhluk yang sangat payah nak diajak bergambar. Sama macam arwah abah dulu. Kalau orang nak snap gambar dia mesti dia taknak pandang kamera, tapi tak pulak dia marah kalau orang nak ambil gambar dia. Jenis pemalu gitu. B pulak jenis yang suka buat muka pelik-pelik kalau aku ajak bergambar. Kerut kening la, kembangkan hidung la. 
Itu kalau dengan aku. Kalau dengan Adam. Pehh, siap berpuluh-puluh keping shot, siap bermacam-macam gaya dan bermacam-macam memek muka lagi. Sama-sam pakai baju The Red Warrior yang tak menahan tu. Yang Adam tu layankan jelah abah dia. Pandai pulak ko senyum ye nak. Kalau tak, asyik masam je mukanya selalu.




Sakit hati betul aku tengok hero berdua ni.
Echah!!! Jom kita selfie dua orang jom!

Sate Teratak Abah

Lagi-lagi update pasal kedai. Huhu. Kalau boleh, hari-hari aku nak update pasal kedai. Orang sedang overexcited gitulah. Semalam, kami dah mula jual sate di restoran kami. Resepi turun-temurun. Sengaja nak memperbanyakkan produk. Satu, satu, kita tambah. Tukang bakar satenye tak lain tak bukan ialah............... The One & Only, The Most Handsome in Kemaman & Pekan (tapi laki orang daaa)......Abang Teh!!! 
Muka banyak bulu jangan disangka Bangla. Melayu original ok, mix Pahang Terengganu.
Sate: RM0.60/cucuk.
Dekat Kemaman ni selalunya oarang jual RM0.80/cucuk sebab ayam mahal kan. Tapi tak apelah, kami buat trial dulu untuk pengenalan produk. Tengok macam mana. Kalau kos terlalu membebankan, kita akan reconsider.
Malam semalam pun ada satu keluarga mat salleh datang kedai kami. Diorang dari Holland. Makan keropok lekor lagi tu. Nervous adik sepupu aku yang tukang amik order tu. Langsung aku sendiri yang kena tolong amik order. Haper ko ingat hakak ko ni terer sangat speaking? Bantai jela. Tapi diorang punya tourist guard sangat membantu. Kalau tak, mungkin ada misunderstand jugak semalam. Diorang punya coffee, ice tea semua tak mau gula dan susu. Kosong aje. Sebab tulah agaknye rakyat negara diorang kurang kena Diabetes. Agaknyelah.

Teringin Nak Buat Western

Assalamualaikum mommies.
Setakat 2 hari ni, sambutan kedai kami kira boleh tahan la. Yelah, baru 2 hari je kot. Sekarang kami baru faham kenapa owner sebelum ni bukak kedai 4 petang - 4 pagi. Rupa-rupanya, kedai ni start pukul 11 malam barulah ramai orang. Diorang nak duduk lepak-lepak, sembang sambil minum air bergelas-gelas sampai ke lewat pagi. Makanya, kami kena perbanyakkan lagi makanan ringan kat kedai ni.
Selain tu, aku teringin sangat nak buat Western Food kat kedai kami ni. Sebab western food ni memang passion aku. Kalau pergi Secret Recipe tu rasa macam nak try semua Western Food yang pelik-pelik namanya tuh, tapi tak bolehlah kan. Mahai yang teramat, tak mampu nak makan selalu =) Huhu.
Dalam duk berfikir-fikir tu, ada rakan FB share this picture and menu. Aku rasa best dan kreatif. Dekat area KL dan west coast mungkin dah terlalu banyak western combo camni, tapi dekat Terengganu especially Kemaman ni takde ramai orang buat lagi aku tengok. Kawan FB aku yang share, jadi aku tak sure restoran dia ni ada FB ke tak, nak bagi kredit. Aku rasa tempatnya somewhere dekat area Kuala Terengganu @ Dungun @ Besut camtulah. Nanti kalau ada info aku share ye.




Konsepnya menarik dan yang paling penting, perut kenyang + mulut puas dapat rasa macam-macam. So, kepada husbands out there yang selalu pening sebab bini dia jenis macam slalu tak boleh nak made up her mind "nak makan ape ek? yang ni nampak cambes, tapi yang ni pun ok jugak." Hah, order je penuh dulang camni, settle semua problem korang. Kihkihkih.

Mengemas Kedai

Assalamualaikum. Latest update pasal kedai. Sorry mommies, kami excited macam tak hengat. Ikutkan perancangan kami, hari ni (petang sampai 2 pagi) kami dah nak mula bukak kedai. Memanglah agak rushing. Tapi bersebab tau. Deposit dan sewa kedai untuk first month yang kami bayar baru ni, kalau ikutkan untuk 1 September hingga 1 Oktober. Tapi tuan kedai tu bermurah hati bagi kunci kedai (as soon as we paid the deposit money) dan dia cakap boleh start berniaga bila-bila masa kami suka, tak payah tunggu 1hb. Kiranya, kalau kami mula buka kedai sekarang, untuk setengah bulan ni kira free lah. Hah, untung kan? Terima kasih banyak-banyak tuan tanah. 
Pagi ni, kami upah dua orang tukang cuci, untuk buat cleaning seluruh kedai. Tak tau lagi what to expect. Nak pakai ramai-ramai pekerja pun kedai ni baru je bukak, belum ramai orang tahu. Kami sepakat nak pakai:-
TUKANG AMIK ORDER      - 1 ORG
TUKANG HANTAR MAKANAN/MINUMAN     - 1 ORG
TUKANG BANCUH AIR     - 1 ORG
TUKANG MASAK (MASAKAN PANAS)     - 1 ORG
Tukang ambil order tu sekali dengan tolong kira siap. Aku dengan ateh akan gilir-gilir jaga kaunter, depends pada siapa yang available. Hah, jimat tak hengat. Awal-awal ni kena hati-hati dengan operation cost. Sebab taktau lagi sambutan pelanggan macam mana. Hard cash kami pun takdelah sebanyak mana sangat nak cover for monthly expenses. Memang nampak tak logik kan pekerja seramai tu aje untuk restoran sebesar ni. Tapi kami plan nak tambah sikit-sikit pekerja tu nanti, ikut keperluan. Bila orang dah makin tau pasal kedai, dah makin ramai orang datang, dah mula tak menang tangan baru kami slow-slow topup pekerja.
Hah, yang ni pulak budak cinonet sorang ni. Bila dia tengok mama dia sibuk lap meja, dia pun sibuklah jugak. Tapi tak taulah excited nak lap meja ke, sebab nak main air sabun. Huhu. Takpe, belajar hidup susah nak. Barulah bila senang nanti tak lupa diri.
Bekerja bersungguh-sungguh, demi mencari sesuap nasi. Eh, demi sebotol nenen.
Inilah rupanya kedai kami. Banner restoran lama dah tukar jadi RESTORAN TERATAK ABAH. Kami nak customer rasa macam makan kat rumah sendiri je bila datang sini. Friendly & hommie gitu. Dalam kedai nampak gelap sikit kan. Tapi malam nanti bila dah bukak lampu ok rasanya. Sewa kedai ni agak mahal jugak bagi kami, tapi consider kami tak payah beli pape dan cuma cuci tangan masuk kedai ni (same case macam my tuition center dulu) dan kedai yang agak luas sebab 2 pintu, InsyaAllah berbaloi dengan pulangannya nanti. Harap-haraplah. Hihihi. Doakan kami ye. Anak-anak Melayu muda yang nak cuba-cuba belajar berniaga. Semoga Allah permudahkan urusan kami.
Alfatihah Abah.

Impian Abah, Impian Kami.

Assalamualaikum mommies.
Sekian lama menyepikan diri. Inilah projek kami adik-beradik. Sebuah kedai makan. Impian arwah abah sekian lama kini jadi impian kami jugak. Sengaja kami letak nama abah untuk kedai kami. Lebih nostalgik dan kami nak buat diri kami sendiri rasa kedai ni macam rumah kedua kami. Jadi walau penat macam mana pun, tetap seronok. Di sini, kami bersatu lagi. Abah, mama, aku suami, adik-adik dan anak-anak.
Doakan yang baik-baik ye.
Al-fatihah Abah.

Berehat Panjang

I'm so sorry mommies.
Terpaksa berehat dulu dari berblogging. Busy with my job plus having severe morning sickness during my 1st trimester. Dengan body yang sangat fragile ni, tak terkejar rasanya kerja di office dan menguruskan dua orang anak syurga tu.
I'll be back very soon.
P/s: In the middle setting up our new business.

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol