Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Teringin Nak Buat Western

Assalamualaikum mommies.
Setakat 2 hari ni, sambutan kedai kami kira boleh tahan la. Yelah, baru 2 hari je kot. Sekarang kami baru faham kenapa owner sebelum ni bukak kedai 4 petang - 4 pagi. Rupa-rupanya, kedai ni start pukul 11 malam barulah ramai orang. Diorang nak duduk lepak-lepak, sembang sambil minum air bergelas-gelas sampai ke lewat pagi. Makanya, kami kena perbanyakkan lagi makanan ringan kat kedai ni.
Selain tu, aku teringin sangat nak buat Western Food kat kedai kami ni. Sebab western food ni memang passion aku. Kalau pergi Secret Recipe tu rasa macam nak try semua Western Food yang pelik-pelik namanya tuh, tapi tak bolehlah kan. Mahai yang teramat, tak mampu nak makan selalu =) Huhu.
Dalam duk berfikir-fikir tu, ada rakan FB share this picture and menu. Aku rasa best dan kreatif. Dekat area KL dan west coast mungkin dah terlalu banyak western combo camni, tapi dekat Terengganu especially Kemaman ni takde ramai orang buat lagi aku tengok. Kawan FB aku yang share, jadi aku tak sure restoran dia ni ada FB ke tak, nak bagi kredit. Aku rasa tempatnya somewhere dekat area Kuala Terengganu @ Dungun @ Besut camtulah. Nanti kalau ada info aku share ye.




Konsepnya menarik dan yang paling penting, perut kenyang + mulut puas dapat rasa macam-macam. So, kepada husbands out there yang selalu pening sebab bini dia jenis macam slalu tak boleh nak made up her mind "nak makan ape ek? yang ni nampak cambes, tapi yang ni pun ok jugak." Hah, order je penuh dulang camni, settle semua problem korang. Kihkihkih.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol