Mengemas Kedai

Assalamualaikum. Latest update pasal kedai. Sorry mommies, kami excited macam tak hengat. Ikutkan perancangan kami, hari ni (petang sampai 2 pagi) kami dah nak mula bukak kedai. Memanglah agak rushing. Tapi bersebab tau. Deposit dan sewa kedai untuk first month yang kami bayar baru ni, kalau ikutkan untuk 1 September hingga 1 Oktober. Tapi tuan kedai tu bermurah hati bagi kunci kedai (as soon as we paid the deposit money) dan dia cakap boleh start berniaga bila-bila masa kami suka, tak payah tunggu 1hb. Kiranya, kalau kami mula buka kedai sekarang, untuk setengah bulan ni kira free lah. Hah, untung kan? Terima kasih banyak-banyak tuan tanah. 
Pagi ni, kami upah dua orang tukang cuci, untuk buat cleaning seluruh kedai. Tak tau lagi what to expect. Nak pakai ramai-ramai pekerja pun kedai ni baru je bukak, belum ramai orang tahu. Kami sepakat nak pakai:-
TUKANG AMIK ORDER      - 1 ORG
TUKANG HANTAR MAKANAN/MINUMAN     - 1 ORG
TUKANG BANCUH AIR     - 1 ORG
TUKANG MASAK (MASAKAN PANAS)     - 1 ORG
Tukang ambil order tu sekali dengan tolong kira siap. Aku dengan ateh akan gilir-gilir jaga kaunter, depends pada siapa yang available. Hah, jimat tak hengat. Awal-awal ni kena hati-hati dengan operation cost. Sebab taktau lagi sambutan pelanggan macam mana. Hard cash kami pun takdelah sebanyak mana sangat nak cover for monthly expenses. Memang nampak tak logik kan pekerja seramai tu aje untuk restoran sebesar ni. Tapi kami plan nak tambah sikit-sikit pekerja tu nanti, ikut keperluan. Bila orang dah makin tau pasal kedai, dah makin ramai orang datang, dah mula tak menang tangan baru kami slow-slow topup pekerja.
Hah, yang ni pulak budak cinonet sorang ni. Bila dia tengok mama dia sibuk lap meja, dia pun sibuklah jugak. Tapi tak taulah excited nak lap meja ke, sebab nak main air sabun. Huhu. Takpe, belajar hidup susah nak. Barulah bila senang nanti tak lupa diri.
Bekerja bersungguh-sungguh, demi mencari sesuap nasi. Eh, demi sebotol nenen.
Inilah rupanya kedai kami. Banner restoran lama dah tukar jadi RESTORAN TERATAK ABAH. Kami nak customer rasa macam makan kat rumah sendiri je bila datang sini. Friendly & hommie gitu. Dalam kedai nampak gelap sikit kan. Tapi malam nanti bila dah bukak lampu ok rasanya. Sewa kedai ni agak mahal jugak bagi kami, tapi consider kami tak payah beli pape dan cuma cuci tangan masuk kedai ni (same case macam my tuition center dulu) dan kedai yang agak luas sebab 2 pintu, InsyaAllah berbaloi dengan pulangannya nanti. Harap-haraplah. Hihihi. Doakan kami ye. Anak-anak Melayu muda yang nak cuba-cuba belajar berniaga. Semoga Allah permudahkan urusan kami.
Alfatihah Abah.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol